Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sembang Deras»#SembangDeras: Selamat Tinggal Gunung Jerai….
Sembang Deras

#SembangDeras: Selamat Tinggal Gunung Jerai….

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju28/08/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ADA banyak cerita menarik di sebalik Gunung Jerai seperti kisah mitos dan legenda berkait dengan puncak ikonik itu selain menjadi antara destinasi pelancongan di negeri Jelapang Padi.

Dengan ketinggian 1,217 meter dari aras laut, gunung yang bersempadan dengan daerah Kuala Muda dan Yan itu dikatakan pernah berperanan sebagai panduan pelayaran kapa-kapal dagang dari luar yang mahu ke Selat Melaka.

Puncak gunung legenda itu sebenarnya dapat dilihat jelas dari kilang Modenas di Gurun, Kedah.

Malah pemilik Modenas (sama ada sedar atau tidak) sudah sedia ‘membawa Gunung Jerai’ dalam setiap perjalanan mereka. Tahukah anda, Gunung Jerai sebenarnya dijadikan ilham di sebalik rekaan logo yang tertera pada produk Modenas sejak 2002.

Kriss 110 generasi pertama ialah model pertama Modenas yang melakukan debut sempena perarakan Hari Kebangsaan pada 1996, sebelum pengeluaran skala besar bermula penghujung tahun sama.

Modenas juga pernah mengorak kejayaan menembusi banyak pasaran negara luar sejak 1997, bermula Kriss 110, disusuli Kriss 120, X-Cite, GT128, Kristar dan tidak lupa juga model 2-lejang Dinamik 120.

‘ROAD STAR’ JADI PENGGANTI

Bagaimanapun, perjalanan ‘lencana Gunung Jerai’ kini menemui noktah selepas Modenas semalam secara rasmi memperkenalkan logo baharu yang akan digunakan pada semua barisan produk baharu jenama itu.

Ini dimulakan dengan model pertama, iaitu Modenas Kriss 110 Euro 4 versi suntikan bahan api (FI).

Saya dan rakan media permotoran diberi kesempatan bertemu CEO Modenas, Roslan Roskan untuk mendapat gambaran jelas mengenai sebab dan tujuan penukaran logo itu atau istilah digunakan, penjenamaan semula.

Saya dan rakan media permotoran lain semalam diberi kesempatan bertemu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modenas, Roslan Roskan untuk mendapat gambaran jelas mengenai sebab dan tujuan penukaran logo itu atau istilah digunakan, penjenamaan semula.

Roslan berkata;

Model Kriss pertama diperkenalkan pada 1996 dan Modenas bakal menyambut ulang tahun penubuhan ke-30, tahun depan.

“Untuk memastikan relevan dan terus berinovasi, serta meluaskan produk ke peringkat global, kita melakukan penjenamaan semula.

“Ini bukan hanya untuk meneruskan legasi peringkat domestik (tempatan), tetapi menjenamakan semula, dan memperbaharui produk itu menunjukkan komitmen kami yang melibatkan teknologi baharu dan produk.

“Pada masa sama, produk baharu kami pada bulan seterusnya akan jadi lebih ke arah (pembeli) generasi muda. Inilah sebab kami melakukan penjenamaan semula.”

HURUF M KEKAL, CORAK LEBIH SEGAR

Aspek penjenamaan semula itu menyaksikan penggunaan fon baharu untuk teks Modenas, manakala logo pula mengekalkan huruf M tetapi dengan rekaan lebih bersegi seakan bucu bintang yang digelar ‘Road Star’ (Bintang Jalanan).

Sebenarnya, logo Modenas pernah mengalami tiga kali perubahan (1996-2000, 2000-2002, dan 2002-semalam).

Menurut Roslan, huruf M digunakan untuk mewakili Modenas sebagai produk Malaysia dengan rekabentuk lebih segar yang bukan hanya sebagai produk lokal.

Logo ini hasil rekaan beberapa individu menerusi brainstorming pihak dalaman, tetapi kami dapatkan juga input dari luar.

