Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Roslan Abdullah Kini COO Baharu GWM Malaysia!
Auto Terkini

Roslan Abdullah Kini COO Baharu GWM Malaysia!

SyafieBy Syafie18/06/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Ketua Pegawai Operasi (COO) GWM Malaysia, Roslan Abdullah
GWM Malaysia hari ini mengumumkan pelantikan Roslan Abdullah sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) baharu, yang menandakan langkah penting dalam usaha memperkukuh jenama dan kehadiran GWM dalam pasaran automotif Malaysia.

Pelantikan tokoh berpengalaman lebih 30 tahun itu mengukuhkan komitmen GWM terhadap pertumbuhan jangka panjang, inovasi produk dan kesinambungan integrasi dengan ekosistem mobiliti Malaysia.

Berpengalaman Transformasi Jenama, Bangun Kepercayaan Pengguna

Logo GWM

Roslan bukan nama asing dalam industri automotif tempatan. Sepanjang kerjaya, beliau banyak memainkan peranan penting dalam menstruktur semula jenama, mengukuhkan rangkaian pasaran dan membina kepercayaan pelanggan menerusi pendekatan pengurusan strategik.

Beliau kini menerajui usaha GWM untuk membangunkan ekosistem mobiliti pintar dan lestari, sejajar aspirasi negara ke arah pengangkutan lebih hijau dan inklusif.

GWM memiliki semua komponen penting untuk membentuk masa depan mobiliti di Malaysia. Misi saya adalah untuk menjadikan GWM sebagai rakan mobiliti jangka panjang yang dipercayai, dengan rangkaian pengedar dan servis yang mantap, barisan produk yang relevan serta pengalaman pemilikan yang lancar.” – Roslan Abdullah, COO GWM Malaysia 

Beliau turut menegaskan GWM akan terus menyokong matlamat Kerajaan di bawah Dasar Auromotif Nasional (NAP) dalam menjayakan transformasi sektor pengangkutan negara.

Komitmen Kukuh GWM untuk Pasaran Malaysia

Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui Anqi (kiri) bersalaman dengan Ketua Pegawai Operasi (COO) GWM Malaysia, Roslan Abdullah

Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui Anqi, turut menyatakan keyakinan terhadap pelantikan tersebut:

Kami berbesar hati menyambut Roslan Abdullah ke dalam keluarga GWM. Pengalaman kepimpinan dan wawasan strategiknya akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan operasi dan kepercayaan pelanggan terhadap jenama kami.”

Pelantikan itu mencerminkan hala tuju GWM Malaysia untuk muncul sebagai pemain utama dalam mobiliti generasi baharu dengan tumpuan kepada teknologi pintar, mobiliti hijau dan pengembangan rangkaian nasional yang lebih menyeluruh.

GWM Sedia Jadi Pemain Jangka Panjang Industri Automotif Malaysia

Dengan pelantikan Roslan Abdullah, rakyat Malaysia boleh menjangka lebih banyak kenderaan pintar dan mesra alam daripada GWM, termasuk komitmen terhadap:

  • Rangkaian pengedar yang meluas dan dipercayai
  • Pengalaman pemilikan menyeluruh dan lancar
  • Produk yang menepati keperluan pengguna tempatan
  • Sokongan padu terhadap inisiatif mobiliti nasional

GWM kini bukan sahaja hadir sebaga pemain baharu tetapi sebagai jenama yang komited untuk kekal dan berkembang dalam lanskap automotif negara.

Auto Terkini COO GWM Malaysia GWM Malaysia Ketua Pegawai Operasi (COO) Roda4 Roslan Abdullah
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    CHJ Motors Sambut Ulang Tahun ke-55, Lancar Kempen ‘Satu Motor, Satu Rumah Impian’ – Hadiah Kondominium

    28/03/2026
    Aksesori

    #BikinAuto: Lamborghini Urus SE Widetrack Urban Automotive Tampil Lebih Garang!

    27/03/2026
    AFEELA Prototype 2026
    Auto Terkini

    Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

    27/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Nissan Kicks e-POWER Terima Facelift di Thailand

    27/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Roda4

    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

    By Shazwan Hisam04/11/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.