Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Royal Enfield Guerrilla 450 2025 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM28.7k
Roda2

Royal Enfield Guerrilla 450 2025 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM28.7k

SyafieBy Syafie18/03/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

ROYAL Enfield memperkenalkan model baharu untuk pasaran Malaysia menerusi pelancaran Guerrilla 450 2025 yang dijual pada harga RM28,700.

Royal Enfield Guerilla 450 2025 ialah roadster moden premium yang direka untuk memberikan pengalaman tunggangan dinamik, responsif, dan menyeronokkan. Model ini juga ,menawarkan varian Flash dalam dua warna pilihan, Yellow Ribbon (kuning) dan Brava Blue (biru muda) pada harga sama.

Roadster ini dikuasakan enjin Sherpa 452cc yang sesuai untuk tunggangan harian, jalan berliku, atau perjalanan jarak jauh. Direka dengan bingkai dwi-tiub, posisi menunggang selesa, dan sistem suspensi stabil, sekali gus memberikan pengalaman menunggang luar biasa.

Ciri Guerrilla 450

Royal Enfield Guerrilla 450 2025 dijana enjin 452cc, sistem pengurusan enjin (EMS) responsif, dan teknologi elektronik ride-by-wire. Ada dua mod tunggang ditawarkan: Performance dan Economy yang membolehkan penunggang menyesuaikan pengalaman menunggang mengikut mood dan kondisi jalan.

Motosikal ini juga dilengkapi ciri Tripper Dash, iaitu panel meter khas untuk sistem navigasi dan maklumat penting ketika menunggang.

Aksesori dan Pakaian Eksklusif

Royal Enfield Guerrilla 450 2025 turut didatangkan dengan aksesori eksklusif seperti kowl enjin dan pelana selesa. Pakaian terbaharu seperti jaket Crossroader dengan slider Titanium 100 peratus juga dilancarkan.

Berikut perincian dan spesifikasi lengkap Royal Enfield Guerrilla 450 2025:

Enjin

  • Jenis: 4-lejang silinder tunggal 452cc DOHC 4-injap penyejukan cecair
  • Ouput kuasa 40ps (29.44kW) @ 8000rpm, dan tork 40Nm @ 5500rpm
  • Sistem penghidup elektrik
  • Klac basah multiplat dengan ciri klac antigelincir (ASC)
  • Sistem transmisi klac manual 6-kelajuan

Casis dan Suspensi

  • Frem tubular keluli
  • Sistem suspensi fork teleskopik 43mm di depan dan monoshock jenis linkage (belakang)

Dimensi dan Berat

  • Memiliki dimensi panjang 2,090mm, lebar 833mm, dan tinggi 1,125mm (tanpa cermin), manakala jarak roda 1,440mm
  • Tinggi pelana 780mm
  • Berat kerb 174kg
  • Kapasiti tangki petrol 11 liter

Brek dan Tayar

  • Sistem brek cakera ventilasi hidraulik 310mm dengan kaliper dwi-piston di depan, dan brek cakera ventilasi hidraulik 270mm dengan kaliper piston tunggal (belakang).
  • Tayar 120/70 R17 di depan, dan 160/60 R17 (belakang) serta dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran

Ciri Lain

  • Sistem elektrik 12V, bateri 12V, 8AH
  • Sistem LED penuh pada lampu depan, lampu belakang dan lampu signal belok
  • Dua mod tunggang
  • Pengecas USB Type-C
  • Panel meter TFT 4 inci dengan konektiviti telefon pintar, sistem navigasi dikuasakan Google Maps, dan kawalan media.
Yellow Ribbon
Brava Blue
Auto Terkini dua roda Royal Enfield Royal Enfield Guerrilla 450
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Viral Pemandu BMW 325i ‘Drift’ di Genting Highlands Ditahan Polis, Kereta Kena Sita

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
JPJ lancar JPJvBID
Auto Terkini

JPJ Lancar JPJvBID – Platform Digital Lelongan Kenderaan Sita

09/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.