Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#RetroAuto: Asal Usul Hijau yang Kini Jadi Warna ‘Trademark’ Kawasaki
Roda2

#RetroAuto: Asal Usul Hijau yang Kini Jadi Warna ‘Trademark’ Kawasaki

ZYBy ZY25/12/20185 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERNAHKAH anda terfikir, kenapa sportbike Kawasaki wajib ada warna hijau limau nipis (lime green), sama ada sebagai warna utama atau sekunder (seperti frem Ninja H2/H2R yang dihijaukan)?

Menurut laman rasmi Kawasaki, warna hijau dipilih sebagai simbolik mengenai keupayaan Kawasaki melawan pemikiran konvensional yang sentiasa jadi penghalang kepada sebarang usaha menghadapi cabaran baru. Pada era sekitar 1960-an, hijau dianggap sebagai warna yang membawa nasib malang.

Jadi, keputusan Kawasaki menukar skema warna asal jentera perlumbaan mereka, A1R kepada warna hijau pada 1968 dianggap tindakan yang cukup berani. Memang bukan keputusan yang mudah untuk melawan arus.

BACA >>> #RetroAuto: Tentang Kawasaki yang Perlu Anda Tahu – Asal Kilang Kapal, Kini Bikin Motosikal

Kali ini kami kongsikan kisah menarik, dipetik daripada Mike Vaughan tentang asal-usul ‘hijau limau nipis’ yang digunakan dalam barisan jentera Kawasaki. Di Malaysia skema warna hijau Kawasaki itu biasanya dipanggil sebagai ‘hijau pucuk pisang’.


BAGAIMANAKAH KAWASAKI MENDAPAT WARNA HIJAU?

Kembali kepada 1968. Kawasaki ketika itu sedang bergelut untuk mencipta imej jenama itu untuk pasaran motosikal Amerika Syarikat (AS). Pelbagai pilihan dicuba supaya pelanggan dapat membezakan Kawasaki dengan 25 hingga 30 jenama motosikal lain di AS yang saling bersaing sesama sendiri.

Pada masa itu, A1 Samurai dan barisan familinya sudah pun diperkenalkan, manakala jentera legenda, H1 Mach III pula sedang bersedia dilancarkan. Tiada siapa tahu bagaimanakah sambutan yang bakal diterima.

Sementara itu, model perlumbaan 2-lejang 250cc, A1R sedang segar dengan pelbagai rekod kejayaan dalam perlumbaan jalanan yang berlangsung serata AS. Namun kelibat jentera itu yang turun bersaing bersama pesaing lain dengan menyarung skema warna tradisional lebih kurang sama (merah, biru dan kuning), membuatkan aksi jentera lumba Kawasaki (merah dan krim) kurang menonjol.

Kawasaki A1R (1967) dengan skema warna asal merah dan krim.

Presiden Kawasaki Motors Corp AS, George Hamawaki ketika itu meminta Pengurus Jualan, Don Graves dan Pengurus Pemasaran, Paul Collins mencari sesuatu yang mampu mengukuhkan identiti Kawasaki, sama ada dalam bentuk rekabentuk, warna atau lain-lain.

SENTUHAN MOLLY DITAGIH

Graves, yang pernah berkecimpung dalam scene kereta kustom semasa di kolej, bertindak menghubungi tukang cat kereta kustom terkenal, yang kemudian memperkenalkan beliau kepada seorang individu hebat, dikenali sebagai Rollin Molly Sanders yang membuka kedai di pondok Quonset dekat belakang pusat servis di Brea, California.

Dalam sejarah Kawasaki, Molly boleh dianggap sebagai bapa kepada ‘hijau Kawasaki’ yang menjadi warna ‘trademark’ kepada jenama itu. Sebanyak 20 kombinasi tangki dan fender dihantar kepada Molly yang diberikan kebebasan sepenuhnya untuk melakukan keajaiban terhadap Kawasaki.

