Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: Mercedes-Benz W25, Bermulanya Asal Usul ‘Silver Arrow’
Autotainment

#RetroAuto: Mercedes-Benz W25, Bermulanya Asal Usul ‘Silver Arrow’

Abang HirataBy Abang Hirata02/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MUNGKIN anda tertanya, kenapa kereta lumba Mercedes-Benz dipanggil ‘Silver Arrow‘? Kisahnya memang menarik yang bermula puluhan dekad lalu.

Mercedes-Benz W25 membuat debut dalam Perlumbaan Eifel di litar Nürburgring, Jerman pada 3 Jun 1934 yang dimenangi Manfred von Brauchitsch (foto bawah kiri) dengan catatan rekod baharu kelajuan purata 122.5kmj.

Kemenangan itu memulakan kisah kejayaan berlanjutan hingga jentera pasukan Formula Satu (F1) Mercedes-AMG Petronas.

Berat W25 hanya 750kg, iaitu had tertinggi ditetapkan badan perlumbaan Persatuan Antarabangsa untuk Kelab Automobil Diiktiraf (Association Internationale des Automobile Clubs Reconnus, AIACR) pada masa itu.

Bagaimanakah pandangan pemandu dari jentera lumba langsing? Perhatikan gambar dikongsi, hanya cermin kecil, stereng dan papan pemuka dengan beberapa meter termasuk tolok minyak dan penyejuk.

Lihat juga badan jentera dibikin untuk membelah angin yang mana rekabentuk tersebut masih kekal pada jentera lumba Formula moden hari ini.

W25 ialah jentera pantas pada kelajuan tertinggi hingga 300kmj yang bukan hanya di litar kerana kelajuan di hentian pit juga penting.

Berdasarkan faktor tersebut, bonet kereta dipasang pengikat buka cepat supaya dapat dibuka sepantas beberapa saat sahaja tanpa menggunakan peralatan.

Jika ada bertanya kenapa sesetengah kereta modifikasi dipasangkan bampar tebuk? Lihatlah lelubang pada frem, pedal dan pengikat ekzos yang sengaja dibuat untuk mengurangkan berat.

Seperti dinyatakan, berat ditetapkan pada 750kg (tanpa minyak operasi) yang mana syarat tersebut menentukan kelayakan sesebuah jentera sebelum berlumba.

Dibangunkan pada 1933 sebagai jentera lumba enjin tengah depan (mid engine), W25 terus ditambah baik hingga 1936. Berikut spesifikasi jentera lumba itu:

  • Enjin 8-silinder sebaris M25A 3.4L supercas dengan output kuasa 354hp @ 5,800rpm. Enjin M25B 4.0L berkuasa  430hp menyusul pada tahun sama (1934).

  • Paip ekzos merentasi kiri kereta dari enjin hingga belakang yang menguncup. Bukti kuasa tinggi enjin masih boleh dilihat pada ekzos kebiruan.

ASAL ‘SILVER ARROW’

Mengenai ‘Silver Arrow’, kisahnya diceritakan pengurus perlumbaan Mercedes-Benz, Alfred Neubauer (foto atas kiri). W25 asalnya menggunakan skema perlumbaan putih, tetapi berat kereta lebih 1kg daripada ditetapkan sebelum Perlumbaan Eifel.

Ini memaksa cat jentera tersebut ditanggalkan dalam masa semalaman dan di grid perlumbaan. Hasilnya, siapa sangka Silver Arrow memukau penonton dengan warna badan aluminium, termasuk memenuhi peraturan berat perlumbaan tepat.

Selepas W25, Mercedes-Benz hadir dengan beberapa jentera Silver Arrow lain pada era 1930-an dan 1950-an. sebelum hadir ke F1 sebagai pembekal enjin pada 1994 dan seperti dilihat pada hari ini sebagai pasukan sendiri.

Sejak 1934, Silver Arrow menang tiga Kejuaraan Eropah melalui Rudolf Caracciola (1935, 1937, 1938), 12 kejuaraan pemandu dalam F1 di tangan Juan Manuel Fangio (1954, 1955) dan Mika Häkkinen (1998, 1999).

Nico Rosberg pula menyambung kejayaan pasukan itu pada 2016 sebelum diungguli Lewis Hamilton pada 2008, 2014, 2015 dan dari 2017 hingga 2020.

Sempena tribut jentera lumba berjasa itu, W25 dipamerkan di Muzium Mercedes-Benz di Stuttgart, Jerman dan ditinggalkan bersama ikon bersejarah lain.

Kediaman jentera lumba ikonik itu dipanggil Silver Arrows – Races and Records. Sepanjang sejarah panjang itu, jenama tempatan juga memainkan peranan penting dalam jilid kejayaan Silver Arrow. Malah kereta Mercedes-Benz memang nampak cantik, meyerlah dan sepadan dalam warna perak.

autotainment Mercedes-benz Mercedes-Benz W 25 Mercedes-Benz W25 Retro Auto Silver Arrow
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz VLE
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz VLE Elektrik dengan Jarak Pandu Lebih 700km, Kerusi Boleh Tanggal

    16/03/2026
    Kenali jiwa motosikal anda
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

    01/03/2026
    Nozel pam minyak
    0
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

    26/02/2026
    Cara angkat motosikal besar bila jatuh
    0
    ApaNakBuat

    #ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

    25/02/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.