Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#RetroAuto: 5 Kapcai Hebat, ‘Rare’ yang Mungkin Anda Tidak Tahu Ada di Malaysia
Roda2

#RetroAuto: 5 Kapcai Hebat, ‘Rare’ yang Mungkin Anda Tidak Tahu Ada di Malaysia

ZYBy ZY01/08/20207 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEMUA kapcai di bawah ini mungkin tidak sepopular kapcai Yamaha dan Honda yang jadi pujaan ramai penunggang motosikal di Malaysia.

Namun, hadir dengan ciri menarik dan berinovasi pada zamannya, jentera-jentera tersebut mampu menarik perhatian kelompok peminat tertentu yang mahukan kelainan dan berani mencuba sesuatu baru.

BACA >>> 10 Motosikal Legenda Suzuki di Malaysia dalam Kenangan

1. SUZUKI BELANG R150


Pasti ramai masih ingat kewujudan kapcai Suzuki ini yang dilancarkan sekitar 2009. Namun, populariti dikecapi Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R membuatkan ramai sudah terlupa bahawa Suzuki Belang R150 ialah kapcai pertama dikuasakan enjin 4 lejang 150cc DOHC dan masih ditawarkan hingga hari ini!

Menariknya, walaupun dilancarkan lebih awal, enjin Belang R150 ini mampu menghamburkan kuasa setinggi 16.9hp. Dengan kuasa setinggi itu meletakkan Belang R150 bukan sahaja di hadapan pesaing lain pada masa itu yang rata-rata dikuasakan enjin 135cc dan ke bawah, tetapi turut menandingi kapcai 150cc hari ini seperti Yamaha Y15ZR (15.4hp), Benelli RFS150i (15.5hp) dan Honda RS150R (15.6hp).

Dilengkapi ciri-ciri canggih lain seperti paparan meter kombinasi analog+digital dan enjin paling berkuasa dalam kelas. Bagaimanapun, rekabentuk ‘ayago’ yang kurang menepati cita rasa majoriti penunggang Malaysia membuatkan kewujudan ‘King of The Underbone’ era baharu ini semakin dilupakan.

2. SUZUKI FX125


Inilah kapcai 4-lejang pertama di Malaysia dengan teknologi DOHC dan penyejukan cecair, serta dilancarkan pada 1998, kira-kira 8 tahun sebelum debut kapcai penyejukan cecair popular, Yamaha LC135. Suzuki FX125 menggunakan teknologi penyejukan minyak Suzuki Advanced Cooling System (SACS) yang menggunakan aliran minyak enjin sebagai penyejuk atau coolant enjin.

Dibina berasaskan sportbike Suzuki FXR150 yang dilancarkan pada tahun yang sama, FX125 hadir dengan konfigurasi enjin 4-lejang 125cc yang berupaya menjana 13.3hp dan dilengkapi transmisi 5-kelajuan, menjadikannya kapcai 4-lejang pertama paling berkuasa didatangkan dengan klac manual. Seperti abangnya juga, FX125 kurang menerima sambutan berikutan pengaruh penguasaan jentera 2-lejang pada era itu.

BACA >>> #RetroAuto: Suzuki FXR 150 – Pendekar dari Planet Asing yang Terbuang

3. MODENAS X-CITE 130


Dilancarkan sekitar 2006, ramai tidak tahu kapcai berwajah aneh ini, Modenas X-Cite 130, sebenarnya turut ada dijual di negara jiran, Thailand dan Indonesia sebagai Kawasaki ZX130 atau Kawasaki Kaze.

Namun ada tujuan praktikal di sebalik rekabentuk unik itu. Tidak seperti kapcai lain, tangki bahan api X-Cite 130 tersembunyi di sebalik dada kapcai ini yang memudahkan penunggang mengisi minyak. Tidak perlu risau isu keselamatan kerana tangki dilindungi frem besi kukuh. Disebabkan posisi tangki diubah ke hadapan, X-Cite mampu menawarkan ruang simpanan bawah pelana terbesar dalam kelasnya ketika itu.

Walaupun kurang digemari di kalangan penunggang tempatan, tetapi X-Cite 130 cukup terkenal di luar negara, khususnya Greek yang mana kapcai ini adalah antara jentera Modenas pilihan ramai anak muda di sana. Jangan tak percaya pula!