“Sudah tentu mereka (Kawasaki) terlibat, tetapi saya rasa lebih 90 peratus (keputusan rekabentuk) adalah daripada kami.”

Beliau berkata, huruf M masih dikekal yang kali ini lebih moden dan segar yang menunjukkan Modenas bukan hanya melihat kepada peranan sebagai pemain tempatan, tetapi juga ke arah pemain global.

“Sebaik saja dilancarkan hari ini (semalam), semua produk baharu kami akan menggunakan logo baharu. Model sedia ada yang sedang dihasilkan akan terus menggunakan logo sedia ada, termasuk produk Kawasaki bawah jenama Modenas.

Menurutnya, pelan strategik itu bermula sejak dua tahun lalu melibatkan input pendapat individu tertentu dan pasukan dalaman Modenas, termasuk tinjauan pasaran dan juga rakan bisnes.

“Saya tiada jumlah kos untuk penjenamaan semula, tetapi jumlahnya bukan kecil,” kata Roslan.

PENJENAMAAN SEMULA SASAR ORANG MUDA, EKSPORT

Proses penjenamaan semula akan dilakukan berperingkat yang menumpukan rangkaian pengedar utama terlebih dahulu sebelum diperluas kepada pengedar volum sederhana dan rendah.

Antara manfaat penjenamaan semula logo Modenas adalah strategi memikat lebih ramai pembeli muda, terutama golongan Gen Z.

Roslan berkata, Modenas juga ada beberapa proses dalam aktiviti penjenamaan semula seperti menjalin usahasama dengan beberapa rakan global, termasuk menanti kehadiran produk buatan Modenas sendiri yang akan dihasilkan pasukan R&D tempatan pada masa depan.

Mengulas mengenai eksport Modenas ke luar negara, beliau berkata;

Modenas sudah melakukan eksport produk ke Timur Tengah, Turkiye dan beberapa negara Asean lain. Ini dibuat dengan kerjasama rakan kami, khususnya Kawasaki.

“Kriss juga dalam perancangan sebagai model seterusnya untuk dieksport ke Filipina. Buat masa ini, kami ada rakan perniagaan yang akan meluaskan pasaran ke negara lain selain Filipina.

“Seperti anda tahu, Kawasaki ada banyak rangkaian di pasaran Asean.”

Usaha penjenamaan semula Modenas menunjukkan pengeluar motosikal nasional itu bercita-cita mahu meluaskan lagi perniagaan ke luar negara.

Malah tahun ini Modenas berjaya membuka pasaran baharu di China menerusi eksport supersport ZX-6R. Selain itu, skuter Modenas Karisma 125S sudah dijenamakan kepada Brusky 125 untuk pasaran Filipina.

Walaupun ilham Gunung Jerai tiada lagi terkandung dalam logo baharu, saya percaya ramai peminat setia Modenas mahu melihat jenama nasional itu terbang lebih tinggi menerusi barisan produk berkualiti yang mengikuti trend semasa dan segar seiring kelahiran ‘Road Star’.

Apapun, selamat maju jaya Modenas!

– Shawkath

logo baru modenas Modenas Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd roda2 sembang deras sembangderas
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    KTM 1390 Super Duke RR Track 2026
    Roda2

    KTM 1390 Super Duke RR Track 2026 Ini Dijual 100 Unit Sahaja, Harga Hampir RM180k!

    22/04/2026
    Ducati Multistrada V4 Rally DFM
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Ducati Multistrada V4 Rally DFM, Kustom dari Kilang Macam Kereta Mewah!

    22/04/2026
    MV Agusta F3 R 2026
    Roda2

    MV Agusta F3 R 2026 dengan Pakej Prestasi, Harga Tanpa Kos Tersembunyi

    22/04/2026
    YOHE Helmets rasmi tembus pasaran Malaysia
    Auto Terkini

    YOHE Bukan Jenama Baharu, Rasmi Tembus Pasaran Malaysia

    21/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia โ€“ Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Buka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie06/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.