PEMINAT dunia permotoran tempatan bakal disajikan acara automotif terbesar tahun ini, pameran kereta retro Retro Havoc 2025 yang kembali untuk edisi ke-10 pada 31 Mei 2025 bertempat di ruang parkir B2, The Curve, Mutiara Damansara.
Acara ini kali pertama diadakan pada 2014, diasaskan Ali Cooper dan kini berkembang menjadi acara tahunan yang dinanti-nantikan ramai dengan penyertaan tahun ini melibatkan 950 kereta dari Malaysia, Thailand, dan Singapura membabitkan pelbagai kategori seperti model domestik Jepun (JDM), kereta klasik, supercar, dan kereta modifikasi.
Kehadiran Nama Besar Dunia Modifikasi
Pameran kali ini juga menjanjikan keunikan luar biasa dengan kehadiran beberapa nama besar industri modifikasi global sebagai tetamu khas, seperti:
- Wataru Kato (Liberty Walk)
- Ichiraku Toshiya (1048)
- Larry Chen (Jurufoto legenda)
- Sam Lucas (Sammit)
- Beer Baiyoke (Top Secret Thailand)
- Watanabe San
- Sudo San (Number 7 Racing Factory)
- Hiroaki Oda (CBY)
Menariknya, Retro Havoc 2025 juga akan mempamerkan Datsun Fairlady S30Z yang lengkap dengan modifikasi dan liveri khas hasil kolaborasi Retro Havoc x Liberty Walk.
Acara ini akan berlangsung jam 9 pagi - 10 malam, disusuli sesi penutup yang dijangka berakhir sekitar jam 1 pagi - 2 pagi. Sorotan acara termasuk 'supercar rollout', sesi pameran di ruang bawah tanah B2, dan cabutan bertuah dengan hadiah utama sebuah Toyota Celica ZZT231 2002 dan Mercedes-Benz 190E dengan kit badan Evo II tajan Sonax.
Tiket masuk hanya RM20 dan boleh dibeli secara dala talian atau terus di pintu masuk. Sebagai penghargaan, 7,000 pengunjung pertama akan menerima poster eksklusif percuma.
Dengan kehadiran dianggarkan mencecah 50,000 pengunjung, Retro Havoc terus membuktikan pengaruh dan kekuatan budaya kereta modifikasi di persada antarabangsa.
Leave a Reply