4. SUZUKI RGX 120

Jangan salah sangka, ini bukan kapcai Suzuki yang disalin coverset Yamaha 125Z! Asasnya, masih berkongsi enjin 2-lejang 120cc dan spesifikasi sama seperti kapcai Suzuki RGV 120 yang pernah popular dulu. Inilah Suzuki RGX 120 yang tampil dalam rekabentuk lebih agresif dan aerodinamik, sesuai dengan citarasa penunggang awal milenium.

RGX 120 dilengkapi teknologi penyejukan Suzuki Jet Cooled System untuk menyejukkan enjin bagi mengekalkan prestasi tinggi dan ketahanan berpanjangan. Sayangnya, perbezaan sesaran enjin yang cuma kurang 5cc berbanding kapcai 2-lejang legenda Yamaha -125Z- menjadikan RGX 120 kurang popular hingga sukar melihat kelibat model itu berbanding jentera Suzuki lain.

BACA >>> Tuan Motor Jawab Kenapa Yamaha RX-Z Ini Boleh Sampai RM70k?

5. CAGIVA STELLA 125R


Dibawa masuk ke pasaran tempatan sekitar penghujung 2000 sebagai Momos Stella, kapcai 2-lejang dengan rekabentuk aneh ini dilancarkan dengan enjin bersesaran 115cc. Kemudian, dilancarkan pula dalam versi 125cc yang lebih berkuasa, iaitu Stella 125R.

Walaupun berpenampilan agak pelik, Stella 125R memenangi hati peminat melalui kuasanya. Enjin 125cc dengan teknologi injap kuasa Cagiva Torque System (CTS) seperti Kawasaki KIPS dan Yamaha YPVS, kapcai ini mampu menghamburkan kuasa paling tinggi dalam kelas underbone 125cc, iaitu 23.8hp dalam keadaan standard!

Jika berminat dapatkan kapcai legenda ini, tetapi masih ragu tentang isu alat ganti dan penyenggaraan, anda tidak perlu risau kerana kali terakhir kami menjenguk komuniti tempatan pemilik Cagiva Stella, mereka nampaknya masih aktif di media sosial.

cagiva stella Kapcai kapchai rare modenas xcite 130 motor rare roda2 suzuki belang Suzuki FX125 suzuki rgx120
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

16/07/2026
Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
Auto Terkini

Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

16/07/2026

7 Comments

  1. tesy on 28/12/2017 21:42

    the legend reborn

    Reply
  2. Alldisc on 29/12/2017 06:27

    2 item yg Salah perlu diperbetulkan. Pertama fx125 dilancarkan pada thn yg Sama Dgn fxr150 Iaitu 1998. Jauh mendahului industry motorsikal di Malaysia. Suzuki Belang pun jauh ke Hadapan.

    Kedua. Sistem SACS Suzuki Sbnrnya ialah Kipas Enjin yg menyerupai sistem YPCS Yamaha pada 125z Dan Yamaha SS110. Bezanya, Yamaha SS Mula keluar thn 91. Suzuki SACS dah Dipasang pada model RC80 Dan RC100 thn 1984 Dan pada suzuki Best pada 1988.

    Artikel yg menarik. Syabas.

    Reply
    • Riduan Gixxes on 14/09/2018 00:27

      SACS tu sistem penyejukan enjin guna minyak bang..fx125 fxr150 dgn belang150 guna oil cooler…minyak dri enjin disejukkan menggunakan cooler…sistem ni waris drpd gsxr750 tahun 70an..

      Reply
  3. Zam machinery on 29/12/2017 13:03

    Suzuki rgx120. Jet cooling system tu merujuk kepada kipas sebelah magnet yg menyedut udara dan menyejukkan silinder blok. Bukan tembak minyak dr bawah piston macam 4 stroke. Merepek ah. Penulis haruslah bijak mencari info yg tepat dan berisi. Semoga maju jaya.

    Reply
  4. matkhiq on 29/12/2017 20:38

    teringat Suzuki Best 110.kapcai pertama dengan kapasiti enjin melebihi 100cc.

    Reply
  5. Hakim hayabusa on 16/05/2020 20:01

    Jet cooled pada suzuki ialah penyejukan menggunakan kipas pd belah kiri kulit enjin tu. Dalam dia ade kipas yg berpusing. Model suzuki yg guna ialah suzuki rc, best, rg, rgv, rgx. Lagi satu yamaha pon ade guna sistem kipas ni sama mcm suzuki. Model ss je yg guna. 125z mana ade guna penyejukan kipas. Huhu.

    Reply
  6. JafRi on 01/08/2020 22:08

    Lupa kawasaki K1 ke min.

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.