Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: Pengalaman Perit Cipta Alat Muzik Jadi Teras Asal Usul Jenama Yamaha
Autotainment

#RetroAuto: Pengalaman Perit Cipta Alat Muzik Jadi Teras Asal Usul Jenama Yamaha

AryonBy Aryon29/08/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TANDA dagang jenama Yamaha – YAMAHA – berasal daripada nama pengasasnya Torakusu Yamaha yang menjadi perintis kepada pengeluaran alat muzik Barat di Jepun. Torakusu dilahirkan dalam keluarga Kishu Tokugawa, daripada klan Wakayama, yakni golongan samurai hierarki tinggi ketika pemerintahan Shogun pada era Edo.

Jadi, tidak hairanlah beliau terpikat dengan sains Barat dan teknologi sejak awal. Tertarik dengan jam tangan yang semakin popular di Osaka pada waktu itu, beliau membuat jam dan belajar tentang perniagaan. Lama kelamaan, Torakusu mula pandai membaik pulih peralatan perubatan dan dijemput melawat sebuah hospital di Hamamatsu dalam prefektur (wilayah) Shizuoka.

Suatu hari, pengetua Sekolah Rendah Jinjo di Hamamatsu (sekarang Sekolah Rendah Motoshiro) bertanya, adakah Torakusu mahu cuba membaiki organ rid (sejenis instrumen keyboard yang dibunyikan daripada rid besi di bawah tekanan angin). Beliau bersetuju dan berjaya membaikinya, sekali gus membuka langkah pertama ke arah kelahiran jenama Yamaha.

BACA >>> #RetroAuto: Tentang Kawasaki yang Perlu Anda Tahu – Asal Kilang Kapal, Kini Bikin Motor

Dalam usaha mendapatkan pengiktirafan dalam perniagaan membaiki organ, Torakusu merangka bahagian dalaman organ, sebelum menghasilkan prototaip organ ciptaan sendiri. Ketika menghantar ciptaannya itu kepada Institut Muzik (kini Universiti Kebangsaan Tokyo untuk Seni Halus dan Muzik, juga dikenali sebagai Geidai), Torakusu dikatakan menggantung  produk itu pada satu palang panjang dan digalasnya sepanjang perjalanan.

JALAN KAKI RENTAS GUNUNG

Dia kemudian berjalan menyeberangi pergunungan Hakone sebelum sampai ke destinasi dituju. Detik bersejarah itu diabadikan dalam ukiran arca khas (gambar bawah).

Bagaimanapun, organ itu dikritik teruk kerana talaan yang lemah. Tanpa bimbang, dan bermula semula dari sifar, Torakusu belajar teori muzik dan cara menala alat muzik. Selepas empat bulan berjuang dari awal pagi hingga larut malam, beliau akhirnya dapat menyempurnakan organ itu.

Inilah asal-usul konsep logo tanda garpu tala (tuning fork), yang diilhamkan daripada pengalaman sukar Torakusu belajar menala bunyi organ sambil memegang garpu tala di tangan.


Jadi apa pula kena mengena dengan motosikal? Itu nanti kita sambung. Hehehe…

Garpu Tala Jepun Retro Auto sejarah Sejarah Yamaha Torakusu Yamaha Tuning Fork Yamaha
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.