Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Sayangkan Motosikal? Ini 5 Kesilapan Tipikal Penunggang Baru yang Anda Patut Elak
Roda2

Sayangkan Motosikal? Ini 5 Kesilapan Tipikal Penunggang Baru yang Anda Patut Elak

ZYBy ZY21/08/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PELUANG memiliki motosikal baharu sememangnya impian kebanyakan penunggang. Namun, dalam kegembiraan mendapat jentera serba baharu itu, kerap pula pemilik baharu, newbie atau amatur melakukan beberapa kesilapan tipikal yang bakal mengundang kedukaan dan kecelakaan seperti berikut:.

1. Tunggang Melulu

Tabiat ini biasa dilakukan penunggang moped berkuasa tinggi atau sportbike yang baru memegang terotel. Mereka terlalu gelojoh mahu menayang kuasa motosikal sendiri tanpa memantapkan skil tunggangan terlebih dahulu (dan adab di jalan raya).

Tidak percaya? Cuba tanya rakan-rakan yang pernah berkonvoi ke ‘litar tidak rasmi’ Malaysia, seperti Kuala Klawang atau Bukit Tinggi. Golongan manakah yang kerap jadi punca kemalangan?

2. Salah Parkir

Digelar sebagai ‘jatuh bodoh’. Situasi berlaku apabila pemilik masih tidak biasa dengan cara memarkir atau menongkat dengan sempurna yang menyebabkan motosikal mereka jatuh secara tidak munasabah.

Insiden begini mudah dielakkan jika penunggang memilih ruang parkir luas yang memudahkan pergerakan dan mengalih motosikal selain dapat memastikan tapak parkir cukup kukuh dan rata untuk menampung beban berat motosikal yang ditahan tongkat.

Menangis kalau kena macam ni.

Satu lagi kesalahan memarkir ialah meletak motosikal di kawasan berisiko kecurian tinggi tanpa menggunakan peranti keselamatan mencukupi. Sebenarnya, berbaloi melabur untuk mendapatkan pengunci mahal, walaupun tidak 100 peratus selamat daripada kecurian, tetapi sekurang-kurangnya dapat melengahkan pencuri.

3. Tukar Warna atau Rekaan Grafik Asal

Selama mana anda mahu memiliki motosikal itu? Rata-rata pemilik akan berkira-kira menjual semula motosikal mereka selepas tiga tahun (selepas tamat tempoh bayaran pinjaman), dan menggunakan wang hasil jualan tersebut sebagai modal atau deposit untuk memiliki motosikal lain yang lebih berkuasa.

Pemilik yang menukar corak grafik/strip, atau warna asal motosikal bukan sahaja memerlukan kos tinggi, tetapi juga memberi kesan kepada nilai jual semula (resale value). Faktanya, wujud persepsi di kalangan pembeli bahawa motosikal yang ditukar warna adalah bertujuan mengaburi kesan kemalangan.

Malah, rekaan corak kesukaan anda itu mungkin tidak sama cita rasa bakal pemilik baru, sekali gus merendahkan harga jual semula motosikal tersebut berbanding warna dan grafik asal yang mungkin sudah pudar dan lusuh.

Tidak semua peminat KTM berkongsi minat idola MotoGP seperti anda.

4. Jual Komponen atau Aksesori Asal

Modifikasi seperti mengubahsuai set ekzos aftermarket jenis full system atau rim sport ringan akan membuatkan anda berkira-kira mahu trade-in kepada aksesori asal, tidak kira sama ada untuk menampung kos ubah suai atau sukar membawa pulang semua barang tersebut ke rumah kerana anda pun cuma bermotosikal saja.

Sama seperti strip atau kerja badan custom tadi, alat ganti dan aksesori aftermarket akan mengundang persepsi bahawa motosikal anda kerap dilenjan. Ini menjadikan nilai jual semula merosot.

Walaupun komponen aftermarket itu boleh ditukar semula (restore), tetapi ketiadaan komponen asal pasti merumitkan proses penukaran dan boleh menelan belanja lebih besar jika mahu membeli semula.

Pening kepala ni kalau nak restore semula.

5. Sembarangan Beri Pinjam Motosikal

Tidak semua motosikal mudah ditunggang. Jadi, jangan sembarangan beri pinjam atau beri peluang tunggang uji kepada rakan atau sesiapa sahaja yang anda rasa was-was dengan skil mereka, kecuali mereka pernah menunggang motosikal lebih kurang sama dan skil tunggangan pula meyakinkan.

Memang seronok dapat berkongsi kegembiraan memiliki motosikal baharu, tetapi semua keseronokan itu boleh hilang sekelip mata jika tersilap langkah. Silap haribulan boleh putus kawan pula. Menangis pun sudah tidak berlagu.

Biar jatuh, janji senyum dulu bagi sejuk hati kawan.
autotainment kesilapan tipikal penunggang baru motosikal newbie penunggang amatur penunggang newbie roda2 tip
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Honda X-ADV 2026
Roda2

Honda X-ADV 2026 Dapat Warna Baharu, Kini Lebih Mesra Alam

03/03/2026
Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES
Roda2

BSH Beri ‘Nafas’ Baharu Buat Honda Africa Twin, Harga RM99,888

03/03/2026
Aveta Vanguard 250 2026
Roda2

Aveta Vanguard 250 2026 Dikemas Kini dengan 10 Naik Taraf Baharu

27/02/2026
Roda2

Ducati DesertX V2 2026 dengan Enjin V2 890cc Baharu, Lebih Mudah Selenggara

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.