Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»SAV Elektrik BMW iX M60, Coupe Prestasi BMW M2 (2023) Debut di Malaysia!
Roda4

SAV Elektrik BMW iX M60, Coupe Prestasi BMW M2 (2023) Debut di Malaysia!

Han OthmanBy Han Othman07/08/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BMW Group Malaysia
 memperkenal kenderaan aktif sukan (SAV) elektrik, BMW iX M60 (2023), yang juga pertama dalam segmen kenderaan sport prestasi tinggi jenama itu selain dua varian coupe kompak prestasi tinggi BMW M2 (2023).

Sebagai SAV elektrik sulung bagi portfolio BMW M, BMW iX M60 menampilkan pelbagai ciri canggih berserta karakteristik pemanduan luar biasa seperti dijanjikan model M Performance.

Sementara itu, BMW M2 terbaharu hadir dalam bentuk coupé kompak 2-pintu yang paling gah pernah dilihat dalam kelasnya. BMW M2 turut mencerminkan kecemerlangan BMW M3 dan BMW M4 yang disempurnakan casis berteraskan teknologi litar lumba.

BMW iX M60 (2023) – RM 630,800

BMW iX M60 mampu menjana output kuasa 455kW (619hp) dan jarak operasi elektrik sejauh 561km (WLTP) yang menjadikan ini antara model elektrik terpantas dalam portfolio BMW.

Ciri kawalan luncur Launch Control memberikan tork maksimum 1,100Nm dan pecutan 0-100kmj sepantas 3.8 saat, manakala kelajuan tertinggi 250kmj.

Konsep ‘spaceframe’ aluminium dan kerangka karbon dengan plastik tetulang gentian karbon (CFRP) pada bahagian atas, sisi dan belakang memberikan agihan berat optimum 50:50.

Turut dilengkapi brek M Sport dengan kaliper biru, suspensi udara dwi-gandar adaptif dengan talaan dan komponen M, selain Stereng Aktif Integral (IAS).

Pengecas pantas 195kW membolehkan SAV ini dicas 0-80 peratus dalam masa 35 minit. Ini juga model BMW pertama Malaysia yang dapat menerima suapan kuasa 22kW daripada pengecas dinding AC (AC Wallbox Charger) yang mengurangkan masa mengecas bawah 5.5 jam untuk pengecasan 0-100 peratus.

Jika menggunakan AC Wallbox Charger 11kW, SAV ini dapat dicas 0-100 peratus dalam masa 11 jam.

Pemilik juga diberikan set rim aerodinamik M BMW Individual 22 inci dwi-tona dengan gilapan 3D gangsa titanium.

BMW iX M60 (2023) juga dilengkapi sistem bunyi keliling Bower and Wilkins Diamond dengan 30 pembesar suara 1,615W dan dua twiter berlian, serta unit kawalan pembesar suara aktif untuk kesan bunyi keliling 3D optimum, termasuk pembesar suara bunyi keliling khas pada penyandar kepala setiap kerusi .

Ciri lain seperti Bass Performance Plus menampilkan dua subwufer bawah kerusi baris kedua dengan pengimbang bunyi tujuh jalur, tetapan ShyTech dan fabrik audio untuk pembesar suara aras bunyi menengah.

Bahasa rekabentuk mewah dapat dilihat pada ruang kabin berlatarkan pilihan upholsteri Interior Design Suite Amido dan Interior Design Suite Castanea yang disempurnakan konsol tengah dan perehat tangan material Sensatec.

BMW Live Cockpit Professional terhidang dengan kluster instrumen 12.3 inci dan unit infotainmen 14.9 inci sebagai standard.

Juga hadir standard ialah Panggilan Kecemasan Pintar, Telekhidmat, ConnectedDrive Services, Connected Package Professional, BMW Natural Interaction dan Perlindungan Aktif melalui BMW Live Cockpit Professional resolusi tinggi.

Dari segi bantuan, BMW iX M60 (2023) menampilkan Driving Assistant Professional, Parking Assistant Professional dan ciri kawalan luncur berserta fungsi pembrekan.

