Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: Suzuki Hayabusa – Satu Perjalanan Hidup Legenda Superbike Terpantas
Autotainment

#RetroAuto: Suzuki Hayabusa – Satu Perjalanan Hidup Legenda Superbike Terpantas

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju01/09/20183 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KALI pertama diperkenalkan pada 1999, Suzuki Hayabusa atau GSX-1300R meninggalkan kesan mendalam kepada semua peminat permotoran. Ketika itu tiada lagi motosikal pengeluaran yang mampu memecahkan rekod pecutan maksimum dicapai Honda CBR1100XX dengan margin kelajuan 16-23kmj.

Bagaimanakah raja jalanan itu dijelmakan? Segalanya bermula kira-kira 19 tahun lalu ketika remaja era itu begitu gilakan muzik boyband seperti Backstreet Boys, Westlife, ‘N Sync ataupun Muse dan Creed. Tetapi tidak bagi anak muda Jepun ini kerana sejarah diciptanya dengan kelibat seekor helang.

BACA >>> Suzuki Hayabusa (2018) Versi CKD, Lancar di India

Burung pemangsa itu melintas di depan Koji Yoshiura yang sedang berjalan dalam satu hutan di Jepun. Kelibat helang yang begitu laju itu pantas mencetuskan ilham kepada beliau untuk menghasilkan sebuah supersport baharu serba menggerunkan. Karakter burung itu langsung diterjemahkan menerusi Hayabusa yang bermaksud ‘peregrine falcon’, iaitu sejenis spesies helang terpantas.

Koji Yoshiura
Koji Yoshiura
Helang Peregrine Falcon

Helang adalah spesies burung yang sering dijadikan metafora kelajuan kerana kepantasan memburu mangsa sama ada secara menyelam ke dalam air, mencakar atas daratan dan menyelit di celahan pokok dalam sekelip mata dengan kelajuan antara 290kmj hingga 325kmj.

Sudah menjadi adat pemasaran, persaingan pasti sentiasa ada. Suzuki ada alasan tersendiri mengapa memilih helang pemburu itu.

PEMBUNUH ‘BLACKBIRD’

Honda CBR1100XX Super Blackbird
Honda CBR1100XX Super Blackbird

Peregrine Falcon adalah musuh ketat kepada satu lagi spesies burung, Blackbird. Suzuki bijak kerana bukan sekadar mahu membunuh pesaing di pasaran, tetapi turut mengirim mesej secara tersirat. Pembuatan Hayabusa itu sendiri bertujuan memusnahkan Honda CBR1100XX Super Blackbird (foto atas) yang ketika itu dinobatkan sebagai motosikal terpantas dunia.

Impian menjadi kenyataan apabila model akhir Hayabusa berjaya menandingi Super Blackbird dengan kelebihan kelajuan 16kmj, sekali gus menarik perhatian ramai peminat roda dua seluruh sedunia. Kemudian, selepas sekian lama mengecap kejayaan selaku supersport digeruni, Yoshiura sebagai individu di sebalik tabir Hayabusa mula mendedahkan rahsia motosikal tersebut.

BACA >>> 10 Motosikal Legenda Suzuki di Malaysia dalam Kenangan

Yoshiura bercerita tentang bagaimana proses pembangunan dan pengembangan enjin Hayabusa generasi pertama pada 1999 hingga terhasil sebuah motosikal yang mampu ditingkatkan kelajuan hingga 320kmj. Misi beliau pada masa itu adalah menghasilkan rekabentuk jentera baharu yang benar-benar berbeza dan kekal relevan dalam beberapa tahun akan datang. Malah, wajah itulah yang bakal menjadi ciri khas Suzuki.

REKABENTUK ANEH


Menurutnya, awal perancangan Hayabusa dibangunkan dengan kapasiti enjin 900 hingga 1100cc, dan bukan 1300cc seperti sedia ada. Namun, dengan gabungan kelajuan, keselamatan, kekuatan, pengendalian terbaik, dan gaya unik, segala ciri itu mampu menghasilkan sebuah motosikal terpantas pernah dihasilkan.

Yoshiura turut mengakui apa yang ada dalam fikirannya ketika itu adalah menghasilkan rekabentuk aneh yang dapat memberikan kesan mendalam kepada peminat motosikal supaya terus diingati selain gaya yang akan menjadi rupa baharu Suzuki.

Beliau, yang menyertai Suzuki sejak 1985, berkata, apabila Hayabusa dikeluarkan di pasaran dengan prestasi yang sudah terbukti, ramai mula menunjukkan minat kepada rekabentuk pelik itu yang kemudian melekat erat dalam fikiran mereka.

