Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#RetroAuto: Idea Doohan, Skil Rossi Popularkan Brek Ibu Jari dalam MotoGP
Auto Terkini

#RetroAuto: Idea Doohan, Skil Rossi Popularkan Brek Ibu Jari dalam MotoGP

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju28/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MUNGKIN ramai tidak tahu, hampir dua pertiga pelumba MotoGP menggunakan teknik membrek baharu yang bukan hanya bergantung kepada brek enjin (engine braking) semata-mata.

Teknik membrek itu menggunakan thumb brake atau brek ibu jari, iaitu komponen brek ketiga yang dipasangkan di bawah bar hendal kiri dan tuil klac. Seperti nama diberikan, brek ini berfungsi menggunakan ibu jari untuk menolak tuil brek kecil bagi mengaktifkan brek belakang.

BACA >>> #MotoGP2020: Quartararo Bawa Petronas Yamaha Menang Lagi, Rossi Naik Podium!

Konsep brek ibu jari adalah sama seperti brek kaki. Jika brek kaki perlu dipijak, brek ibu jari pula perlu ditolak supaya bendalir brek (minyak brek) akan menggerakkan piston dalam kaliper untuk merapatkan pad brek pada permukaan rotor (cakera).

Brek ibu jari dicipta sebagai penyelesaian kepada pelumba yang cedera kaki dan tidak mempunyai kekuatan 100 peratus untuk memijak brek kaki. Dari manakah datang idea ini?

IDEA DOOHAN

Pelumba pertama yang menggunakan brek ibu jari ialah Michael ‘Mick’ Sydney Doohan (Mick Doohan) ketika bersama pasukan Honda, manakala pengeluar brek ibu jari ialah Brembo.

Doohan terlibat dalam kemalangan teruk dalam sesi kelayakan di GP Belanda, Assen pada 1992 yang menyebabkan kaki kanannya patah. Mujurlah dapat diselamatkan pasukan perubatan Dr Claudio Costa selepas mengalami beberapa komplikasi.

Namun, kaki kanan Doohan tidak lagi cukup kuat untuk membrek, sekali gus menjejaskan prestasinya kerana pelumba Australia itu banyak menggunakan brek belakang ketika beraksi.

Kekurangan itu mencetuskan idea buat Doohan. Beliau terfikirkan tentang brek yang boleh diaktifkan dengan ibu jari ketika beliau di Litar Suzuka, Jepun. Hasilnya, kali kedua berlumba dengan bantuan brek ibu jari, beliau sudah boleh berada atas podium dan memenangi GP pertama di Mugello pada 1993.

ROSSI RETAK KAKI

Brek ini juga membantu Valentino Rossi kembali ke litar pada 2017, selepas 23 hari dia dibedah akibat kecederaan retak tulang kaki kanan ketika latihan enduro pada 31 Ogos tahun itu. Sama seperti Doohan, beliau juga terpaksa berlumba dengan keadaan kaki kanan lemah.

Hasilnya, The Doctor melepasi pusingan kelayakan dan berada di barisan depan perlumbaan GP Aragon 2017. Beliau juga berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kelima, selepas berusaha keras mengekalkan kedudukan di tempat kedua sepanjang 11 lap.

Ada dua faktor membolehkan pencapaian luar biasa itu iaitu skil Rossi dan bantuan sistem brek ibu jari buatan Brembo.

Selepas kejayaan di Aragon, Rossi meminta Brembo menghasilkan brek ibu jari dengan dua saluran berasingan yang membolehkan beliau menggunakan brek ibu jari dan brek kaki serentak. Jurutera Brembo menunaikan permintaan pelumba itu dengan menghasilkan kaliper brek seperti diminta.

Sebagai makluman, Rossi memang setia dengan Brembo sepanjang kariernya dalam GP dan MotoGP. Lagipun masing-masing dari Itali.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Pelumba Profesional Julur, Goyang Kaki di Selekoh?

