Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Renault Zoe E-Tech (2023) Kini di Malaysia, Harga Mula RM165k, Ada Skim Langganan
Roda4

Renault Zoe E-Tech (2023) Kini di Malaysia, Harga Mula RM165k, Ada Skim Langganan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/05/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TC Euro Cars (TCEC) melancarkan kereta elektrik Renault Zoe E-Tech (2023) dalam dua pilihan varian, R110 dan R135 ke pasaran tempatan.

Model EV penuh ini dijual pada harga jualan atas jalan, tanpa insurans RM165,000 untuk varian asas Zoe R110 dan RM179,000 untuk Zoe R135. Pelanggan juga boleh memilih skim langganan menerusi Fixed Plan Renault Subscription.

Langganan Fixed Plan Mengikut Tempoh

Zoe R110
  • 3 tahun: RM2,799 sebulan
  • 2 tahun: RM3,299 sebulan
  • 1 tahun: RM3,799 sebulan
Zoe R135
  • 3 tahun: RM2,999 sebulan
  • 2 tahun: RM3,499 sebulan
  • 1 tahun: RM3,999 sebulan

* Bayaran bulanan adalah termasuk insurans, kos servis biasa dan kabel pengecas AC Type 2.

Jika memenuhi semua syarat dan dokumen skim langganan, Renault Subscription mengambil masa sekurang-kurangnya tiga hari untuk diluluskan. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TC Euro Cars, Wong Hoe Mun berkata;

Langganan adalah cara terbaik untuk orang ramai merasai pengalaman dan gaya hidup EV dengan Renault Zoe baharu tanpa perlu membuat pembelian. Ini lebih mampu milik dan mudah diakses, malah pelanggan tidak perlu bimbang mengenai apa saja yang berkaitan aspek pemilikan.

“Ini termasuk harga kenderaan, bayaran muka, tempoh pinjaman, kadar faedah, jaminan, servis, penyelenggaraan, insurans dan susut nilai.”

WARNA

  • Zoe R110: hitam dan putih
  • Zoe R135: hitam, biru, merah dan ungu

PENGECASAN BATERI

Bilik pameran utama Renault di Petaling Jaya, Selangor menyediakan akses pengecasan bateri 22kW jenis AC.

Renault Zoe E-Tech (2023) juga menyokong fungsi pengecasan pantas hingga 50kW menggunakan sambungan CCS2 yang memerlukan masa 70 minit untuk mengecas 10 hingga 80 peratus.

Pengecasan menggunakan pengecas AC 22kW Type 2 mengambil masa tiga jam daripada kapasiti 0 hingga 100 peratus.

Pek bateri jenis Z.E. 50 baharu dengan kapasiti tenaga 52kWh menyumbang 20 peratus peningkatan kuasa berbanding keupayaan bateri sebelum ini.

TRENKUASA ZOE

Renault Zoe menggunakan sistem transmisi 1-kelajuan dan sistem pacuan roda depan (FWD).

Unit motor elektrik digunakan berbeza mengikut varian iaitu:

  • R110 guna motor 80kW, menawarkan kuasa 108hp dan tork 225Nm. Masa pecutan 0-100kmj ialah 11.4 saat, kelajuan maksimum cuma 135kmj.
  • R135 dengan motor 100kW, menjana kuasa 133hp dan tork 245Nm. Pecutan ke 100km mengambil masa 9.5 saat, kelajuan maksimum ialah 140kmj.

Ada mod B untuk tugas brek regeneratif yang menukar kuasa kinetik kepada elektrik untuk menambah jarak pemanduan. Zoe R110 boleh dipandu sehingga 395km, manakala Zoe R135 mampu mencapai jarak 386km.

REKABENTUK

Saiz fizikal Renault Zoe E-Tech (2023) baharu masih sama dengan dimensi panjang 4,087mm, tinggi 1,562mm dan lebar 1,945mm.

Bonet depan direka semula untuk imej lebih maskulin dengan bampar depan baharu yang menjadikan kompak ini nampak lebar. Juga ada kemasan krom pada gril, lampu utama dan sekeliling lampu kabus.

Ventilator ambilan udara sisi berfungsi mengurangkan seretan angin. Model ini juga menggunakan sistem lampu LED penuh untuk lampu depan Pure Vision, lampu siang (DRL) bentuk C, lampu kabus dan lampu signal belok.

Bahagian roda menggunakan rim aloi lima jejari 16 inci dengan tayar 195/55, manakala sistem brek jenis cakera.

KABIN

Kluster instrumen digital 10 inci rekaan baharu dengan sistem GPS off-line untuk varian Zoe R135. Unit infotainmen skrin sentuh 9.3 inci dengan Renault Easy Link, dan konektiviti Android Auto dan Apple CarPlay selain Bluetooth.

Ada dua port USB dan pengecas wayarles untuk telefon pintar. Varian Zoe R135 mendapat tambahan dua lagi port USB, cermin pandang belakang elektrokromik, kamera undur dan sensor parkir depan.

Juga diberikan sistem audio dengan enam unit pembesar selain sensor parkir belakang, pedal anjakan e-shifter elektronik, brek parkir automatik (EPB), lampu kabin LED, kawalan suhu automatik dan panel kawalan ergonomik.

Upholsteri daripada fabrik kitar semula dalam kemasana hitam untuk R110, manakala R135 mendapat kerusi hitam dengan material kulit dan fabrik.

Hatchback ini juga menggunakan cermin depan akustik untuk mengurangkan efek bunyi bising dari luar. Kapasiti ruang buat kekal 338 liter.

SISTEM KESELAMATAN

Renault Zoe E-Tech (2023) hadir dengan empat beg udara, Amaran Keluar Lorong (LDW), Kawalan Stabiliiti Elektronik (ESC), Kawalan Anti-Gelincir (ASR), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Brek Kecemasan (EBA) dan Bantuan Mula Daki (HSA).

Varian Zoe R135 pula mendapat tambahan Lampu Tinggi Adaptif  (AHB), Amaran Titik Buta (BSW) dan Bantuan Parkir Bebas Tangan (hands-free park assist, HFPA).

WARANTI

  • Dua varian Zoe diberi waranti tiga tahun, atau 100,000km untuk kenderaan dan trenkuasa elektrik.
  • Bateri EV pula mendapat waranti lapan tahun atau 160,000km dengan kapasiti minimum 70 peratus.
Kenderaan Elektrik (EV) Renault Zoe Renault Zoe (2023) Roda4 TC Euro Cars (TCEC)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Xiaomi SU7 Generasi Baharu (2026) Lancar, Jarak Sehingga 902 km, Cas Pantas 12 Minit!

    03/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Toyota Urban Cruiser EV 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM198,000

    02/04/2026
    Datuk Seri Johari Abdul Ghani | automotif China
    Auto Terkini

    Malaysia Terbuka Terima Pelaburan Automotif China, Fokus Pembangunan Industri Nilai Tinggi

    02/04/2026
    Toyota Hilux BEV 2026 | Malaysia
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Toyota Hilux BEV 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM226,300!

    02/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Sabah Layak Terima Subsidi Diesel Penuh Sebagai Penyumbang Minyak

    By Syafie27/03/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Tesla Model Y L Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, SUV 6-Kerusi, Jarak 681km WLTP

    By Syafie30/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.