• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Selepas Sebulan Honda Terima 1,700 Unit Tempahan Honda CR-V Facelift

Selepas Sebulan Honda Terima 1,700 Unit Tempahan Honda CR-V Facelift

December 9, 2020 By AI Leave a Comment

FacebookTwitter

HONDA Malaysia mengumumkan tempahan model kenderaan utiliti sukan (SUV) CR-V facelift meningkat sebanyak 180 peratus dalam sebulan sejak pelancaran rasmi pada November lalu.

Tempahan yang diterima melebihi jangkaan yang mana setakat ini Honda Malaysia menerima lebih daripada 1,700 tempahan setakat ini. Honda CR-V baharu ditawarkan dengan tiga varian naik taraf iaitu:

  • 1.5L TC-P 4WD - 162,910.18 (varian baharu)
  • 1.5L TC-P 2WD - 157,615.91
  • 2.0L 2WD - 139,912.53

Honda CR-V 1.5L TC-P 2WD merupakan varian paling banyak menerima tempahan dengan sumbangan 46 peratus merangkumi wilayah tengah ( 45 peratus) diikuti wilayah utara (20 peratus) . Manakala warna popular dalam kalangan pengguna ialah Dark Olive Metallic yang menyumbang sebanyak 30 peratus dari unit tempahan.

Sehingga kini, sebanyak 1,300 unit CR-V baharu dihantar kepada pelanggan seluruh negara dan Honda Malaysia akan memastikan penghantaran tepat pada masanya. Antara kemasan yang didatangkan pada CR-V facelift ialah  gril hitam baharu dengan lampu utama LED signatur Honda bersama bampar depan menampilkan fasia krom gaya sayap baharu (Wing-Style Chrome Fascia).

Rekabentuk belakang pula menggunakan kemasan krom gelap baharu (New Rear Dark Chrome) dan lampu belakang gelap. Bampar belakang turut menggunakan kemasan Wing-Style Chrome Fascia, manakala paip ekzos juga baharu dengan kemasan New Tail Pipe Finisher.

SUV segmen-D itu juga ditawarkan dengan Honda Sensing di samping 6 beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA), Bantuan Kendali Tangkas (AHA), Pegun Brek Auto (ABH), Bantuan Mula Daki (HSA), Signal Henti Kecemasan (ESS), pemantau perhatian pemandu (DAM), dan penggera keselamatan dengan imobiliser.

BACA>>>Honda CR-V (2020) Facelift Lancar di Malaysia dengan Varian Baharu Harga RM162k
BACA>>>#TahukahAnda: Kenapa Sedan Lebih Baik daripada SUV?

 

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Honda, Honda CR-V, Honda Malaysia, Pratempahan, SUV segmen-D

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?
    #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?
  • #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?
    #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?
  • #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my