JADI IKUTAN PELUMBA LAIN

Sejak melihat kebangkitan Rossi dan strategi Doohan, ramai pelumba mahukan brek ibu jari ini dipasang pada jentera lumba masing-masing. Brek ibu jari ini membantu mereka meningkatkan kawalan motosikal, terutama ketika mengambil selekoh kanan.

Pelumba dapat memaksimumkan penggunaan tapak kaki kanan untuk seimbangkan posisi atas motosikal hingga tahap maksimum. Fungsi brek kaki berpindah kepada brek ibu jari. Ada juga pelumba menggunakan brek ibu jari ini untuk menghalang roda depan motosikal terangkat ketika membelok keluar dari selekoh.

Namun, bukan semua pelumba beralih kepada sistem brek ibu jari, ada juga yang menggunakan tuil brek kedua jenis tarik yang dipasang bawah tuil klac. Antara pelumba MotoGP yang menggunakan brek ibu jari ialah:

  • Maverick Viñales
  • Andrea Dovizioso
  • Jorge Lorenzo
  • Danilo Petrucci

Setiap pelumba menggunakan brek ibu jari dengan cara berbeza. Ada pelumba menggunakan kaedah membrek ini untuk memperlahankan motosikal selepas memintas pelumba lain. Ada pula untuk meningkatkan kestabilan di selekoh.

BREK IBU JARI UNTUK RODA DEPAN

Secara teori, sistem ini boleh digunakan pada brek depan yang dikatakan memberikan lebih banyak kelebihan. Sebabnya, jika menggunakan tuil brek tangan biasa, penunggang perlu menggunakan tapak tangan dan ibu jari untuk memegang terotelm dan jari pula digunakan untuk menarik tuil brek.

Sebaliknya, jika dengan brek ibu jari, pelumba boleh genggam terotel macam biasa dan hanya tolak tuil brek menggunakan ibu jari. Ini meningkatkan respons lebih pantas antara membrek dan memecut di selekoh, serta membantu kestabilan jentera.

Cuma kadar penggunaan brek depan tidak sekerap seperti menggunakan brek belakang. Jadi, cara ini sedikit memenatkan jika diaplikasi pada roda depan.

BACA >>> #RetroAuto: Kenny Roberts – Pelumba GP Legenda yang Cipta Skil Seret Lutut

Pelumba MotoGP kini ada dua pilihan sistem brek ibu jari dengan silinder utama.

Pertama, sistem standard yang menggunakan kedua-dua tuil brek ibu jari dan tuil brek biasa untuk mengaktifkan kedua-dua piston dalam kaliper (gambar atas kiri).

Kedua, sistem dengan dua saluran bendalir brek berbeza iaitu satu tuil untuk satu piston. Maknanya, tuil brek ibu jari akan menggerakkan satu piston dalam kaliper. Satu lagi piston akan bergerak jika penunggang menarik tuil brek tangan normal (gambar atas kanan).

Ada juga pilihan ketiga, pelumba boleh memilih sama ada mahu tarik tuil brek tangan atau tolak tuil brek ibu jari untuk mengaktifkan sistem brek belakang. Kedua-dua instrumen kawalan ini bersambung secara langsung.

SUMBER: MotoGP | Brembo | TwoMotion

Auto Terkini MotoGP Retro Auto
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Harga EV CBU tidak lagi murah mula 1 Julai 2026
    Auto Terkini

    Selepas 1 Julai, Lupakan EV Import Murah, Harga Dijangka Bermula RM300,000

    29/06/2026
    LRT3 Laluan Shah Alam
    Auto Terkini

    LRT3 Laluan Shah Alam Mula Operasi Hari Ini, Tambang Sebulan Percuma hingga 31 Julai

    29/06/2026
    F1 2026 | GP RedBull Ring
    Formula Satu

    #F12026: George Russell Menang GP Austria, Rampas Semula Kedudukan Kedua Kejuaraan Dunia

    29/06/2026
    MotoGP Assen 2026, Belanda
    MotoGP

    #MotoGP: Kali Ini Ai Ogura Tak Sunyi Sambut Kemenangan, Aprilia Takluk Podium GP Belanda

    29/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.