Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sembang Deras»#SembangDeras: Harga Kereta Naik 2024?
Sembang Deras

#SembangDeras: Harga Kereta Naik 2024?

Han OthmanBy Han Othman17/10/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGUMUMAN cukai perkhidmatan sebanyak 8 peratus dalam Belanjawan 2024 dan subsidi bahan api bersasar bermula tahun depan dijangka mempengaruhi harga kereta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu lalu mengumumkan kenaikan cukai perkhidmatan daripada 6 kepada 8 peratus bermula tahun depan dalam perbentangan Belanjawan 2024.

Pada masa sama, pemberian subsidi bersasar bagi diesel bakal memberi manfaat kepada pengguna tertentu, tetapi masih tidak pasti sama ada turut mempengaruhi keseluruhan rangkaian belakang. Kesannya secara tidak langsung akan menyaksikan kenaikan harga barang dalam sektor tertentu, dan tidak ketinggalan automotif.

Pengguna juga diberikan pelepasan cukai pendapatan hingga RM2,500 untuk pengecas kenderaan elektrik (EV) yang dilanjutkan hingga 2027, termasuk pengecualian cukai bagi kos sewaan EV untuk dua tahun dan rebat hingga RM2,400 untuk membeli motosikal elektrik.

ADAKAH HARGA KERETA BAKAL NAIK?

Persoalannya, adakah kenaikan cukai perkhidmatan kepada 8 peratus dan pemberian subsidi bagi bahan api diesel bakal mempengaruhi harga kenderaan pada tahun depan. Dalam bahasa mudah faham, adakah harga kereta akan naik akibat daripada pengumuman berkenaan?

Melihat kembali kepada pengumuman itu, memang ada kebarangkalian harga kereta dijangka naik tahun depan. Walaupun masih belum jelas sama ada akan mempengaruhi harga kenderaan atau sebaliknya.

Apa yang pasti, sektor pengangkutan bakal mengalami kenaikan kos sekiranya tidak tersenarai dalam pemberian subsidi bersasar.

Ini secara tidak langsung, syarikat logistik bakal mengenakan kos tambahan ke atas pengeluar kenderaan (OEM) yang secara tidak langsung memberi impak terhadap pengguna.

Pada masa sama, kami di PanduLaju menghubungi beberapa rakan pemerhati automotif yang rata-rata memberikan pandangan sama mengenai kebarangkalian kenaikan harga kenderaan bermula tahun depan jika pengumuman itu memberi kesan terhadap sektor automotif.

Antara faktor kenaikan harga kenderaan adalah kos pengangkutan. Apabila tiada subsidi, kos pengangkutan akan naik. Kos pengangkutan itu pula akhirnya perlu ditanggung pengeluar. Lainlah kalau pengeluar itu sendiri mahu ‘menyerap semula’ atau menanggung kos berkenaan dan bukan pengguna.

PATUT ATAU TIDAK SAYA BELI KERETA SEKARANG?

Ini antara persoalan ramai. Adakah patut saya tunggu atau beli kereta sekarang? Jawapan kami mudah, belilah kalau itu sudah menjadi keperluan dan ada kemampuan membeli.

Dalam masa yang berbaki beberapa bulan saja lagi, mungkin ini masa terbaik melakukan pembelian kereta. Tambahan lagi, banyak pengeluar sekarang sedang mengadakan promosi hujung tahun dengan memberikan rebat tambahan.

Stok kereta mungkin terhad walaupun pengeluar biasanya sudah menambah jumlah produk dalam inventori. Kalau terlambat buat tempahan memang boleh terlepas.

Jika ada keupayaan membeli kereta dengan bajet di bawah RM100,000, mungkin inilah kerana masih ada banyak pilihan model di pasaran sama ada model petrol atau EV. Sebabnya, ada kemungkinan model-model di bawah RM100,000 itu akan melepasi paras lebih daripada enam digit!

Ini bukan pembelian panik, tetapi boleh jadi satu pembelian bijak kerana banyak pengeluar cuba sedaya upaya melepaskan stok tahunan produk masing-masing. Bijak membeli, bijak memakai!

Auto Terkini Honda Honda Malaysia Kereta Naik Harga 2024 sembang deras Toyota Volkswagen
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
Auto Terkini

Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

16/07/2026
Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
Auto Terkini

Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.