Scania Malaysia menyerahkan dua unit trak Scania P360 LA 4x2 MNA kepada Circular Agency Sdn Bhd (CA). Pemilihan dua unit trak daripada CA menunjukkan keyakinan pelanggan terhadap jenama Scania di Malaysia.
CA yang juga anak syarikat kepada Malay-Sino Chemical Industries itu turut menerima pakej khidmat ‘Scania Fleet Management’ secara percuma selama 10 tahun.
Scania Fleet Management adalah sistem komunikasi yang menghubungi trak kepada pejabat pelanggan. Pelanggan Scania akan mendapat data tentang keadaan, posisi trak dan prestasi pemanduan menerusi sistem ini.
Majlis penyerahan kunci disempurnakan oleh Pengarah Pra Jualan Scania Asia Tenggara, Tom Kuiphuis kepada Pengarah Urusan Batu Kawan Berhad, Datuk Lee Hau Hian. Turut hadir pada majlis itu adalah Pengurus Besar CA, Tan Boon Chye, Pengurus Khidmat Sokongan dan Penyelenggaraan, Karunakaran Ganapathy dan Pengurus Audit Dalaman untuk Batu Kawan Berhad, David Ng Weng Kiang.
Leave a Reply