Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»‘Ride 2 Juta’: Konvoi 500 Motosikal Sasar Kutip Dana Bina Masjid
Auto Terkini

‘Ride 2 Juta’: Konvoi 500 Motosikal Sasar Kutip Dana Bina Masjid

SyafieBy Syafie09/12/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SERAMAI 500 penunggang menyertai program ‘Ride 2 Juta‘ bagi membantu mencari dana menyiapkan Masjid Klebang Putra, di Chemor, Perak, Sabtu lalu.

Idea program itu tercetus selepas pempengaruh Youtube, Fakhrul Amry melakukan kolaborasi konten bersama pasukan media Masjid Klebang Putra di TikTok yang kemudian mengadakan perbincangan dengan beberapa rakan lain yang juga pemimpin kelab permotoran dari pelbagai negeri di Malaysia.

Imam Masjid Klebang Putra, Muhamad Khalil Yaacob berkata, kos keseluruhan pembinaan masjid itu dianggarkan bernilai RM4 juta dan hanya tinggal baki RM2 juta sahaja yang diperlukan untuk memulakan proses pembinaan menjelang pertengahan tahun depan.

‘Ride 2 Juta’ ini membuktikan anak-anak muda yang meminati motosikal bukan seperti apa dianggap sesetengah orang bahawa mereka ini mat rempit. Kita mahu ubah persepsi itu.”

“Insya-Allah, melalui program ini dan beberapa lagi program dilaksanakan, kita yakin sasaran RM2 juta akan dicapai, sekali gus merealisasikan impian untuk melihat masjid ini tersergam menjelang Jun tahun depan.”

Muhammad Khalil berkata lagi, pihaknya juga mempunyai visi menjadikan Masjid Klebang Putra sebagai masjid mesra musafir yang boleh digunakan orang ramai, termasuk golongan peminat motosikal.

Konvoi bermula dari Petronas Bandar Meru Raya sambil diiringi pasukan polis dengan pelbagai jentera motosikal seperti:

  • Honda ADV
  • Harley Davidson
  • Husky 150
  • Pelbagai motosikal klasik

Turut serta dalam konvoi ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Mohd Hafez Sabri (foto atas kiri), dan legenda pelumba negara, Wazi Abdul Hamid (foto kanan) yang sempat memberikan taklimat keselamatan sebelum konvoi bermula.

Orang ramai yang mahu terus menyumbang kepada pembinaan Masjid Klebang Putra boleh menyalurkan sumbangan ke akaun RHB Bank bernombor 258-244-0000-6573 atas nama Masjid Klebang Putra.

SUMBER: AstroAwani | FB MasjidKlebangPutraChemor

Auto Terkini Harley-Davidson Honda ADV Konvoi Motosikal Masjid Klebang Putra Ride 2 Juta SYM Husky ADV 150
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Viral Pemandu BMW 325i ‘Drift’ di Genting Highlands Ditahan Polis, Kereta Kena Sita

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
JPJ lancar JPJvBID
Auto Terkini

JPJ Lancar JPJvBID – Platform Digital Lelongan Kenderaan Sita

09/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.