Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Royal Enfield Bullet 350 (2023) Baharu Lancar di India, Harga Mula RM9.7k
Roda2

Royal Enfield Bullet 350 (2023) Baharu Lancar di India, Harga Mula RM9.7k

AryonBy Aryon05/09/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ROYAL Enfield melancarkan model roadster paling ditunggu di India, Bullet 350 (2023) pada harga bermula 173,000 rupee (RM9,710).

Walaupun tampak mirip model sedia ada, Royal Enfield melengkapkan model baharu ini dengan beberapa pembaharuan yang seiring barisan model baharu jenama itu. Berikut spesifikasi Royal Enfield Bullet (2023):

Standard Black
Standard Maroon
Military Black
Military Red
Black Gold
  • Ada lima warna pilihan mengikut varian. Varian asas Military ditawarkan dalam warna Military Red (merah) dan Military Black (hitam). Varian Standard ada warna Standard Black (hitam) dan Standard Maroon (maroon), manakala varian Black Gold datang dalam skema warna hitam dengan strip emas.
  • Perubahan signifikan adalah tiada lagi pilihan penghidup tendang (kick starter) yang sebelum ini ditawarkan kepada varian bajet.
  • Menggunakan enjin J-platform serba baharu dengan lejang lebih panjang 349cc SOHC dengan suntikan bahan api (FI) yang sudah digunakan pada Classic 350, Hunter 350, dan Meteor 350 dengan jangkaan output kuasa 20.2hp dan tork 27Nm.
  • Enjin baharu kali ini lebih diperhalusi dengan mengurangkan kesan getaran pada rev tinggi yang menjadi rungutan pengguna Bullet lama.
  • Berkongsi casis sama dengan Classic 350, dengan dilengkapi frem tiub bawah ganda (double downtube) yang dipasang fork teleskopik di depan dan dwi-absorber di belakang.
  • Sistem brek cakera tunggal 300mm dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran di depan dan break cakera tunggal 270mm di belakang
  • Panel meter analog-digital, dan ada tambahan port USB.
  • Rim 18 inci dibalut tayar 100/90 di depan dan 120/80 di belakang yang memberikan pengendalian lebih baik dan selesa.
  • Walaupun mengekalkan rekabentuk klasik daripada model terdahulu, tetapi dikemas kini dengan gaya mirip Classic 350. Perbezaan dikesan berbanding model Classic ialah set pelana tunggal (one-piece) serba baharu, tiada kowl lampu dan rekaan lampu belakang baharu.
Military Red
Military Black
Standard Maroon
Standard Black
Black Gold

SUMBER: RoyalEnfield.com

roadster roda2 Royal Enfield Royal Enfield Bullet (2023) Royal Enfield Bullet 350 (2023) Royal Enfield India
Aryon

Artikel Berkaitan

Roda2

2026 MV Agusta Enduro Veloce Dilancar, Travel Enduro Premium Harga Sekitar RM91k

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.