Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
Auto Terkini

#SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!

Han OthmanBy Han Othman12/07/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Banyak acara permotoran di Malaysia masih menggunakan khidmat 'booth babe'
Masih ingat zaman motor show dulu-dulu? Silau bukan sebab lampu kereta, tapi sebab spotlight booth babe yang posing tepi kereta. Model seksi dengan skirt ketat jadi pemandangan wajib, sampai kadang kereta pun tenggelam entah ke mana.

Tapi sekarang trend tu makin pudar. Bukan sebab industri tak ada bajet, tapi sebab ramai dah sedar, budaya ni sebenarnya tak relevan lagi.

Asal Usul Booth Babe – Gabungan Lelaki, Kereta dan Cantik

Booth babe di Pameran Motor Detroit era 1960-an
Booth babe di Pameran Motor Detroit era 1960-an

Fenomena ini mula popular sekitar 1960-an, terutama di pentas besar macam Pameran Motor Tokyo  (TMS) dan Pameran Auto Detroit (NAIAS). Booth babe, promo girl, umbrella girl, dan track girl jadi istilah lazim dengan satu tujuan, tarik pengunjung, khususnya lelaki.

Lelaki suka kereta. Lelaki juga suka tengok perempuan lawa. Jadi dua benda tu pun digabungkan dan KABOMMM! Masalahnya, strategi ni mula dipersoal bila orang tanya, ini show kereta ke, show fesyen?

Kenapa Semakin Banyak Organisasi Tinggalkan Budaya Ni?

'Umbrella Girl' di Kejuraan Petronas Cub Prix 2024
'Umbrella Girl' di Kejuraan Petronas Cub Prix 2024

Tapi ramai tak tau yang semakin banyak organisasi dalam industri automotif dan permotoran dunia sudah pun meninggalkan budaya booth babe ini. Antara sebabnya:

  • Seksisme makin disedari – Wanita digunakan sebagai hiasan semata-mata tanpa ada pengetahuan produk.
  • Korporat makin matang – Jenama besar mahu profesional yang tahu pasal produk, bukan sekadar posing.
  • Media sosial makin peka – Benda eksploitasi wanita senang viral yang bukan dengan pujian, tapi kecaman.
  • Gen-Z dan Milenial tak layan – Orang datang nak tengok teknologi, bukan nak ajak booth babe selfie tepi kereta.

Siapa yang Sudah ‘Good Bye’ kat Booth Babe?

Tau tak yang banyak acara permotoran dunia sudah pun tidak menggunakan khidmat booth babe, umbrella girl dan seumpamanya. Contohnya:

  • Formula Satu (F1): Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) pada 2018 umum tamatkan penggunaan grid girls dan gantikan dengan grid kids melibatkan kanak-kanak yang aktif dalam sukan permotoran. Langkah tu nyata lebih memberikan inspirasi.
  • MotoGP: Sejak 2018, beberapa pasukan dan penganjur mula buang imej umbrella girl, dan fokuskan kepada jentera dan pelumba.
  • Pameran Motor Tokyo (Tokyo Motor Show, TMS) (kini Pameran Mobiliti Jepun (JMS): Penjenamaan semula ini disusuli perubahan besar yang lebih fokus kepada mobiliti hijau, kenderaan elektrik (EV) dan kecerdasan buatan (AI). Model seksi bukan lagi menjadi wajah utama, sebaliknya diganti dengan jurutera dan pakar teknologi.
  • IAA Mobility (bekas Pameran Motor Frankfurt): Bermula 2021, penampilan reruai profesional tanpa glamor kosong dan sarat maklumat serta pengalaman interaktif.
  • Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS): Jenama besar kini mula menghantar juruteknik dan wakil produk sendiri. Jadi bila tanya pasal cas laju, kau tak perlu lagi tunggu abang sales datang selamatkan keadaan.

Malaysia Terperangkap Nostagia?

Realitinya, pameran kereta di Malaysia masih banyak peserta dan penganjur guna khidmat booth babe. Dah macam KPI untuk tarik pengunjung datang. Padahal, ramai datang sebab nak tahu pasal insurans EV, skrin infotainmen, atau saiz but.

Ini baru tanya fungsi ADAS, kau cuma dapat senyuman manis. Nak tanya spec kereta kena tungga abang salesman datang. Apa cerita mattt…

Ramai wanita hari ini bukan saja pandai memandu, tapi juga pandai membeli kereta. Ada juga mekanik dan jadi pengulas kereta. Tapi kenapa masih tayang stereotaip lama?

Dah Sampai Masa Tayang Kereta, Bukan Orang!

Kita bukan di era 90-an, apalagi 60-an. Sekarang zaman orang tanya pasal charging time, regenerative braking, dan subscription untuk sistem infotainmen. Kalau nak jual kereta, biar spec yang buat kerja, bukan skirt mini.

Auto show bukan tempat nak test lighting untuk photoshoot. Tapi ruang untuk hargai rekabentuk, teknologi dan masa depan automotif. Kalau nak tengok perempuan seksi, baik pergi night club je. Kan.

– Han Othman

'Booth Babe' di Pameran Kereta auto show Booth Babe Retro Auto sembang deras sukan permotoran Tahukan Anda Track Girl Umbrella Girl
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Perbelanjaan Subsidi Diesel Turun RM6.2 Bilion pada 2025, Kerajaan Jimat RM4 Bilion

04/03/2026
Volvo panggil balik Vovlvo EX30, masalah bateri overheating.
Auto Terkini

Pek Bateri Panas Lampau, Volvo Thailand Panggil Balik 1,668 Unit EX30

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.