• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Roslan Abdullah Kini COO Baharu GWM Malaysia!

Roslan Abdullah Kini COO Baharu GWM Malaysia!

June 16, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Ketua Pegawai Operasi (COO) GWM Malaysia, Roslan Abdullah
GWM Malaysia hari ini mengumumkan pelantikan Roslan Abdullah sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) baharu, yang menandakan langkah penting dalam usaha memperkukuh jenama dan kehadiran GWM dalam pasaran automotif Malaysia.

Pelantikan tokoh berpengalaman lebih 30 tahun itu mengukuhkan komitmen GWM terhadap pertumbuhan jangka panjang, inovasi produk dan kesinambungan integrasi dengan ekosistem mobiliti Malaysia.

Berpengalaman Transformasi Jenama, Bangun Kepercayaan Pengguna

Logo GWM

Roslan bukan nama asing dalam industri automotif tempatan. Sepanjang kerjaya, beliau banyak memainkan peranan penting dalam menstruktur semula jenama, mengukuhkan rangkaian pasaran dan membina kepercayaan pelanggan menerusi pendekatan pengurusan strategik.

Beliau kini menerajui usaha GWM untuk membangunkan ekosistem mobiliti pintar dan lestari, sejajar aspirasi negara ke arah pengangkutan lebih hijau dan inklusif.

GWM memiliki semua komponen penting untuk membentuk masa depan mobiliti di Malaysia. Misi saya adalah untuk menjadikan GWM sebagai rakan mobiliti jangka panjang yang dipercayai, dengan rangkaian pengedar dan servis yang mantap, barisan produk yang relevan serta pengalaman pemilikan yang lancar." - Roslan Abdullah, COO GWM Malaysia 

Beliau turut menegaskan GWM akan terus menyokong matlamat Kerajaan di bawah Dasar Auromotif Nasional (NAP) dalam menjayakan transformasi sektor pengangkutan negara.

Komitmen Kukuh GWM untuk Pasaran Malaysia

Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui Anqi (kiri) bersalaman dengan Ketua Pegawai Operasi (COO) GWM Malaysia, Roslan Abdullah

Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui Anqi, turut menyatakan keyakinan terhadap pelantikan tersebut:

Kami berbesar hati menyambut Roslan Abdullah ke dalam keluarga GWM. Pengalaman kepimpinan dan wawasan strategiknya akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan operasi dan kepercayaan pelanggan terhadap jenama kami."

Pelantikan itu mencerminkan hala tuju GWM Malaysia untuk muncul sebagai pemain utama dalam mobiliti generasi baharu dengan tumpuan kepada teknologi pintar, mobiliti hijau dan pengembangan rangkaian nasional yang lebih menyeluruh.

GWM Sedia Jadi Pemain Jangka Panjang Industri Automotif Malaysia

Dengan pelantikan Roslan Abdullah, rakyat Malaysia boleh menjangka lebih banyak kenderaan pintar dan mesra alam daripada GWM, termasuk komitmen terhadap:

  • Rangkaian pengedar yang meluas dan dipercayai
  • Pengalaman pemilikan menyeluruh dan lancar
  • Produk yang menepati keperluan pengguna tempatan
  • Sokongan padu terhadap inisiatif mobiliti nasional

GWM kini bukan sahaja hadir sebaga pemain baharu tetapi sebagai jenama yang komited untuk kekal dan berkembang dalam lanskap automotif negara.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, COO GWM Malaysia, GWM Malaysia, Ketua Pegawai Operasi (COO), Roda4, Roslan Abdullah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Toyota Camry Terjunam Dari Tingkat 3 Akibat Tersilap Tekan Pedal Minyak
    Toyota Camry Terjunam Dari Tingkat 3 Akibat Tersilap Tekan Pedal Minyak
  • Roslan Abdullah Kini COO Baharu GWM Malaysia!
    Roslan Abdullah Kini COO Baharu GWM Malaysia!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev