• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Kereta
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE

Selepas Nissan, Giliran Mitsubishi Pula Pecat Ghosn Susulan Skandal Tipu Isytihar Gaji

November 27, 2018 By AO Leave a Comment


SELEPAS berdepan tuduhan skandal cukai dan penyalahgunaan wang, Carlos Ghosn disingkirkan Mitsubishi daripada jawatan pengerusi di syarikat tersebut.

Ghosn berdepan tindakan undang-undang daripada Kerajaan Jepun atas tuduhan menipu jumlah pendapatan bernilai £34 juta (RM181 juta) yang diterimanya di Nissan, dipercayai untuk meraih kelebihan kewangan. Malah, beliau juga disyaki terlibat dalam penyalahgunaan aset syarikat.

BACA >>> Sebuah Kisah Panjang Carlos Ghosn, Siapakah Dia dan Apakah Skandal Dilakukannya?

Ghosn ialah tokoh senior popular dan disegani di sebalik tertubuhnya pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi. Namun, skandal yang tercetus baru-baru ini menyebabkan beliau digugurkan daripada jawatan tertinggi di Nissan, dan terbaharu disusuli Mitsubishi pula.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mitsubishi, Osamu Masuko, yang akan mengambil alih tempat Ghosn hingga Pengerusi baharu dilantik, berkata;

"Saya terkejut. Saya tak percaya. Saya masih tidak faham kenapa."

Selepas dipecat daripada Nissan dan Mitsubishi, kredibiliti Ghosn di Renault juga dijangka terancam. Namun, Renault kepentingan saham terbesar dimiliki Kerajaan Perancis, masih mengambil keputusan tunggu dan lihat, serta enggan membuat apa-apa tindakan.

Ini mungkin kerana Kerajaan Perancis masih terhutang budi kepada Ghosn yang menjadi individu yang bertanggungjawab menyelamatkan Renault ketika krisis kewangan pada lewat 1990-an. Malah, selepas pasca krisis, sukar untuk tidak mengaitkan Ghosn dengan Renault.

BACA >>> Mitsubishi Kini Nissan-Renault Yang Punya!!!

Namun, fasa paling menonjol dalam hidup Ghosn ialah memulihkan Nissan. Apa tidaknya, ketika beliau mengambil alih Nissan, pengeluar itu sedang menanggung hutang berjumlah AS$20 bilion (RM106 bilion).

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, Carlos Ghosn, Mitsubishi, Osamu Masuko, Pakatan Renault-Nissan, Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi, Renault Nissan, Roda4, Skandal Carlos Ghosn

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • SOHC atau DOHC? Enjin Mana Satu Lebih Bagus? Kenali Istilah, Fungsi dan PerbandinganSOHC atau DOHC? Enjin Mana Satu Lebih Bagus? Kenali Istilah, Fungsi dan Perbandingan
  • Perbandingan Awal: Kawasaki Ninja ZX-25R (Baru) vs ZX-2R (Lama)Perbandingan Awal: Kawasaki Ninja ZX-25R (Baru) vs ZX-2R (Lama)
  • #TahukahAnda: Apakah Risiko Jika Sengaja Lambatkan Tukar Minyak Enjin Motor?#TahukahAnda: Apakah Risiko Jika Sengaja Lambatkan Tukar Minyak Enjin Motor?
  • #TahukahAnda: Warna Manakah Sesuai untuk Lampu Kabus Depan, Putih atau Kuning?#TahukahAnda: Warna Manakah Sesuai untuk Lampu Kabus Depan, Putih atau Kuning?
  • Siapakah Memandai Buat Syarat Lampu Signal Capang? Kerajaankah, Freemasonkah?Siapakah Memandai Buat Syarat Lampu Signal Capang? Kerajaankah, Freemasonkah?

PANDU UJI

Proton 1 Tank Adventure [SIRI 2]: Taktikal Lebih Ekstrem, Jimat Macam Kereta Hibrid!

ARTIKEL Siri 1 dulu, kami berkongsi kepada anda, tidak kira model atau … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Grand Carnival 2.2L Turbo Diesel, MPV Paling Sedap di Malaysia?

 PERCAYA atau tidak, Kia Grand Cranival 2.2L Turbo Diesel ini … [Baca Lagi...]

2014 - 2019 © PanduLaju.com.my