Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sembang Deras»#SembangDeras: Kenapa Kerajaan Indonesia Sediakan Subsidi Pembelian EV?
Sembang Deras

#SembangDeras: Kenapa Kerajaan Indonesia Sediakan Subsidi Pembelian EV?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/05/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BANTUAN atau subsidi diumumkan Kerajaan Indonesia untuk membantu pengguna membeli kenderaan berasaskan kuasa bateri menerima kritikan calon Pilihanraya Presiden 2024, Anies Baswedan.

Beliau menyifatkan polisi tersebut sebagai tidak sesuai dan boleh menyumbang kepada tambahan pencemaran di Republik berkenaan.

EV PUNCA LAMBAKAN KENDERAAN

Anies berkata, rakyat Indonesia akan cenderung membeli kenderaan baharu dengan insentif diskaun, dan BUKAN sebagai pengganti, tetapi hanya MENAMBAH kenderaan yang sudah dimiliki.

Ini kerana pembeli kenderaan elektrik (EV) adalah kelompok pengguna yang mampu membeli, sekali gus menambah bilangan kenderaan atas jalan.

SUBSIDI BENTUK EKOSISTEM

Bagaimanapun, jurucakap Kementerian Industri (Kemenperin), Febri Hendri Antoni Arif tampil menjelaskan rasional pemberian insentif tersebut.

Antara sebabnya adalah mempercepat pembentukan ekosistem Kenderaan Bermotor Elektrik Berasaskan Bateri (KBLBB) untuk membantu memberi kesedaran terhadap perubahan tingkah laku untuk menggalakkan orang ramai menggunakan kenderaan mesra alam.

Febri Hendr dalam satu kenyataan berkata;

Dasar pembangunan ekosistem dibuat menerusi satu pendekatan meningkatkan saingan dan aktiviti hiliran sumber asli selain membuka peluang pelaburan untuk kenderaan elektrik.

“Ini pada masa sama mengembangkan peluang pekerjaan menerusi rantaian industri.”

MALAYSIA BUKAN PESAING INDONESIA

Jika Indonesia lewat membangunkan ekosistem atau meneroka industri elektrifikasi, negara itu mungkin ketinggalan dalam persaingan dengan negara lain. Malah Indonesia ada peluang lebih cerah kerana memiliki pasaran dan bahan sumber asli.

INSENTIF NEGARA LAIN

  • Kerajaan China memberikan insentif menyamai Rp150 juta (RM45,510) untuk kereta elektrik.
  • India menyediakan insentif bersamaan Rp28 juta (RM8,495) untuk kereta EV, dan Rp4.2 juta (RM1,274) untuk motosikal EV.
  • Thailand memberikan insentif Rp63 juta (RM19,110) untuk kereta EV, dan Rp7.6 juta (RM2,305) untuk motosikal elektrik.
  • Negara Amerika dan Eropah turut menawarkan insentif pembelian EV.

Febri Hendri berkata lagi:

Presiden menyarankan (kami) menarik pelaburan untuk EV. Insentif yang diberikan negara pesaing juga perlu diberikan di Indonesia. Era EV adalah keperluan yang memerlukan penyediaan lengkap sama ada dalam bentuk motosikal, kereta atau bas.”

APA KATA MENTERI INDUSTRI?

Menteri Industri, Agus Gumiwang Kartasasmita pula menjelaskan pemberian subsidi adalah antara usaha membantu Indonesia mencapai misi sifar emisi menjelang 2060.

Katanya, Kerajaan Indonesia juga menetapkan sasaran pengeluaran EV sebanyak 30 peratus menjelang 2030.

Menurutnya;

Asasnya, ini untuk mengurangkan emisi dan sebagai komuniti global, kami ada komitmen mencapai sifar emisi menjelang 2060. Ini menjadi sebahagian usaha kami mencapainya

“Kita tidak harus lupa pembangunan industri EV di Indonesia juga akan mencipta peluang tenaga kerja besar di Indonesia dan (kita) boleh memanfaatkan program hiliran seperti nikel yang sedang dilaksanakan Pemerintah.”

“Jadi, jika kita melihat pada pembangunan industri EV, jangan hanya lihat pada satu faktor tetapi kita perlu lihat secara menyeluruh kerana kita juga membentuk ekosistem dan manfaat, serta misi yang tidak hanya dilihat menerusi satu faktor.”

BACA >>> Wuling Air EV (2022) Jadi Fenomena di Indonesia, 3,000 Unit Terjual dalam Masa Dua Bulan
BACA >>> China, Korea Selatan Pun Berminat Tambah Pelaburan Pembuatan EV di Indonesia

Anies Baswedan Auto Terkini Febri Hendri Antoni Arif Gumiwang Kartasasmita Kenderaan Bermotor Elektrik Berasaskan Bateri (KBLBB) Kenderaan Elektrik Roda4 Subsidi EV Indonesia
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    GrabX2026: Grab Lancar 13 Ciri AI, Sasar Jadi Pembantu Harian Lebih Pintar di Asean

    08/04/2026
    JPJ Negeri Sarawak sita Ferrari ultra-terhad
    Auto Terkini

    Op Luxury: JPJ Sarawak Sita Ferrari ‘Ultra-Terhad’

    08/04/2026
    Rembawang cipta rekod Malaysia Ferrari Dino 308 GT4 atas tingkat 29
    Auto Terkini

    Ferrari Klasik di Tingkat 29! Rembawang Cipta Dua Rekod Baharu Malaysia

    08/04/2026
    Harley-Davidson Pan America 1250 ST 2026
    Roda2

    Harley-Davidson Pan America 1250 ST Dinobat Sport Touring Motorcycle of the Year 2026

    07/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM197,480

    By Syafie05/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.