Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Satu-Satunya Pasukan Perancis dalam MotoGP, Tech3 Harap Tuah Laman Sendiri
Auto Terkini

Satu-Satunya Pasukan Perancis dalam MotoGP, Tech3 Harap Tuah Laman Sendiri

AryonBy Aryon15/05/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PUSINGAN GP Perancis sentiasa jadi acara hujung minggu yang sangat istimewa buat pasukan tuan rumah Tech3. Namun, saingan kali ini agak berbeza berbanding tahun-tahun lalu apabila pelumbanya, Johann Zarco memilih berhijrah ke pasukan baharu, Red Bull KTM Factory.

Begitu juga Tech3 yang kali ini menggalas tanggungjawab menguruskan pasukan satelit baharu, Red Bull KTM Tech3 dengan mempertaruhkan dua pelumba handalan, rookie Miguel Oliveira dan pelumba negara, Hafizh Syahrin. Jadi ini ialah debut pertama Tech3 di Le Mans dalam seragam jingga.

GP PERANCIS YANG ISTIMEWA

Bos Tech3, Herve Poncharal berkata, aksi di laman sendiri sentiasa jadi sesuatu yang sangat istimewa buat pasukannya.

“Kami masih ingat sambutan hebat yang kami terima daripada orang ramai tahun lalu, dan semestinya ia sedikit berbeza tahun ini tanpa pelumba Perancis atas motor. Tapi, Miguel dapat cakap Perancis dengan baik, dan Hafizh pun popular dengan orang Perancis,” katanya.

Zarco pernah menggembirakan negara kelahirannya itu apabila meraih podium kedua ketika beraksi bersama Monster Yamaha Tech3 di GP Le Mans pada 2017. Dia juga hampir saja mengulangi kejayaan sama tahun lalu apabila bermula di petak kelima, tetapi gagal kerana terjatuh.

Bagaimanapun, tahun ini tumpuan rakyat Perancis akan beralih kepada pelumba rookie, Fabio Quartararo (Petronas Yamaha SRT), yang secara realistik dilihat mampu menghadiahkan podium tuan rumah.

“Tahun lepas, Claude Michy (penganjur GP Perancis) berjaya mencatatkan kehadiran tertinggi (sepanjang musim, 105,203 orang) pada Ahad itu. Harapnya dengan kehadiran Quartararo dalam MotoGP, Johann Zarco dalam KTM Factory, dan pasukan Tech3 yang membawa bendera Perancis, kami sekurang-kurangnya dapat keputusan yang baik dan buatkan acara itu sangat spesial,” kata Poncharal.

TECH3 DAPAT ITEM BAHARU

Bos Tech3 itu turut mengulas tentang jentera dan kondisi di GP Perancis.

“Kami dapat beberapa item baru untuk diuji, dan semua itu agak positif. bukan hal besar, tapi kecil dan saya fikir inilah cara kami membesar bersama. Kami pantas, dapat masa lap yang konsisten, kelajuan lebih baik dan lebih keyakinan untuk penunggang

“Walaupun kami belum pernah berlumba (di Le Mans) dengan KTM RC16. Pada pandangan saya, ia patut lebih mudah berbanding apa kami hadapi di Jerez. Macam biasa, cuaca jadi persoalan besar, tapi ini sesuatu yang sama berlaku kepada semua orang. Cuma pelumba kami tak pernah berlumba di trek basah dengan KTM.

“Jadi saya fikir semua orang, terutama kami menggharapkan kondisi kering dan, harapnya ada matahari,” kata Poncharal lagi.

HAFIZH: BUKAN MUDAH, TETAPI YAKIN PASUKAN AKAN LEBIH BAIK

Apa pula kata pelumba kita, Hafizh tentang aksi di Le Mans, hujung minggu ini.

“Aku sangat teruja ke Le Mans untuk pasukan aku di tempat sendiri. Aku betul-betul suka trek ini dan ada beberapa kenangan manis hingga tahun lepas.

“Aku tau bukan senang buat kami, tapi aku yakin boleh jadi lebih baik walaupun perlu ambil masa untuk faham macam-macam benda dalam situasi sekarang ini.

“Aku bermotiviasi tinggi dan kuat berlatih. Aku tak pernah berhenti belajar dan aku yakin pasukan ini akan jadi lebih baik dan lebih kuat. Aku dah bersedia dengan baik tahun ini, jadi kita lihat saja apa kami boleh buat di Perancis,” kata Hafizh yang menamatkan aksi GP Perancis di tempat ke-12, musim lalu.

SUMBER: VisorDown

Auto Terkini GP Le Mans GP Perancis Hafizh Syahrin Herve Poncharal Miguel Oliveira MotoGP pescao Red Bull KTM Tech3 sukan permotoran Tech3
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Denza Z9 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

    By Abang Hirata13/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.