Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Set Lampu Depan Yamaha MT-25 (2020) Cecah Hampir RM1.5k!
Auto Terkini

Set Lampu Depan Yamaha MT-25 (2020) Cecah Hampir RM1.5k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju20/11/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


SEMPENA artikel imej intip Yamaha MT-25 yang tersiar baru-baru ini, kami kongsikan di sini harga komponen model itu. Walaupun kehadiran naked bike itu masih samar, tetapi tidak rugi pun kalau kita ambil tahu dan buat tinjauan sambil berangan-angankan?

Menurut portal automotif dari negara jiran seberang, IwanBanaran, satu set lampu depan MT-25 didakwa menyamai harga lampu kereta! Mungkin inilah sebab kenapa peminat motosikal Malaysia menggelarkan Yamaha sebagai Yang Mahal. Sebenarnya bukan mahal di Malaysia saja, di Indonesia pun sama. 😆

Jika dulu harga set lampu utama cuma sekitar Rp1.5 juta (RM443), terkini harga rasmi set lampu utama MT-25 itu sudah mencecah harga kereta premium di sana. Berdasarkan maklumat katalog rasmi Yamaha, komponen lampu kecil projektor MT-25, dengan kod nombor B9T-H4300-00, sudah berharga sekitar Rp3.3 juta (RM974). Wow!

BACA >>> Inilah Senarai Harga 5 Alat Ganti Honda Winner X yang Paling Mahal

Jelasnya lagi, harga itu juga tidak melibatkan komponen lain jika yang dibeli itu adalah satu set lengkap lampu utama MT-25. Berdasarkan kira-kira yang dibuat, satu set lengkap lampu utama, yang terdiri daripada penutup plastik ABS dan barangan lain, wang yang perlu dilaburkan menghampiri Rp5 juta (RM1,475)! Gluppp…

Sebagai perbandingan di pasaran sana, satu set lampu utama LED Honda CBR250RR tulen baru saja berharga Rp2.7 juta (RM795). Jadi, jika ada sesiapa berminat menjadikan lampu utama MT-25 ala transformer itu sebagai barang ubah suai, mungkin kena lupakan saja kecuali orang itu termasuk kategori #hobikamimahal.

Kalau perbandingan di Malaysia pula, set lampu utama Kawasaki Ninja 250 di Malaysia boleh dibeli secara atas talian pada harga sekitar ~RM500. Maknanya, lampu MT-25 mahal dua kali ganda!

Apapun harap bertenang, itu cuma harga versi Indonesia. Harga Malaysia nanti mungkin lebih murah. Kot… 😅

BACA >>> Yamaha MT-25 (2019) Siap Sedia Serang Indonesia dengan Wajah Lebih Bengis!

aksesori Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) MT25 roda2 Yamaha Yamaha MT-25 Yamaha MT25
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.