• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Seorang Maut Selepas Tunda Motosikal Rosak di Jalan Masai-Kong Kong

Seorang Maut Selepas Tunda Motosikal Rosak di Jalan Masai-Kong Kong

January 27, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


DUA lelaki yang sedang menunda motosikal rosak terlibat dalam kemalangan tragik di Jalan Masai-Kong Kong pada Ahad, mengakibatkan seorang maut dan seorang lagi cedera.

Kejadian berlaku pada 10.45 pagi melibatkan motosikal Yamaha 135 LC dan Honda Wave yang mengalami kerosakan.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, motosikal Honda Wave yang ditunggang oleh lelaki berusia 36 tahun, ditunda oleh lelaki berusia 52 tahun yang menunggang Yamaha 135 LC dengan cara menolak motosikal tersebut menggunakan kaki.

Ketika sampai di tempat kejadian, kedua-duanya hilang kawalan lalu terbabas ke bahu kiri jalan. Akibat insiden itu, penunggang Honda Wave terhantuk pada tiang elektrik dan mengalami kecederaan parah di kepala, manakala penunggang Yamaha 135 LC terjatuh di tepi jalan dengan cedera ringan.

Susulan itu, kedua-duanya dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), namun penunggang Honda Wave disahkan meninggal dunia pada jam 3 petang.

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian.

Polis mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya dan meminta saksi untuk menghubungi talian 07-3864222 bagi membantu siasatan.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Akta Pengangkutan Jalan 1987, Auto Terkini, Honda Wave, kemalangan jalan raya, Yamaha 135 LC

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
    Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
  • Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
    Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
  • Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
    Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
  • Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!
    Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev