
KERAJAAN mengumumkan perubahan harga runcit produk petroleum bagi tempoh 12 Mac hingga 18 Mac 2026, dengan kenaikan 60 sen bagi RON97 dan RON95 (tanpa subsidi), manakala diesel pula mengalami kenaikan 80 sen.
Bagi tempoh berkenaan, harga bahan api adalah seperti berikut:

Petrol
- RON97: RM3.85 seliter
- RON95 (tanpa subsidi): RM3.27 seliter
- RON95 bersubsidi (BUDI95): RM1.99 seliter
Diesel
- Semenanjung Malaysia: RM3.92 seliter
- Sabah, Sarawak dan Labuan: RM2.15 seliter
Menurut kenyataan rasmi, Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran minyak global dan menyelaras harga runcit petroleum dari semasa ke semasa bagi memastikan kestabilan harga dan kesejahteraan rakyat.
SUMBER: FBKementerianKewangan







