Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: Sejarah Ringkas Radio Kereta yang Perlu Anda Tahu
Autotainment

#RetroAuto: Sejarah Ringkas Radio Kereta yang Perlu Anda Tahu

Han OthmanBy Han Othman22/06/20192 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


UNIT utama atau headunit, juga dipanggil dek (deck) ialah komponen bagi sistem stereo sama ada dalam sistem automobil atau sistem sinema rumah yang menyediakan antaramuka perkakasan bersepadu bagi pelbagai komponen dalam sistem media elektronik.

Nama antik lain bagi headunit di Barat ialah receiver (penerima), manakala terma tempatan di Malaysia lebih pelbagai. Pemilik biasa di Malaysia lebih cenderung merujuk headunit sebagai pemain cakera padat (CD) – disebut CD player atau player, atau radio, atau set audio dan lain-lain.

* Istilah headunit akan digunakan dalam artikel ini untuk memudahkan pemahaman. Harap maklum.

1. DARIPADA RADIO AM MONO HINGGA INFOTAINMENT SKRIN SENTUH: 9 DEKAD PENUH EVOLUSI


Audio kereta ialah hobi dan obsesi popular sejak awal penciptaan radio dan kereta, di mana headunit mengalami banyak evolusi teknologi sepanjang tahun dan dekad. Daripada versi ringkas, radio AM monaural (satu suara) hingga sistem infotainment serba rumit, dan beberapa teknologi yang datang dan pergi dekad demi dekad.

Kebanyakan headunit masih memuatkan tuner AM, tetapi pita 8-trek, kaset dan beberapa teknologi lagi mula hilang dalam lipatan sejarah, manakala teknologi lain seperti cakera padat (CD) juga dijangka bakal lenyap (mungkin sudah lenyap) dalam beberapa tahun akan datang.

Apapun, dalam sejarah perkembangan automotif, perkembangan headunit ialah sesuatu menarik untuk diperhatikan sebagai antara teknologi yang begitu pantas berubah.

BACA >>> #RetroAuto: Sejarah Ringkas Radio Kereta yang Perlu Anda Tahu

2. HEADUNIT KOMERSIL PERTAMA

1930-an
  • Radio Kereta Pertama

Sebenarnya peminat kereta sudah menemui cara kreatif untuk memasang radio dalam kereta sejak sedekad lebih awal (1920-an). Tetapi, radio kereta pertama dalam erti kata siap dipasang pengeluar tidak pernah diperkenalkan sehinggalah 1930-an. Salah satu radio kereta itu ditawarkan syarikat telekomunikasi terkenal, Motorola pada harga kira-kira AS$130 (RM558). Pengeluar barangan elektrik, Philco turut melakukan perkara sama dengan memperkenalkan headunit kereta.

Jika mengambil kira kadar inflasi, nilai AS$130 bersamaan kira-kira AS$1,800 (RM7,735) pada hari ini. Ingat, harga itu bukanlah semurah anda sangka kerana pada era yang popular dengan model-model Ford Model T, harga sebuah kereta cuma bernilai tiga kali ganda harga headunit Motorola tersebut. Maknanya, head unit radio sangat mahal!

3. DOMINASI BERTERUSAN AM

1950-an
  • Penerima FM
  • Pemain Rakaman

Pada era 1950-an, harga headunit mula semakin murah dan berkualiti, tetapi masih hanya mampu menerima siaran AM. Ini bukanlah kerana tiada teknologi terkini seperti radio FM, tetapi stesen AM masih mempunyai pengaruh yang kuat di kalangan pendengar. Ia seperti teknologi kereta elektrik (EV) yang sedia dibangunkan banyak pengeluar masa kini, tetapi populariti kereta petrol dan diesel masih kuat.

Misalnyanya, pengeluar barangan elektronik dari Jerman, Blaupunkt sudah mula menjual headunit AM/FM pertama pada 1952, tetapi teknologi FM cuma mula popular beberapa dekad selepas itu. Sistem muzik atas permintaan (on-demand) pertama juga muncul pada dekad 1950-an.

Bagaimanapun, pemandu masih sedekad jauh daripada penciptaan 8-trek, manakala mendengar rakaman masih menjadi gaya hidup dominan pada audio rumah.

Pemain rakaman ketika itu masih tidak kalis gegaran, dan Chrysler antara pengeluar automobil yang berusaha menambah baik teknologi seumpama itu. Syarikat alat ganti, servis dan khidmat pelanggan, Mopar adalah yang pertama memperkenalkan headunit pemain rakaman, iaitu 1955.

BACA >>> #RetroAuto: Wanita Cetus Idea Radio Kereta, Kononnya 'Dating' Lebih Romantik

4. STEREO KERETA DIHASILKAN

1960-an
  • 8-trek Pertama
  • Stereo Pertama

1960-an menyaksikan pengenalan pita 8-trek dan stereo kereta dalam dunia automotif. Pada masa itu, semua radio kereta menggunakan saluran (channel) audio tunggal. Sesetengah kereta memiliki pembesar suara di depan dan belakang yang boleh dilaras secara berasingan, tetapi masih juga tetap satu saluran audio.

Stereo awal hanya menempatkan satu saluran pada pembesar suara depan dan lain-lain pada pembesar suara belakang. Sistem moden yang menggunakan format audio kiri dan kanan hanya muncul tidak berapa lama kemudian.

