Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#RetroAuto: Inilah Kisah Proton Putra WRC yang Tersimpan Rapi di Divisyen R3
Roda4

#RetroAuto: Inilah Kisah Proton Putra WRC yang Tersimpan Rapi di Divisyen R3

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/11/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEMALAM berpeluang berkunjung ke divisyen Proton R3 untuk melihat seragam baharu kereta lumba baharu. Di garaj divisyen sukan permotoran itu, kami sempat mengesan sebuah kereta yang belum pernah dipamerkan kepada umum pada era kegemilangan Proton dulu.

Rupa-rupanya Proton ada menyimpan satu lagi produk dengan 1001 kisah yang tidak diketahui ramai. Pada cermin depan tertulis Putra WRC dengan nombor kod di bawahnya. Berdasarkan tulisan tersebut, kita sudah boleh buat andaian yang kereta itu ada kaitan dengan Kejuaraan Rali Dunia (WRC).

Namun, kenapa kita tidak pernah lihat jentera ini beraksi di trek rali itu?

Inilah kisah tentang Proton Putra WRC, sebuah kisah tentang impian yang tidak kesampaian kerana ia dibangunkan bukan pada masa yang tepat. Sebelum itu, kita imbas dulu penglibatan aktif Proton dalam sukan pemotoran.

BACA >>> Proton Putra – Jangan Berani Cabar

PENGLIBATAN RALI TEMPATAN

Dahulu, Proton ialah jenama automotif yang masih muda jika dibandingkan jenama lain. Namun, perjalanan Proton dalam kancah sukan pemotoran memang boleh dibanggakan dan tidak malu juga kalau hendak diceritakan kepada cucu cicit dan anak muda masa kini.

Awalnya, Proton mula menyertai perlumbaan rali peringkat kebangsaan menggunakan model Saga. Percubaan pertama itu nyata membuahkan hasil apabila muncul juara sebelum meraih kejayaan demi kejayaan menerusi model seperti Iswara dan Wira.

Selepas mencipta kejayaan peringkat rali tempatan, Proton mula mencabar diri untuk menyertai kejohanan peringkat dunia iaitu WRC dan model dipertaruhkan ialah Putra, iaitu versi coupe kepada Wira yang diperkenalkan pada 1997. Semestinya perancangan penyertaan WRC itu bertujuan memberikan saingan kepada pasukan sedia ada seperti Mitsubishi Ralliart dan Subaru World Rally Team.

Jadi bagi merealisasikan impian itu, Proton meminta kepakaran Prodrive dari Britain yang memiliki pengalaman luas dalam arena rali antarabangsa. Namun, apakan daya, kita hanya mampu merancang, tetapi Tuhan menentukan segalanya. Sayang, jentera tersebut tidak sempat beraksi dan impian Proton melakar nama dalam peta rali dunia terpadam begitu saja.

Percayakah anda, walaupun 22 tahun berlalu, Putra WRC sebenarnya masih utuh dan bersemadi tenang di garaj R3, Pusat Kecemerlangan Proton (COE), Subang? Dan kami rasa sangat bertuah kerana diberikan kesempatan menatap sendiri model tersebut dengan lebih dekat walaupun ada beberapa komponen sudah sedikit berkarat.

BACA >>> MG Metro 6R4 Group B – Kereta Rali Legenda dengan Perbatuan 11km Ini Mahu Dijual!

ENJIN 2.0L TURBO

Hasil sembang santai bersama R3, model Putra WRC itu dileraikan Prodrive untuk membangunkan sebuah kereta rali. Dengan enjin standard 4G93 1.8L jenis aspirasi natural (NA), trenkuasa asal ‘dikorek’ untuk mendapat sesaran 2.0L dan dikombokan dengan unit pengecas turbo, termasuk diberikan sistem pacuan empat roda (4WD).

Hasilnya ialah kuasa setinggi 300hp, manakala sistem transmisi menggunakan kotak gear sekuensial 6-kelajuan buatan Hewland. Bahagian frem dikuatkan dengan sangkar oleng penuh bersama pakej aero untuk meningkatkan aspek aerodinamik. Malah, jika kita tengok sisi pintu, transmisi dan beberapa bahagian lain, jentera ini menggunakan material gentian karbon.

Ya, memang bukan calang-calang pelaburan yang dileburkan kerana penggunaan material gentian karbon pada era itu bukanlah murah (sekarang pun masih mahalkan?) Ini jelas menunjukkan komitmen Proton dalam membangunkan jentera rali bertaraf dunia.

Luaran Putra WRC didatangkan dengan gerbang roda besar dengan rekabentuk bampar depan lebih agresif. Bahagian bonet disematkan ventilator udara, skup masukan udara atas bumbung dan spoiler besar bagi meningkatkan efen aerodinamik. Jika diperhatikan betul-betul, model tersebut memang sudah bersedia menggegarkan arena WRC. Tetapi sekali lagi sayang, projek tersebut tidak diteruskan tanpa diketahui apa alasannya sehingga kini.

BACA >>> Proton Iriz R5 Cipta Sejarah Dinobatkan Juara Rali Di Goodwood Festival of Speed 2017

TEORI KONSPIRASI?

Walaupun sebabnya kekal misteri, ada banyak teori yang menular tentang Putra WRC. Ada mendakwa ia terkandas disebabkan masalah kegawatan ekonomi zaman itu. Dari segi pelaburan, Proton dikatakan membelanjakan hampir RM5-6 juta untuk pengubahsuaian tersebut dan itu jumlah yang sangat besar!

Namun ada juga spekulasi yang mengaitkan hubungan baik Prodrive dan Subaru, termasuk tekanan daripada Mitsubishi yang kita sedia maklum pengeluar itu adalah sifu kepada pembuatan model-model awal Proton.

Setiap kali melihat Putra WRC, ia mengingatkan kami tentang impian besar dan keberanian Proton yang mahu mencabar pentas sukan pemotoran dunia. Mampukah dan mahukah Proton mengulanginya semula?

BACA>>>#Videotomotif: Kenapa Pelumba Rali Perlukan ‘Co-Driver’?

GALERI
Kejuaraan Rali Dunia (WRC) kereta rali Mitsubishi Ralliart Proton Proton dan Rali Proton Putra Proton Putra WRC rali RetroAuto Roda4 Subaru World Rally Team WRC
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Sakura 2026 Diperkenal, EV Terlaris di Jepun!

    09/04/2026
    Nissan GT-R R36 Concept
    Roda4

    Nissan GT-R R36 Sah Guna Hibrid dengan Enjin VR38 V6, Tiba Sebelum 2030?

    09/04/2026
    Chery perkenal aplikasi Carlinko
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Lancar Aplikasi Mobil ‘CarLinko’ untuk Pemilik PHEV Chery

    09/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    09/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Auto Terkini

    Selangor Laksana BDR Tiga Hari Seminggu Mulai 15 April

    By Shazwan Hisam07/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.