Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Throttle Body [SIRI 1]: Kenali Fungsi dan Cara Kerja
Autotainment

Throttle Body [SIRI 1]: Kenali Fungsi dan Cara Kerja

TalibBy Talib01/12/20192 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BADAN pendikit
aka throttle body adalah salah satu komponen penting dalam kenderaan yang berfungsi mengawal input kuantiti udara ke dalam ruang pembakaran enjin melalui saluran ambilan udara.

Konsep asas throttle body; lebih banyak udara masuk, maka lebih banyak petrol disalurkan ke ruang pembakaran bagi meningkatkan kuasa enjin berdasarkan nisbah kuantiti minyak dan udara. Kalau ikut konsep asal ini, semua mahukan input udara lebih supaya kuasa enjin dapat ditingkatkan, tetapi setiap komponen ada fungsi dan tujuan tertentu.

Kedudukan Throttle Body dalam Ruang Enjin.

Dimudahkan cerita, bagi sesetengah pemandu yang pernah melakukan modifikasi ke atas kereta mereka, throttle body adalah pengganti kepada sistem karburetor menerusi pengenalan mekanisme injektor bahan api (fuel injector).

TEKNOLOGI THROTTLE BODY

Throttle Body Mekanikal (MTB)
Throttle Body Elektronik (ETB)

Kawalan jumlah masukan udara dan minyak ini mendatangkan perbezaan ke atas jumlah kuasa kereta. Bagi kaki bikin, mereka biasanya akan turut menukar throttle body bagi mendapatkan tahap kuasa diiingini. Ini kerana setiap enjin mempunyai nisbah minyak dan udara berbeza, tetapi bergantung juga kepada tetapan talaan sendiri.

Majoriti pengeluar kereta menghasilkan teknologi throttle body yang berfungsi dengan ciri tambahan seperti kawalan jelajah (cruise control), sistem kawalan traksi (TCS), kawalan stabiliti elektronik (ESC), sistem praperlanggaran (PCS), kawalan udara lahu (IAC) dan ciri lain. Ia ada kaitan dengan kawalan kuasa tork yang mana kedudukan terotel boleh berubah mengikut kedudukan pedal minyak menerusi sistem elektronik.

Perkembangan teknologi throttle body daripada mekanikal kepada elektronik banyak membantu pengeluar meningkatkan prestasi produk masing-masing dalam usaha menarik minat pembeli.

BACA >>> #TahukahAnda: 10 Inovasi Teknologi Kereta Lumba, Kini Digunakan Kereta Biasa

MEKANIKAL VS ELEKTRONIK

Berdasarkan gambarajah di atas, ciri asas throttle body adalah sama kecuali jenis mekanikal yang mana injap butterfly digerakkan menggunakan spring dan skru sebagai penahan supaya spring tidak terlajak menggerakkan injap, sekali gus menyebabkan kerosakan.

Kedudukan Sensor Posisi Terotel (TPS) Pada Throttle Body.

Throttle body elektronik (ETB) pula menggunakan sensor posisi terotel (TPS) dan motor kawalan terotel (TCM). Keseluruhan sistem asas ETB berhubung kait dengan sensor pada pedal minyak dan throttle body.

Diagram Throttle Body Mekanikal (MTB).

Sebelum kita layan teknologi baru throttle body, kita lihat dulu contoh fungsi throttle body mekanikal (MTB). Berdasarkan gambarajah di atas, ada dua kabel digunakan untuk tambahan ciri kawalan jelajah. Itu baru satu ciri, bayangkanlah berapa banyak kabel yang perlu disambungkan ke throttle body jika sesebuah kereta itu ada bermacam-macam ciri bantuan memandu.

Jadi, memang sukar untuk pengeluar kereta dulu menambahkan ciri tambahan lain disebabkan kelemahan teknologi pada era itu, sekitar 1980-an. Segalanya berakhir pada 1988 apabila bermula era drive-by-wire (DBW) menerusi pengenalan throttle body elektronik (ETB) dalam industri automotif dunia. Kereta pertama yang  menggunakan ETB ialah BMW 7 Series.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Kereta Automatik Rasa Kasar Selepas Memandu Jauh?

autotainment Badan Pendikit Badan Terotel Drive-By-Wire (DBW) Teknikal Teknikal Kereta Throttle Body
Talib

    Artikel Berkaitan

    Kenali jiwa motosikal anda
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

    01/03/2026
    Nozel pam minyak
    0
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

    26/02/2026
    Cara angkat motosikal besar bila jatuh
    0
    ApaNakBuat

    #ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

    25/02/2026
    5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

    25/02/2026

    2 Comments

    1. Vasanthan on 30/05/2020 00:58

      bro saya nak tips tentang modifikasi proton wira.

      Reply
    2. Blues on 21/08/2020 17:55

      Tuan…Saya pakai wira 1.5 vdo STD .n jika Saya tukar pakai trttlebody besar saiz macam2 S90 Ada masalah Tak..Ada Ada perkara lain yg perlu modify Tak?
      Tq wassap 0189170241

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    Auto Terkini

    KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

    By Shazwan Hisam15/10/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.