Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto [SIRI 2]: Zon Remuk Jadikan Béla Barényi Pereka Hebat Sepanjang Zaman
Autotainment

#RetroAuto [SIRI 2]: Zon Remuk Jadikan Béla Barényi Pereka Hebat Sepanjang Zaman

Han OthmanBy Han Othman18/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

bela-barenyi-2-bg
KENANGAN indah saat menaiki kereta bersama keluarga tersayang ketika zaman kecil mendorong Béla Barényi memohon kerja di Mercedes-Benz. Namun, permohonan kali pertama itu ditolak. Enggan mengalah, beliau sekali lagi mencuba nasib dan kali ini diberikan peluang membuktikan keupayaannya oleh pengerusi  Mercedes-Benz sendiri, Wilhelm Haspel dalam satu interviu secara empat mata.

Tanpa berselindung, Barényi secara berterus-terang memberitahu Haspel tentang kesilapan yang dilakukan divisi rekabentuk. Haspel sememang mengiktiraf potensi besar yang dimiliki Barényi.

Barényi, kamu berada 15 hingga 20 tahun ke hadapan. Kamu akan diletakkan dalam makmal di Sindelfingen. Apa saja yang kamu reka akan pergi terus ke bahagian paten,” kata Haspel.

Sejak itu Barényi kekal di Mercedes-Benz dan tidak pernah memohon kerja lain lagi.

BACA >>> #RetroAuto [SIRI 1]: Béla Barényi – Bapa Keselamatan Pasif dalam Automobil

KESELAMATAN JADI KEUTAMAAN

bela-barenyi-paten
Antara perkara yang sering menjadi keghairahan Mercedes-Benz dan pereka-perekanya ialah ciri keselamatan automobil, iaitu satu terma yang cuba dielakkan pengeluar-pengeluar lain pada masa itu, terutama pada era pasca perang. Ya, ketika itu, tiada siapa peduli tentang bahaya memandu, di mana topik berkenaan hanya dianggap sebagai strategi pemasaran. Bagaimanapun, Barényi tidak pernah mengalah.

Kemajuan terbesar dicapai Barényi ialah mempatenkan ciptaan DBP 854.157 pada 1951 yang dikenali umum sebagai zon remuk (crumple zone). Barényi adalah pereka pertama memperkenalkan teknologi itu, di mana menurutnya, tenaga kinetik sepatutnya dilesapkan dengan remukan supaya tidak membahayakan penumpang dalam kenderaan.

Kenderaan pertama Mercedes-Benz dengan kerja badan yang dibangunkan berasaskan paten berkenaan ialah model W111 1959 (gambar bawah) yang dikenali sebagai ‘Mercedes Sirip Yu’. Penemuan yang diperkenalkan menerusi model itu kemudian mencetuskan revolusi dalam industri automotif keseluruhannya.

Tidak berhenti setakat di situ, Barényi terus agresif menghasilkan rekaan demi rekaan dengan pelbagai paten dan rekabentuk, daripada badan Ponton hingga kepada bumbung Pagoda, dan daripada pengelap cermin depan tersorok hingga kolum stereng boleh ubah. Dalam satu kes mahkamah yang berlanjutan hingga tiga tahun, beliau memenangi tuntutan ke atas draf ‘kereta rakyat’ yang dilakarkannya semasa bergelar pelajar dan diiktiraf sebagai asas intelektual bagi Volkswagen.

Pada Pameran Motor Geneva 1963, model Mercedes-Benz 230 SL (gambar bawah) tampil sebagai kereta sport paling selamat berasaskan kerja keras Barényi yang mengadunkan kuasa, elegan, keselesaan, prestasi menakjubkan dan keselamatan pemanduan cemerlang. Badan 230 SL menggunakan sel penumpang rigid dan zon remuk dengan serapan impak di seksyen depan dan belakang. Bahagian dalaman kereta juga di’bulat’kan dengan menyingkirkan rekaan pinggir bersegi dan bersudut tajam.

KESELAMATAN PASIF DAN AKTIF

Pada 1966, Barényi bersama ahli lembaga pengarah bagi pembangunan Mercedes-Benz, Hans Scherenberg mentakrifkan bahagian keselamatan automobil kepada aktif dan pasif. Pemisahan itu masih kekal diaplikasikan dalam industri automotif pada hari ini. Dalam terma konkrit, keselamatan aktif adalah membabitkan aspek pemanduan, manakala keselamatan pasif menumpukan kepada perlindungan penumpang kenderaan dan pejalan kaki.

Pada 1972, Barényi mengumumkan persaraan dalam dunia automotif. Namun, jasa besar yang diberikan tidak pernah dilupakan. Sebuah muzium di Munich ada menyimpan pameran mengenai Barényi dan dua batang jalan di Eropah dinamakan sempena nama beliau.

bela-barenyi-tua
Beliau juga menjadi Anggota Kehormat bagi Deutsche Aktionsgemeinschaft Bildung-Erfindungen-Innovationen (Kumpulan Tindakan Jerman bagi Pendidikan, Rekacipta dan Inovasi) dan dianugerahkan darjah profesor oleh Presiden Austria, manakala bandar Baden memberikan Anugerah Budaya atas pencapaian cemerlang beliau dalam bidang sains.

Pada 1990-an, apabila subjek keselamatan mula menjadi tema utama dalam pengiklanan, cuma ada seorang protoganis yang layak bagi mengkomersilkan Mercedes-Benz, beliau ialah Béla Barényi. Pada 1994 pula, Barényi berpeluang melihat namanya diabadikan dalam Automotive Hall of Fame di Detroit sebagai pereka hebat dalam bidang itu. Beliau meninggal dunia di Böblingen dekat Stuttgart pada 1997.

Hari ini, dunia memberikan penghormatan kepada jasa beliau dengan mewujudkan Hadiah Béla Barényi yang akan diberikan kepada individu cemerlang dalam lapangan pengangkutan automotif dan lalu lintas yang berlangsung di Vienna sejak 2005.

SUMBER: Mercedes-Benz.com

autotainment bapa keselamatan pasif Béla Barényi Hans Scherenberg keselamatan pasif Mercedes-benz Retro Auto sejarah automobil Wilhelm Haspel zon remuk
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

10/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Roda4

Volkswagen Tayron Dilancar di Malaysia – 7 Tempat Duduk, Harga Bermula RM189,890

By Shazwan Hisam13/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.