Pilihan warna standard: Mineral White, Alpine White Metallic, Black Sapphire Metallic, Sophisto Grey Metallic dengan Brilliant Effect, Phytonic Blue Metallic, dan Blue Ridge Mountain Metallic.

Dua warna istimewa juga ditawarkan, iaitu Individual Storm Bay Metallic dan Aventurine Red Metallic. Ruang kabin boleh memilih antara Interior Design Atelier dalam warna Mocha atau Black, atau Interior Design Suite dalam warna Amido atau Castanea.

Pemilik BMW iX M60 (2023) dapat menikmati Pengalaman Pemilikan Premium seperti berikut:

  • 5 tahun waranti tanpa had perbatuan dan servis percuma.
  • 8 tahun waranti bateri, atau 160,000km (mana satu sampai dulu).
  • Bantuan jalanan dan hotline kemalangan.
  • Servis atas talian BMW.

Maklumat lanjut sila layari laman web atau hubungi wakil pengedar BMW.

2. BMW M2 (2023) – RM598,800 | RM642,800 (PRO PACKAGE)

Dari depan, BMW M2 membawakan rekaan gril ginjal (kidney) terkini, tanpa frem dengan bilah disusun menegak.

Gaya apron dan ventilator udara direka besar seakan segi empat. Turut kelihatan lampu depan adaptif LED dengan ciri bantuan lampu suluh tinggi (AHB), selain lip depan daripada aluminium bagi mengurangkan berat.

Dari sisi, BMW M2 (2023) memanfaatkan permukaan besar dan konsep segi empat untuk konfigurasi agihan klasik disebut ‘three-box’. Dengan skirt sisi lebar dan gerbang roda mengembang, BMW M2 (2023) tampak lebih ekstrovert dengan seni rekabentuk BMW klasik.

Coupe ini juga menampilkan kaliper brek biru dan set rim aloi ringan M dwi-tona 930 M berserta saiz tayar berbeza, iaitu 19 inci di depan dan 20 inci (belakang).

BMW M2 (2023) dengan Pro Package pula hadir eksklusif bersama brek M Compound dalam tona merah berkilat dan set rim aloi ringan M dalam warna hitam 930 M, juga set tayar 19 inci di depan dan 20 inci (belakang).

Seksyen belakang pula, BMW M2 (2023) didatangkan dengan lip spoiler untuk meningkatkan daya mendap aerodinamik, berserta difuser dan paip ekzos kembar M.

Juga eksklusif untuk Pro Package ialah bumbung M Carbon Roof dan M Lights Shadowline.

Dari segi dimensi, BMW M2 (2023) memiliki panjang 4,580mm (+119mm), lebar 1,877 mm (+33mm) dan tinggi 1,403mm (-11mm), manakala jarak roda 2,747mm (+54mm).

Ruang but menawarkan kapasiti 390 liter,  agak besar bagi sebuah model coupé, dan boleh dipertingkat dengan melipat tempat duduk belakang dengan pembahagian 40:20:40.

Sebagai standard, BMW M2 (2023) menampilkan kerusi M Sport kuasa elektrik dengan braket sisi untuk sokongan lateral optimum ketika membelok dalam halaju tinggi.

Lencana M bercahaya terpamer pada penyandar kepala kerusi depan. Ciri standard tema sport lain tertera pada stereng kulit M dengan pedal syif selain butang Mod M merah, material bumbung M Anthracite, trim dalaman M Aluminium Rhombicle Anthracite, kotak gear M Steptronic 8-kelajuan, butang tetapan dan Mod M bagi konsol tengah, selain paparang dongak (HUD)  yang julung kali ada pada BMW M2.

Eksklusif untuk BMW M2 dengan Pro Package ialah tali keledar M dan trim dalaman M Carbon Fibre.

Selain itu, BMW M2 (2023) juga didatangkan standard dengan cahaya ambien, penyaman udara automatik 3-zon, pakej kompartmen storan, pakej cermin dalaman dan luaran, serta cermin pandang belakang dengan fungsi antisilau automatik.