Bagaimanapun, format 8-trek ialah inovasi paling berjasa dalam perkembangan headunit kereta. Jika bukan dicipta untuk audio kereta, seluruh format rakaman muzik mungkin tidak akan berkembang sepantas hari ini. Ford adalah antara pengeluar automobil yang mengambil inisiatif menggunakan headunit 8-trek secara serius sebelum diikuti pesaing lain yang menjadikan format (8-trek) itu sebagai standard OEM

5. DEBUT KASET KOMPAK

1970-an
  • Headunit Pita Kaset Pertama

Era pita 8-trek mula tiba ke penghujung hayat dan perlahan-lahan digantikan dengan kehadiran kaset kompak. Head unit kaset pertama muncul sekitar 1970-an dan hayat teknologi itu dapat bertahan lama.

Namun, rekacipta awal headunit kaset agak kurang mesra-pita hingga memaksa syarikat media seperti Maxell mengeluarkan kempen iklan pada awal 1980-an tentang konsep baharu pita yang lebih lasak. Pada masa itu, masalah pita kaset ‘ditelan’ atau tersangkut dalam headunit ialah perkara biasa.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Cara Kemas Kini Perisian Unit Infotainment Proton X70?

6. CD GAGAL AMBIL ALIH KASET KOMPAK

1980-an
  • Headunit CD Pertama

Headunit cakera padat (CD) pertama muncul kurang 10 tahun selepas dek pita kaset dikeluarkan. Namun, proses adaptasi teknologi tersebut sangat perlahan dan lambat. Pemain CD cuma muncul sebagai headunit pada lewat 1990-an, walaupun kehadirannya sudah wujud bersama kaset kompak selama lebih dua dekad.

7. PEMAIN CD JADI DOMINAN

1990-an
  • Headunit Video
  • Headunit Serasi CD-RW

Pemain CD mula popular sebagai headunit sekitar 1990-an dengan beberapa tambahan ciri diperkenalkan. Antaranya, kemampuan headunit membaca format CD-RW dan fail MP3, termasuk fungsi cakera video digital (DVD) bagi beberapa kenderaan premium serta headunit aftermarket yang boleh dibeli di mana-mana kedai aksesori.

8. BLUETOOTH DAN SISTEM INFOTAINMENT

2000-an
  • Bluetooth
  • Head Unit Berasaskan HDD
  • Sistem Infotainment

Semasa dekad pertama abad ke-21, headunit mempunyai keupayaan untuk bersepadu dengan telefon dan peranti lain menerusi Bluetooth. Teknologi ini sebenarnya sudah dibangunkan sejak 1994 dan pada  asalnya dicipta sebagai pengganti kepada sistem rangkaian berwayar.

Dalam aplikasi automotif, teknologi itu membolehkan pemandu membuat panggilan secara bebas tangan, sambil mengubah tetapan headunit untuk senyap (mute) secara automatik apabila sedang menjawab panggilan.

Sistem navigasi atau GPS juga ditingkatkan semasa dekad pertama rekacipta ini yang membawa kepada pengenalan pelbagai sistem navigasi OEM dan aftermarket. Sistem infotainment pertama juga mula muncul dan beberapa headunit menawarkan simpanan menerusi pemacu cakera keras (HDD) siap terbina.

BACA >>> Continental Hasilkan Audio Kereta Tanpa Pembesar Suara

9. KEMATIAN KASET DAN APA SETERUSNYA?

2010-an
  • Dek Kaset  OEM Terakhir
  • Pemain Muzik Berasaskan Cloud
  • Radio Internet

2011 ialah tahun pertama OEM berhenti menawarkan dek kaset bagi kereta baharu. Kereta terakhir yang mengeluarkan pemain kaset OEM ialah Lexus SC 430 (2010) – gambar atas. Jadi, selepas 30 tahun berkhidmat, format itu akhirnya bersara bagi memberi laluan kepada teknologi baharu.

Berdasarkan sesetengah laporan, pemain CD juga kemungkinan akan mengalami nasib serupa dengan dek kaset. Seawal 2012, sudah ada beberapa OEM sudah mula menghentikan pemain CD dalam kereta baharu mereka. Jadi, apa pula teknologi baharu akan datang?

Setakat ini, calon teknologi paling munasabah untuk menggantikan pemain CD ialah pemain muzik berasaskan HDD, tetapi kehadiran sambungan Internet memberikan isyarat bahawa sistem stereo akan datang tidak memerlukan lagi sebarang storan atau peranti fizikal. Sesetengah head unit kini mampu memainkan muzik daripada Cloud, dan sesetengah boleh berhubung terus dengan perkhidmatan Internet seperti Pandora.

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Sistem Infotainment yang Perlu Anda Tahu

Begitu pantas dunia berlalu. 😟

SUMBER: LifeWire

autotainment head unit Retro Auto sejarah automobil sejarah head unit kereta sejarah radio kereta sistem audio kereta
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Aveta DY115 harga RM750,000
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kapcai RM750,000? Inilah Kisah ‘PM 2’ yang Buat Netizen Kecam

21/04/2026
Helmet | Pelekat SIRIM
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bolehkah Guna Helmet Tanpa Pelekat SIRIM?

22/04/2026
Autotainment

#Perbandingan: Harga Minyak Negara Asean Setakat April 2026, Malaysia Antara Termurah

16/04/2026
Tersalah tekan pedal minyak
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Salah Tekan Pedal Minyak – Fakta, Teknologi, dan Cara Cegah

13/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

By Shazwan Hisam24/04/2026
Honda CBR150R Stealth Edition 2026
Roda2

BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

By Shazwan Hisam17/04/2026
Helmet YOHE lancar di Malaysia
Aksesori

YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

By Syafie21/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Morbidelli F252 2026
Roda2

Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

By Shazwan Hisam20/04/2026
Auto Terkini

Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

By Shazwan Hisam22/04/2026
Keeway RKR250 2026
Roda2

Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

By Shazwan Hisam20/04/2026
Roda2

Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

By Shazwan Hisam20/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.