• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / PREVIU: Nissan X-Gear Facelift (2014)

PREVIU: Nissan X-Gear Facelift (2014)

April 15, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

img_9818

EDARAN Tan Chong Motor (ETCM) membuka tirai 2014 menerusi pelancaran model crossover terbaharu, Nissan X-Gear versi dipertingkatkan (facelift) dengan penampilan lebih versatil dan sporty serta menjanjikan penggunaan bahan api menjimatkan.

Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng berkata, pengenalan model X-Gear facelift ini mampu memenuhi kehendak dan citarasa pengguna masa kini, terutama golongan famili.

Aspek luaran menerima suntikan segar menerusi gril hadapan krom bentuk V sofistikated dengan panel horizontal. Bampar hadapan dan belakang didatangkan dengan pengadang lumpur hitam, manakala rim aloi jejari V, hud enjin, cermin sisi kemas dan lampu utama menambah daya tarikan model ini.

08-new-x-gear_new-interior

01-new-x-gear_garnet-red_quarter 03-new-x-gear_garnet-red_front 04-new-x-gear_garnet-red_rear 05a-new-x-gear_garnet-red_rear

Crossover lima tempat duduk ini dipasang lampu belakang baharu berserta lampu brek LED yang diposisikan sedikit tinggi bagi meningkatkan tahap keselamatan. Di atas bumbung dibekalkan rel khas yang mampu menampung berat hingga 25kg. Ruang kabin disempurnakan dengan keluasan dan keselesaan menerusi fabrik serba baharu. Visual pandangan pemandu ditambah baik menerusi  kluster Fine Vision Meter dan Paparan Multi-Maklumat (MID).

Jika mahukan hiburan sepanjang pemanduan, stereng tiga jejari dilengkapi suis kawalan sistem audio 2-DIN dengan input AUX selain butang kawalan MID disusun kemas yang secara tidak langsung memudahkan pemandu menerima pelbagai paparan maklumat.

ENJIN KEKAL

Jantung aluminium sepenuhnya, HRDE16 1.6L dipadankan transmisi automatik 4-kelajuan, sekali gus menghasilkan kuasa [email protected],200rpm dan tork 150Nm(4,400rpm). Aspek keselamatan tidak dilupakan apabila hadir bersama dua beg udara SRS dan Agihan Brek Elektronik(EBD) serta Bantuan Brek(BA) sebagai ciri standard.

Ditawarkan dalam lima pilihan warna menarik; merah, hitam, emas, putih dan perak, X-Gear dijual pada harga RM89,800 (atas jalan termasuk insurans). Sekiranya anda mahukan bentuk badan lebih ranggi, ETCM turut menawarkan pakej Impul dengan tambahan harga RM9,800 yang meliputi spoiler bumbung belakang, rim aloi 17-inci, sistem suspensi sports Impul dan tayar Eagle F1 jenama Goodyear. Berbaloi atau tidak, terpulang kepada anda!

09 New X-GEAR_with Airbags IMG_9841 07 New X-GEAR_Pre-tensioners and Load limiters06 New X-GEAR_Tungsten Silver_Roof rail

SPESIFIKASI
NISSAN X-GEAR
ENJIN: HRDE16 1.6L 4-silinder
TRANSMISI: Automatik 4-kelajuan
KUASA MAKSIMUM: [email protected],200rpm
TORK MAKSIMUM: [email protected],400rpm
KAPASITI TANGKI: 52L
CIRI: 2 beg udara, EBD, BA, rim aloi berjejari V, lampu hadapan, belakang dan brek baharu.
HARGA: RM89,800

15 New X-GEAR_Front_Rear

CIRI UTAMA NISSAN X-GEAR BAHARU

LuaranDalamanCiri Keselamatan
▪   Lampu utama & gril hadapan krom
▪   Bampar hadapan
▪   Rim aloi jejari V 15-inci
▪   Cermin sisi
▪   Bampar belakang dengan reflektor bersepadu
▪   Lampu brek LED posisi tinggi
▪   Lampu belakang horizontal
▪   Rel bumbung
▪  Meter Visi Halus (FVM) dengan Paparan Multi-Informasi (MID)
▪  Stereng material Urethane hitam dengan butang kawalan MID dan audio
▪  Unit audio utama 2-DIN  dengan AM/FM/CD/MP3 & input  AUX
▪  Kerusi fabrik baharu
▪  Tali pinggang keledar hadapan dengan ciri pra-regangan dan pengehad beban
Warna Baharu
▪   Merah (Garnet Red)
▪   Hitam (Diamond Black)
▪   Emas (Bronze Gold)

PAKEJ IMPUL

ALAT GANTIHARGA (RM)
Spoiler belakang IMPUL700
Rim aloi 17” IMPUL AURA SX-20(4 unit termasuk penutup tengah dan injap udara)4,500 untuk setiap set (4 unit)
Sistem suspensi sports IMPUL2,800
Goodyear Eagle F1 Directional 5 (4 unit)1,800 untuk setiap set (4 unit)

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: ETCM, Nissan, Nissan X-Gear, Nissan X-Gear Facelift, Segar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
    HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
  • Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu
    Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?
    #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my