Ruang kabin belakang, dua kerusi kini mempunyai ruang kaki lebih luas berbanding model terdahulu.

Trenkuasa dijana enjin 6-silinder sebaris M TwinPower Turbo 3.0L berkuasa 460hp dan tork 550Nm, dengan transmisi Steptronic Sport 8-kelajuan. Pecutan 0-100kmj dapat dibuat sepantas 4.1 saat, manakala kelajuan tertinggi 250kmj.

Pemilik juga ada pilihan M Driver’s Package untuk meningkatkan kelajuan maksimum kepada 285kmj.  Menyempurnakan pengalaman pemanduan prestasi tinggi sebenar ialah Active M Differential pada gandar belakang untuk daya cengkaman tinggi.

Ciri standard lain ialah kaliper brek tetap 6-piston, suspensi Adaptive M Suspension dan juga sistem M Drive Professional.

Juga disediakan konektiviti sistem operasi (OS) BMW 8 dengan BMW Live Cockpit Professional berserta BMW Curved Display sebagai standard. Kombinasi skrin paparan baharu ini terdiri daripada kluster instrumen digital 12.3 inci dan unit infotainmen skrin sentuha14.9 inci.

Hiburan dalam kabin  didatangkan sistem pembesar suara HiFi, manakala BMW M2 Pro dilengkapi sistem bunyi keliling Harman Kardon, juga sistem Comfort Access.

Sistem bantuan pemandu serba pintar memberikan pemilik BMW M2 (2023) pengalaman pemanduan lebih santai dan selamat dengan ciri standard seperti Teknologi Bantuan Pemandu seperti Amaran Lencong, Amaran Tukar Loromh, Amaran Perlanggaran Depan dengan Intervensi Brek (amaran perlanggaran dan pejalan kaki dengan Brek Bandar), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), Cegah Perlanggaran Belakang (RCA) dan pengehad kelajuan (speed limiter) dengan Bantuan Halaju manual.

Turut diberikan adalah bantuan letak kenderaan meliputi Bantuan Parkir, Kawalan Jarak Parkir Aktif (PDC), Bantuan Undur, Bantuan Parkir Lateral dan Kamera Bantuan Undur, Kawalan Luncur dengan Fungsi Brek juga disediakan standard.

Pilihan warna ditawarkan ialah Zandvoort Blue, Alpine White, Brooklyn Grey, Black Sapphire, dan Toronto Red, manakala upholsteri dalaman dalam bentuk kulit Leather Vernasca hitam dengan kemasan eksklusif, Leather Vernasca hitam dengan sulaman kontras biru, dan Leather Vernasca dalam warna Cognac dengan sulaman dekor.

Pemilik BMW M2 (2023) dan BMW M2 Pro (2023) baharu juga dapat menikmati Pengalaman Pemilikan Premium seperti:

  • 5 tahun waranti tanpa had perbatuan, dan program servis percuma.
  • 8 tahun waranti bateri atau 160,000km (mana satu sampai dulu).
  • Bantuan jalanan dan hotline kemalangan
  • Servis atas talian BMW
  • Maklumat lanjut BMW M2 boleh layari laman web atau hubungi wakil pengedar BMW pilihan.
Auto Terkini BMW Group Malaysia BMW iX M60 BMW M2 Kenderaan Aktif Sukan (SAV) Roda4 SAV
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

AFEELA Prototype 2026
Auto Terkini

Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

27/03/2026
Roda4

#BIMS2026: Nissan Kicks e-POWER Terima Facelift di Thailand

27/03/2026
Auto Terkini

JPJ: Lesen Tamat Tempoh Lebih 36 Bulan Tidak Layak Terima BUDI95

27/03/2026
Roda4

#BIMS2026: Geely EX5 Max Dilancar di Thailand, EV SUV Segmen C dengan Jarak Hingga 525 km

27/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Petrol RON95
Auto Terkini

Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

By Syafie26/03/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Auto Terkini

Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

By Syafie25/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Roda2

MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

By Shazwan Hisam24/03/2026
Autotainment

Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

By Admin PanduLaju11/06/20166
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.