BACA >>> #RetroAuto: Suzuki FXR 150 – Pendekar dari Planet Asing yang Terbuang

Misi Suzuki tercapai kerana penjenamaan Hayabusa itu sendiri sudah menjadi seakan simbol kepada motosikal terpantas dunia. Tidak mahu luput begitu saja, Suzuki melakukan kemas kini pada 2008 dengan memperkenalkan enjin 4-silinder berkapasiti 1340cc. Tahun lalu, pasaran India menerima Hayabusa berwarna baru. Bagaimanapun, sepanjang hampor dua dekad di pasaran, rekabentuk pelik Hayabusa masih kekal sehingga sekarang.

Bagaimanapaun, berita terkini yang berlegar dalam kalangan peminat automotif ialah Hayabusa terbaharu akan didatangkan dengan sistem pengecas turbo. Namun berita itu masih belum dapat disahkan dan kekal sebagai khabar angin.

KEGUNAAN POLIS

Selain menceburkan diri dalam dunia drag, Hayabusa turut digunakan sebagai jentera ronda lebuh raya Oklahoma pada 2006. Dilengkapi kelengkapan unit radar, lampu strob dan siren serta grafik rasmi jabatan, fungsi utama Hayabusa lebih kepada perhubungan awam dan jangkauan komuniti kerana jentera unik itu mudah mencuri perhatian umum, selain turut digunakan bagi tujuan rondaan.

Di Britain, Hayabusa digunakan sebagai samaran di jalan raya untuk mengesan kenderaan yang melanggar had kelajuan. Superbike itu dilengkapi alat pengesan kelajuan dan kamera video sebagai sebahagian ‘Operasi Achilles’ yang bertujuan menangkap dan mengenakan kompaun ke atas pengguna jalan raya yang memandu melebihi kelajuan ditetapkan.

ENJIN HAYABUSA DIPAKAI UNTUK KERETA


Jangan pelik kalau enjin Hayabusa turut digunakan jenama automotif empat roda. Enjin pernah berkenaan digunakan kereta Sport Westfield Megabusa, berasaskan Lotus Seven. Suzuki ialah pengeluar motosikal pertama memasang enjin pada kereta menerusi dua model konsep pada 2001, iaitu roadster Suzuki GSX-R/4 dan kereta lumba, Formula Hayabusa.

Radical Sportscars turut menggunakan enjin Hayabusa untuk kereta lumba SR1, SR3 dan PR6, termasuk menghasilkan enjin 2.8L V8 berasaskan enjin 4-sebaris Hayabusa, dikenali sebagai Powertec RPA V8 yang dipasangkan pada kereta SR8. Menakjubkan, dengan kuasa 455hp , kereta lumba itu mencatatkan rekod kereta pengeluar terpantas di litar Nurburgring, Jerman.

BACA >>> Honda Civic Type-R Catat Rekod Baru FWD di Nürburgring

Jangan terkejut projek kapal terbang Bugatti Model 100 juga menggunakan enjin asal Hayabusa yang dikuasakan supercas, termasuk digunakan kereta gurun pasir dalam kejuaraan Cabaran Gurun Abu Dhabi (ADDC).

SUZUKI HAYABUSA

PANGGILAN: GSX-1300R, K8 (2008), K9 (2009)
ENJIN: 4-lejang 1340 cc penyejukan cecair, DOHC, 16-injap, suntikan bahan api
KILANG PENGELUARAN: Kilang Toyokawa, Aichi, Jepun , dan Kilang Suzuki Gurgaon, India
GEREK x LEJANG: 81.0 mm × 65.0 mm
NISBAH MAMPATAN: 12.5:1
KELAJUAN MAKSIMUM: 303–312km/j (1999), 299 km/j (2000–kini)
KUASA: 194hp
TORK: 155Nm
TRANSMISI: 6-kelajuan klac sliper sirat malar (constant mesh)
TAYAR: 120/70-ZR-17 (depan), 190/50-ZR-17 (belakang)

GALERI
Koji Yoshiura peregrine falcon Retro Auto sportbike superbike supersport Suzuki Suzuki Assembler Maaysia Suzuki GSX-1300R Suzuki Hayabusa
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Hanway BOB250 bakal lancar hujung Februari 2026
Roda2

Hanway BOB250 Bakal Lancar Februari 2026, Harga Anggaran Bawah RM19,000

31/01/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

30/01/2026
Roda2

Honda Monkey 125 2026 Eropah Dengan Pilihan Warna Baharu

28/01/2026
Auto Terkini

Triumph Speed Twin 1200 Cafe Racer Edition, 800 Untuk Dunia, Masuk ke Malaysia?

27/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
Yamaha NMAX ABS 2026 | Malaysia
Roda2

Yamaha NMAX ABS 2026 Tampil Dua Warna Baharu, Harga Kekal RM11,498

By Syafie26/01/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
MOT perkenal geran untuk menggantikan kereta lama lebih 20 tahun
Auto Terkini

MOT Lancar Geran Ganti Kereta Lama dengan Baharu, Peruntukan RM10 Juta!

By Syafie27/01/2026
Majlis Amanat Ketua Pengarah JPJ 2026
Auto Terkini

JPJ Umum Lima Inisiatif Utama 2026!

By Syafie27/01/2026
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.