Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: Cerita Menakjubkan di Sebalik Kotak Gear F1 McLaren
Autotainment

#RetroAuto: Cerita Menakjubkan di Sebalik Kotak Gear F1 McLaren

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju07/11/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


INI kisah tentang transmisi manual 6-kelajuan yang membawa kereta sport F1 McLaren sepantas 390kmj walaupun cuma menggunakan komponen biasa BMW, tetapi menghasilkan keputusan luar biasa.

Pada 1992, kenyataan media McLaren F1 memberikan penjelasan terperinci tentang transmisi manual 6-kelajuan baharu yang dibangunkan pasukan itu;

Nisbah gear menawarkan kluster 5-kelajuan ultra dekat untuk 0-160mph, (0-250kmj), ditambah kelajuan ke-6 untuk keupayaan 200mph (320kmj) ke atas.

“Panjang jarak roda bagi kebanyakan rekabentuk kereta sport enjin-tengah (mid-engine) dipertingkat menerusi susunan klac konvensional, dan pacuan akhir (final-drive) mendesak pusat output-pacu (drive-output) ke belakang. Sehingga sekarang, semua cubaan untuk meminimumkan panjang jarak roda – seperti menempatkan transmisi dan final-drive dalam enjin – sudah menyelesaikan isu pengendalian, berat dan kecekapan.

 

Kerjasama antara McLaren Cars dan Traction Products Inc secara imaginatif menyelesaikan masalah tersebut dengan menempatkan ofset gear final-drive bersama klac, yang semestinya meminimumkan pemisahan garis tengah enjin/drive-output.

Susun atur ini dalam kotak gear aci-lintang (transverse-shaft) – sudah pendek sejak asal dari depan ke belakang – memberikan pemasangan kompak terbaik dalam perumah magnesium acuan rigid yang mampu menyerap kebanyakan beban suspensi belakang.

Jentera F1 ini juga kereta pengeluaran pertama menggunakan praktis Formula 1 terkini dengan memasang roda tenaga (flywheel) diameter 200mm dan unit klac karbon. Jisim dan inersia rendah meningkatkan respon dan kecekapan enjin terbaik serta mengurangkan berat.

Kotak gear 6-kelajuan mempunyai tukaran gear sinkromesh (synchromesh) penuh dengan gear helikal bagi kekuatan optimum, operasi kelajuan tinggi senyap, dan penukaran gear pantas dan efisien. Ciri lain termasuk sistem pelinciran sofistikated, mekanisme operasi-klac kawalan jauh untuk memberikan berat dan aksi pedal optimum, dan sistem penghidup bersepadu.

Nisbah gear menawarkan kluster 5-kelajuan sangat rapat untuk 0-257kmj, dan tambahan gear keenam yang mewakili gear santai dengan kelajuan 53kmj per 1000rpm, termasuk keupayaan kelajuan tetringgi untuk kelajuan lebih 321kmj.

Pemasangan final-drive terdiri daripada diferensial gelincir-terhad (LSD), manakala halaju malar daripada aci-pacu aloi gred tinggi. Keseluruhan jentera McLaren F1 tersebut adalah hasil usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) tanpa jemu yang dilakukan tanpa kompromi terhadap kualiti pembuatan dan rekabentuk.”

Salah satu laman daripada manual pemilik F1 lakaran Mark Roberts.

BACA >>> #TahukahAnda: Teknologi Hibrid F1 Jadi Ilham Honda Jazz Hybrid Baharu
BACA >>> De Liow Dipilih Jurutera Bendalir Petronas Baharu untuk Saingan F1 Musim 2020

SENTUHAN INDIVIDU HEBAT AUTOMOTIF

Ketua Projek BMW i8 Roadster, Rainer Rump (foto atas) memaklumkan sepanjang lebih 40 tahun dengan BMW, 10 tahun pertama beliau adalah dalam divisyen permotoran jenama itu. Rump berkata, dia sendiri bersetuju dipilih untuk turut serta dalam projek F1 bahagian transmisi.

