• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Repsol Honda Perkenal Pelumba dan Jentera MotoGP 2019, Seragam Tidak Berubah

Repsol Honda Perkenal Pelumba dan Jentera MotoGP 2019, Seragam Tidak Berubah

January 23, 2019 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


PASUKAN Repsol Honda memperkenalkan seragam jentera RC213V 2019 dan dua pelumba utama untuk saingan MotoGP 2019 yang bakal memulakan ujian pramusim di Sepang, awal Februari depan. Tahun ini juga genaplah 25 tahun kolaborasi antara syarikat minyak Sepanyol (Repsol) dan pengeluar motosikal Jepun (Honda) itu yang penuh pelbagai kenangan pahit dan manis.

Majlis pelancaran berlangsung di Madrid, Sepanyol yang menyaksikan tiada perubahan ketara pada seragam jentera musim ini walaupun menampil pelumba baharu, Jorge Lorenzo yang baru direkrut menggantikan Dani Pedrosa.

BACA >>> #MotoGP: Lorenzo Kini Milik Repsol Honda Bermula Musim Depan hingga 2020.

Lorenzo dilihat muncul dengan tangan kiri berbalut akibat patah pergelangan tangan di samping juara bertahan adinda Marc Marquez di atas pentas bersama legenda Honda, Mick Doohan dan Alex Criville.

Repsol Honda Team (2018)
Marquez dan RC213V (2018)

Ramai peminat Honda mengharap kejutan pada seragam baharu jentera Repsol Honda Team memandangkan musim ini ialah kali pertama Lorenzo dan Marquez berada dalam satu pasukan. Lagipun kedua-dua pelumba itu memang memiliki reputasi dan potensi hebat sebagai generasi emas MotoGP pasca milenia yang sebelum ini didominasi superstar seperti kekanda Valentino Rossi, Casey Stoner, dan Dani Pedrosa.

Di bawah ini ialah seragam baharu Repsol Honda Team (2019), dan bandingkan dengan penampilan jentera musim lalu di atas. Ada banyak beza? Juga saksikan video rasmi pengenalan Repsol Honda 2019 yang sejam lebih juga panjangnya (acara bermula minit ke-40).

SUMBER: MCN

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Alex Criville, auto terkini, Jorge Lorenzo, Livery, Marc Marquez, Mick Doohan, MotoGP, MotoGP 2019, RC213V 2019, Repsol Honda, Repsol Honda Team, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Lama Perlukan Minyak Enjin Lebih Likat?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Lama Perlukan Minyak Enjin Lebih Likat?
  • Mungkin Beginilah Rupa Perodua Kembara Baharu...
    Mungkin Beginilah Rupa Perodua Kembara Baharu...
  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
  • Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran
    Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my