• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Sembang Deras / #SembangDeras: Boleh Jadi Macam Tokyo, Kenapa Pilih Gojek untuk Jadi Jakarta?

#SembangDeras: Boleh Jadi Macam Tokyo, Kenapa Pilih Gojek untuk Jadi Jakarta?

August 30, 2019 By admin.pandulaju 5 Comments

877
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LAGI pendapat umum mengenai cadangan Kerajaan mahu memperkenalkan perkhidmatan teksi motosikal e-hailing. Cadangan tersebut asalnya diusulkan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang beberapa hari kemudian mendapat lampu hijau Kabinet untuk melaksanakannya selepas kajian terperinci dibuat.

Lama sebelum itu, Kerajaan terdahulu pada 2017 mengarahkan syarikat start-up tempatan, Dego Ride menghentikan perkhidmatan motosikal e-hailing kerana beroperasi tanpa lesen sah daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Antara sebab kuat kenapa tidak dibenarkan adalah atas faktor keselamatan.

BACA >>> Teksi Motosikal - Dego RIDE Diarah Tutup, Tiada Lesen Operasi

Kami sentiasa mengalu-alukan pendapat pro dan kontra daripada anda mengenai isu 'gojek Malaysia' ini mengenai kewajaran membenarkan perkhidmatan seumpama itu dilaksanakan di negara kita. Sebarang kritikan, sokongan dan cadangan boleh saja dihujahkan secara sihat. Kenapa perlu memaki hamun?

Artikel #SembangDeras kali ini kami siarkan pendapat Muhammad Najib yang dimuat naik di laman Facebook miliknya. Jelas sekali beliau menolak idea 'Gojek Malaysia' yang dicadangkan tuan muda menteri kita. Apabila dibaca, memang ada rasional dan munasabah juga poin-poin yang beliau tuliskan. Setakat ini sudah ada dua artikel yang membantah cadangan motosikal e-hailing.

BACA >>> #SembangDeras: Inilah Sebab Kenapa Ambo Tak Setuju dengan Ojek...

Ada yang tidak puas hati? Cepat PM kami di Facebook!

* Status penulis sudah disunting tanpa menjejaskan gaya bahasa. Boleh baca artikel asal pada pautan di akhir tulisan. Harap maklum. 

Harap masih belum terlambat untuk into scene hal gojek ini.

Pandangan aku mudah.

Jakarta sedari awal ada ojek atau teksi motosikal. Kemudian dimodenkan menjadi motosikal e-hailing dan muncul jenama seperti Go Jek, diikuti pesaing lain seperti GrabBike.

Kuala Lumpur pula tidak pernah ada khidmat teksi motosikal. Kerana tiada kebergantungan terhadap sistem pengangkutan awam yang primitif ini yang menjadikan Kuala Lumpur (KL) lebih cepat menerima pakai pengangkutan rel LRT, monorel atau MRT walaupun populasi KL jauh lebih rendah berbanding Jakarta.

Jadi bila Kerajaan nak bawa masuk gojek, ia langkah ke belakang. Pengangkutan awam KL ini boleh saja mencapai taraf Singapura, Hong Kong, Tokyo atau Melbourne tapi sebaliknya kita pilih untuk jadi seperti Jakarta, Manila, Ho Chi Minh City atau Bangkok dengan ojek, Bajaj, tuk tuk, habal habal, songthaew atau jeepney mereka.

Sebab itu tindakan Kerajaan dahulu menghalang motosikal e-hailing seperti Dego Ride dan sebagainya adalah betul. Ia bukti komitmen Bapa Pengangkutan Awam, Najib Razak yang mahu memodenkan pengangkutan awam ibu kota supaya selesa dan selamat.

Kalau kita terima pakai perkhidmatan seperti gojek, maka Kerajaan dan perancang bandar akan selesa dalam kepompong sendiri dan tiada rasa terdesak menaik taraf pengangkutan awam. Itu salah satu faktor Jakarta baru dapat merasa MRT mereka sendiri.

Cakap-cakap ahli politik bahawa gojek ini akan membasmi masalah rempit dan mewujudkan peluang pekerjaan adalah tidak tepat pada pandangan aku.

Rempit ini masalah yang berlaku bukan kerana mereka tidak ada pekerjaan. Bersepah je rempit yang ada kerja sebenarnya. Kalau rempit tak bekerja itu ada kemungkinan sebab mereka masih belajar atau pun memang malas atau baru kena buang kerja. Yang selebihnya memang ada kerja dan berkemungkinan besar sekarang pun mereka sudah menjadi rider Grab Food atau Food Panda.

Dan kalau betul nak mewujudkan peluang pekerjaan, maka menteri belia perlu tanya diri sendiri adakah peluang pekerjaan yang mahu diwujudkan untuk golongan belia adalah sebagai penunggang teksi motosikal? Kalau dulu kutuk Barisan Nasional (BN) dengan mengatakan bekerja sebagai pemandu Grab itu bukan peluang kerja yang berkualiti, takkan sekarang nak ubah pula dan kata bekerja sebagai rider gojek itu satu peluang pekerjaan?