Pereka kereta lumba Formula 1 dan McLaren F1, Gordon Murray (foto atas) pula menetapkan transmisi Honda NSX sebagai penanda aras bagi jentera McLaren F1 dan pada 1990 menyuarakan keinginannya untuk menghasilkan transmisi yang berprestasi sama seperti NSX dalam jentera McLaren F1.

Sebenarnya, penanda aras itu ialah hasil titik peluh Murray juga. Cabaran pertama pasukan ketika itu ialah enjin S70/2 kerana ia enjin yang panjang, dan lebih panjang daripada enjin V6 Honda NSX tersebut.

Berbekalkan halangan ini, usaha sama McLaren-BMW beralih kepada Traction Products Inc di California, iaitu sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran dalam transmisi milik Pete Weismaan dan isteri. Kereta McLaren F1 itu memerlukan kotak gear lumba dengan gear potongan terus (straight-cut).

BACA >>> #TahukahAnda: 14 Fakta Transmisi Proton X70 – 7DCT yang Perlu Anda Tahu

PENYELESAIANNYA

Penyelesaiannya, menggabungkan rekabentuk kotak gear Weismann dengan sinkroniser (synchronizer) daripada transmisi V8  BMW 5-Series, E34, termasuk bering bevel-roller BMW. Tiga tahun kemudian, transmisi sama  berjaya memenangi perlumbaan Le Mans.

Namun lama sebelum kejayaan GTR pada 1995, prototaip pertama mengalami masalah kepanasan lampau terhadap transmisi. Puncanya, Murray dalam usaha mengurangkan berat transmisi, dia juga mahu mengekalkan perumah magnesium untuk transmisi. Ini dijelaskan secara spesifik dalam siaran media 1992.

Selepas itu, perumah akhir ditukar kepada aluminium bagi menyelesaikan masalah kepanasan melampau tersebut, terutama dalam kelajuan tinggi.

SUHU KOTAK GEAR TINGGI

Ia tidak mampu pergi lebih 391kmj”

Ini tidak mengejutkan, pada 1998, pelumba Andy Wallace melaporkan suhu transmisi mencecah 130° selepas dia membrek pada kelajuan 391kmj di litar Ehra Lessien ketika memandu McLaren F1 XP5 (foto atas).

Namun, bukan suhu saja jadi cabaran. Transmisi jentera itu juga menggunakan klac gentian karbon 3 plat AP Racing. Disebabkan plat tersebut menghasilkan seretan, teknologi perlumbaan berkenaan memberikan jentera F1 penukaran gear yang sangat lancar.

Mika Hakkinen

Pada masa itu, Mika Häkkinen yang masih muda baru saja menyertai McLaren. Pelumba Finland tersebut mendakwa pengalaman menukar gear ketika memandu prototaip F1 sebagai ‘kasar’. Dan itu bukan sesuatu yang dimahukan Murray.

Bagaimanapun, selepas dilancarkan pada 1993 (foto bawah), masalah seretan klac sudah diselesaikan, dan McLaren F1 turut melakukan debut kotak transmisi Weismann yang dimuatkan bersama sinkroniser BMW E34 dan dihasilkan FF Developments di Birmingham, England. Paling penting, berfungsi baik!

BACA >>> Supercar Paling Berkuasa, McLaren 765LT Kini di Malaysia, 10 Unit Sahaja, Harga RM1.5j

SUMBER: RoadAndTrack

Andy Wallace F1 Formula Satu (F1) kotak gear McLaren McLaren F1 Mika Häkkinen Rainer Rump Retro Auto transmisi
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    01/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #BIMS2026: BMW iX3 2026 Debut di Bangkok, Jarak 805 km WLTP, Harga Hampir RM450k

    01/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Mitsubishi Xpander HEV 2026 Kini Dengan ADAS, Harga Dari RM114k di Thailand

    01/04/2026
    Lepas L4 tayang di BIMS 2026
    Roda4

    #BIMS2026: Lepas L4 Sasar Segmen SUV Elektrik, Jarak Hingga 450km WLTP

    01/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Tesla Model Y L Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, SUV 6-Kerusi, Jarak 681km WLTP

    By Syafie30/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Sabah Layak Terima Subsidi Diesel Penuh Sebagai Penyumbang Minyak

    By Syafie27/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.