Baru saja 30 hari, Molly sudah membuat panggilan memberitahu beliau sudah bersedia, lantas Graves menghantar casis dan komponen lain supaya bahagian yang sudah dicat Molly dapat dipasangkan.  Tidak lama selepas itu, beliau (Graves) dan orang-orang atasan Kawasaki bertolak ke Brea untuk mendengar sesi penerangan Molly.

Rollin ‘Molly’ Sanders juga terkenal sebagai pereka strip ikonik kuning Yamaha.

Di sana, Molly awal-awal lagi memberitahu;

“Kamu bukan saja perlu lihat warna, tapi juga perlu dengar alasan saya memilihnya.”

Molly menunjukkan sampel dalam pilihan (shades) berbeza warna – biru, merah, kuning dan lain-lain tema – berbanding warna skema asal. Graves pantas mengajukan soalan; “Mana satu daripada warna-warna ini yang dapat membezakan Kawasaki dengan pesaing?”

BACA >>> Kawasaki Ninja H2 Perkenal 3 Trio, Sedia Gempur Pasaran Superbike Supercharged

“Satu pun bukan, tapi saya akan tunjukkan warna apa yang dapat lakukan,” balas Molly sambil mengeluarkan warna hijau. Namun, reaksi Graves dan orang lain yang hadir ketika itu langsung kurang bersemangat. Semua terkejut dan terpinga-pinga dengan pilihan warna yang serba tidak kena itu.

A7RS 1969 dengan warna hijau limau nipis Kawasaki yang original

Molly meneruskan sesi penerangannya dengan menjelaskan sebab kenapa beliau mencadangkan warna tersebut;

“Unik, tersendiri, menyerlah di mana saja litar perlumbaan, dan tidak mudah dikelirukan warna lain. Lagipun warna baru, dan tidak pernah dilihat sebelum ini. Ini akan jadi warna eksklusif Kawasaki.”

WARNA HIJAU DIMUKTAMADKAN

Perjumpaan seterusnya diadakan di ibu pejabat korporat Kawasaki, keesokan hari. Walaupun dibantah, Hamawaki memberikan kebenaran kepada Graves dan Collins untuk meneruskan idea tersebut. Susulan keputusan bos besar itu, kedua-dua orang kanan Kawasaki itu terus berjumpa pihak yang terbabit dalam pembuatan pakaian dan aksesori. Tidak lama kemudian, Racing Green Kawasaki diperkenalkan ke seluruh dunia.

KZ1000R jentera jalanan pertama menerima sentuhan ‘Hijau Kawasaki’

Awalnya, warna itu hanya terhad untuk jentera perlumbaan. Had tersebut bagaimanapun dihapuskan pada 1982 menerusi pelancaran jentera Replika Eddie Lawson KZ1000R.

Sepanjang tempoh 40 tahun lalu, warna ‘Hijau Kawasaki’ mengalami banyak perubahan yang kini tampil lebih berkilau atau fluorescent berbanding warna asal, termasuk diperkenalkan pada banyak versi motosikal jalanan dan perlumbaan.

Apa yang pasti, warna tersebut berjaya mencapai objektif utama Kawasaki, iaitu memudahkan orang ramai mengecam setiap jentera Kawasaki hanya dengan sekali pandang saja.

Tetapi, siapa pula Mike Vaughan yang bercerita pasal ‘Hijau Kawasaki’ ini? Itu kena baca di SINI.

SUMBER: LIME GREEN – Symbol of Challenge | How Kawasaki Got Its Green

Don Graves George Hamawaki hijau kawasaki history of kawasaki green history of kawasaki ninja kawasaki lime green mike vaughan Molly Sanders ninja h2 ninja h2r Paul Collins RetroAuto roda2 sejarah kawasaki sejarah kawasaki ninja
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Honda Rebel 2026
Roda2

BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

13/03/2026
Roda2

Model Edisi Khas Vespa 946 Horse Raikan Tahun Kuda

10/03/2026
Roda2

2026 MV Agusta Enduro Veloce Dilancar, Travel Enduro Premium Harga Sekitar RM91k

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Proton X90 2026 facelift
Auto Terkini

Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

By Han Othman15/03/2026
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Autotainment

#Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

By Han Othman15/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
Aksesori

Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

By Han Othman13/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.