Seperkara lagi yang perlu kita ingat, naik motor ni bukanlah satu pilihan yang selamat. Sama ada kau melanggar atau dilanggar, dua-dua sakit. Macam kes mentimun dengan durian.

Mereka yang menunggang motor adalah atas faktor itu saja pilihan yang ada. Kebanyakan atas sebab kekangan ekonomi. Hanya segelintir saja (macam pemilik superbike) yang naik motor kerana itu hobi mereka.

Tapi baik naik motor kerana ekonomi atau minat, kita kena sedar bahawa kematian atau kecederaan melibatkan motosikal adalah tinggi. Dan angka ini boleh bertambah jika kita benarkan khidmat seperti gojek di Kuala Lumpur. Bukan saja penunggang berisiko, pembonceng juga sama. Bezalah dengan rider Food Panda tergolek atas jalan. Yang sakit hanya dia dan makanan yang kau pesan.

Ya, kalau di Jakarta khidmat Go Jek atau GrabBike menjadi pilihan aku juga. Tapi rasanya tak perlu kita amalkan benda yang sama di KL.

Cukuplah kita ada rider Grab Food dan Food Panda bersidai depan kedai makan, tak perlu kita tambah pula dengan rider gojek bersidai sepanjang jalan macam di Jakarta.

* Gambar: Rider GrabBike aku di Jakarta dulu. Dia punya bising berleter sepanjang jalan kalah bunyi motor sendiri.

Related

877
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Sembang Deras Tagged With: aplikasi mobil, GO-JEK, GoJek, Gojek Indonesia, Motosikal e-Hailing, Muhammad Najib, Ojek, Pendapat, sembang deras, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Teksi Motosikal

Comments

  1. drMpower says

    August 31, 2019 at 11:04 PM

    Isu dgn pengangkutan awam ialah First and Last Mile
    Walaupun ada feeder bus route tapi mustahil utk bus tu cover semua org yg perlu. The best possible route maybe kena berkereta juga dan semestinya perlukan parking. Ini disebabkan tak pernah ada kajian sebelum kita design route tu
    Saya kata tak pernah ada kajian sebab tak pernah ada dipaparkan hasil kajian. Sekarang ada, melalui bus free selangor yang actively log data route. Harap ada juga data passenger dlm system itu
    So semua hal gojek uber grab ni adalah utk selesaikan issue First and Last Mile. Maksud First Mile and Last Mile ni ialah passenger MRT LRT or whatever tu nak pergi ke stesyen/balik rumah. So kalau nk tunggu bus, then maybe ada maybe takda dlm laluan route feeder bus. So kena la drive a car tapi nt issue parking pula. So guna la sejenis pengangkutan yang tak perlu parking tapi bawa dari rumah ke stesyen / stesyen ke rumah

    Ada a few solution:

    A) cover route lebih meluas dengan bus yang lebih pendek dan banyak. Tapi benda ni kena kaji Bus pendek sebab nak kasi agile movement. Bus banyak supaya timing boleh cover masa menunggu

    B) maintain or tambah bus lane utk cover (A)

    C) buat framework lebih meluas utk segala jenis penyelesaian First/Last Mile yang sedia ada. ie cover semua termasuklah insurance, license for the operator

    D) motorcycle lane to support (C)

    E) Capex and Opex for MRT LRT are very high. And impossible to run without Government subsidies. Especially Capex. Thats why very high risk utk bankrupt. Dah la subsidies not infinity, ridership pula low end, and cannot repay the capex fast enough. Apatah lagi opex.

    So harap harap you tahu berapa calculation ROI on MRT tu. with and without subsidies.

    Reply
  2. Alson P says

    September 1, 2019 at 8:43 PM

    Kita ada pengangkutan awam moden, kenapa hentikan pimbinaan MRT3?? Malaysia, KL khasnya tidak memerlukan gojek.. Teruskan Projek MRT3, MRT4 di bandaraya yang sibuk selain KL, lembah Klang.. Malaysia boleh jadi advanced country, buat apa nak kekal dalam lingkungan developed country..

    Reply
  3. Alson P says

    September 1, 2019 at 8:47 PM

    Kita sedang membina kereta terbang (hampir kepada advanced country), lebih baik perkenalkan flying teksi... Says no on gojek

    Teksi terbang boleh mengelakkan kesesakan jalanraya

    Reply
  4. Alson P says

    September 1, 2019 at 8:49 PM

    Katakan tidak kepada Gojek

    Reply
  5. karim amour says

    September 2, 2019 at 1:03 PM

    Alang-alang bawa masuk sekali produk beg mayat berkualiti tinggi dari syarikat luar. Biar mengalir terus matawang kita keluar dan tak kembali lagi.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev