Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sembang Deras»#SembangDeras: Sebuah Kisah Tentang Bagaimana Lebuh Raya Mampu Bangunkan Ekonomi
Sembang Deras

#SembangDeras: Sebuah Kisah Tentang Bagaimana Lebuh Raya Mampu Bangunkan Ekonomi

Nomy NozwirBy Nomy Nozwir14/05/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


“ROADS promote enterprises.”

LAUNG Presiden Amerika Syarikat (AS), George W Bush ketika merasmikan ‘Jalan Lingkaran Afghan’ (Afghan Ring Road) selepas menumpaskan Taliban sekitar 2002 (yang tak pernah siap). Harapan Presiden AS itu ialah mahu menumpaskan ekstremisme dengan membangunkan ekonomi Afghanistan berasaskan perindustrian.

Malangnya tak sampai setahun ucapan itu, Bush sibuk berperang di Iraq dan lebuh raya di Afghanistan langsung tak pernah siap pun. Akibatnya, dua negara tersebut terlibat dalam kancah peperangan, dan Taliban pula semakin berkuasa di selatan Afghanistan, serta korupsi di negara Asia Selatan itu tidak pernah padam.

BACA >>> #SembangDeras: Adakah Laluan Baharu ECRL Lebih Baik atau Tidak?

TUN RAZAK CETUSKAN IDEA LEBUH RAYA PLUS

Semasa Allahyarham Tun Hussein Onn menyambung kepimpinan Perdana Menteri sebelumnya, Allahyarham Tun Razak dalam projek pembangunan negara, beliau menyusun satu program dengan melihat jajaran terbaik dari utara ke selatan, termasuk meneruskan projek Jambatan Pulau Pinang yang dirancang Tun Razak sebelum beliau meninggal dunia pada 1976.

Sejak pembangunan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), ekonomi Malaysia berkembang pesat di kawasan yang terletak berhampiran lebuh raya itu, dan pada masa sama meningkatkan pertumbuhan penduduk di tempat lain sekitar radius kawasan berkenaan.

Contohnya, pembinaan Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE) menyebabkan impak pembangunan ke atas kawasan seperti Bandar Elmina dan pembangunan sekitar Puncak Alam dan Sungai Buloh.

LEBUH RAYA BAKAL BANGKITKAN INDONESIA

Di Indonesia, kerajaan pimpinan Presiden Joko Widodo sedang rancak membina beberapa rangkaian lebuh raya, antaranya Trans-Kalimantan yang menghubungkan Kalimantan Timur seperti Kutai, Samarinda dan Balikpapan, hingga ke Kalimantan Barat di Pontianak dan Singkawang.

Di Sumatera pula menyaksikan pemerintah negara jiran itu membina lebuh raya dari Acheh hingga Lampung, dan dari Pekanbaru ke Padang, serta Jambi ke Bengkulu. Semua projek lebuh raya itu dilaksanakan bagi memastikan perindustrian dapat dibina di kawasan baharu, dan mengalihkan kepadatan penduduk di Pulau Jawa ke kawasan lain seluruh Indonesia.

Mengimbau sejarah dunia, pembinaan lebuh raya seluruh negara asalnya dimulakan Adolf Hitler sekitar 1930-an dalam usaha memulihkan ekonomi. Namun, apabila Nazi Jerman terlibat dalam Perang Dunia Kedua (WWII), projek tersebut dihentikan.

Idea tersebut kemudian diambil Jeneral Dwight D Eisenhower yang kemudian menjadi Presiden AS pada 1953, dengan membina rangkaian lebuh raya yang menghubungkan seluruh negara Uncle Sam itu, dipanggil Sistem Lebuhraya Antara Negeri (Interstate Highway System, IHS).

BACA >>> #SembangDeras: Abang Tak Setuju Tol Dimansuhkan, Tapi…

Dan sejak pembinaan IHS, perhubungan antara negeri-negeri AS mula berubah jadi lebih baik, dan lebih banyak pusat pertumbuhan ekonomi baharu muncul. Namun, sebenarnya ada juga keburukan tentang projek lebuh raya ini, dan saya akan coretkan sambungannya dalam tulisan akan datang. ☺️

adolf hitler Afghan Ring Road George W Bush Jalan Raya Lingkaran Afghan Lebuh Raya Lebuh Raya Malaysia Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) sembang deras Sisten Lebuhraya Antara Negeri (IHS)
Nomy Nozwir

Artikel Berkaitan

Sembang Deras

#TahukahAnda Malaysia Ada Kereta Api Mewah Ala Eropah?

31/12/2025
26 lebuh raya Malaysia guna sistem tol pembayaran terbuka (SPT)
Auto Terkini

26 Lebuh Raya Sudah Guna Sistem Pembayaran Tol Terbuka (SPT)

17/11/2025
Top up kad TNG NFC di plaza tol
Sembang Deras

#SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?

10/09/2025
Program RXZ Members 7.0 di Terengganu
Sembang Deras

#SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

25/08/2025
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.