• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Roger Becker - Jurutera Casis Lotus, 'Stuntman' James Bond Meninggal Dunia

Roger Becker - Jurutera Casis Lotus, 'Stuntman' James Bond Meninggal Dunia

February 27, 2017 By Azhan O Leave a Comment

FacebookTwitter


JURUTERA casis yang bertanggungjawab di sebalik perkembangan jentera-jentera Lotus, Roger Becker meninggal dunia pada 24 Februari (Jumaat) lalu.

Becker bekerja di Lotus selama 44 tahun sebagai Pengarah Kejuruteraan Kenderaan sejak 1966 yang ketika itu model Elan masih dalam pengeluaran di Chesthunt. Beliau ialah individu penting di sebalik pembuatan setiap model Lotus, termasuk Esprit, Excel, Elan, Elise, Exige S1 dan S2 serta generasi pertama Lotus Evora. Malah, boleh dikatakan setiap jentera berkenaan mendapat sentuhan tangan beliau secara langsung.

JURUTERA YANG ADA SKIL MEMANDU

lotus-esprit-s1-james-bond-1976-2
lotus-esprit-s1-james-bond-1976

Becker mempunyai kemahiran kejuruteraan dan memandu yang jarang dimiliki ramai orang. Ciri itu jugalah yang menarik perhatian pengasas Lotus, Colin Chapman yang tidak mengambil masa lama untuk menempatkan Becker bersama pasukan pembangunan Lotus Europa Twin Cam, iaitu projek pertama kereta Lotus yang disertainya.

ROGER BECKER

Beliau banyak membantu dalam mengekalkan keaslian pengendalian bagi setiap jentera Lotus sepanjang tahun dan turut bekerja dengan banyak pengeluar automotif utama dunia dalam urusniaga konsultansi kejuruteraan Lotus.

BACA >>> 10 Fakta Tentang Lotus Exige Sport 380 - Supercar Antitesis yang Luar Biasa

JURUTERA 'STUNTMAN'

Sempena persaraan beliau daripada Lotus pada 2010, pengeluar supercar Britain itu mengeluarkan siri Lotus Elise dan Exige dalam spesifikasi custom - RGB Special Edition. Roger sendiri memiliki Elise edisi terhad itu.

Becker bukan sahaja akan diingati atas kemahiran kejuruteraan dan kepimpinan, tetapi juga semangat dan keghairahan beliau pada jenama Lotus, gelagat lucunya dan sudah tentu skil memandu semasa penggambaran filem klasik James Bond, The Spy Who Loved Me.

Roger Becker meninggal dunia pada usia 71 tahun. Takziah kepada keluarga mendiang. :'(

SUMBER: Road and Track

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: filem James Bond 1976, Lotus, Lotus Esprit S1, Lotus Group, Roger Becker, Roger Becker meninggal dunia, The Spy Who Loved Me (1976)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
    MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
  • MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
    MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
  • #Videotomotif: YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar!
    #Videotomotif: YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar!
  • Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong
    Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my