• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Renault Tayang R.S. 2027 Vision – Bayangan Jentera F1 Masa Depan

Renault Tayang R.S. 2027 Vision - Bayangan Jentera F1 Masa Depan

May 2, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

33
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RENAULT cuma jenama kereta penumpang, tetapi berjaya duduk sebaris pengeluar supercar seperti Ferrari dalam sukan permotoran seperti Formula Satu (F1) dan pernah dipandu ramai pemandu hebat dunia dengan pelbagai aksi mengujakan.

Tahun ini, Renault menggunakan kereta lumba R.S.17  dan lebih menarik, pengeluar dari Perancis itu sudah sedia membayangkan rupa kereta itu untuk 10 tahun akan datang, iaitu pada 2027 dengan nama R.S.2027 Vision. Kereta tersebut tampil dengan memberikan lebih fokus terhadap pemandu, lebih berkuasa, lebih kuasa elektrik dan semestinya saingan yang lebih selamat.

Berikut ialah ciri R.S.2027 Vision yang dipamerkan di Pameran Motor Antarabangsa Shanghai (SIMS) 2017.

RENAULT R.S.2027 VISION

  • Tampil dengan 40 tahun pengalaman dalam F1.
  • Kokpit dan topi keledar lut sinar supaya peminat dapat lihat lebih aksi dramatik.
  • Pencahayaan LED pada roda dan alatan aerodinamik seperti spoiler atau sayap.
  • Perlumbaan lebih selamat melalui mod kendiri (autonomous) yang boleh diaktifkan ketika kemalangan dan bumbung kokpit diperbuat daripada polikarbonat untuk perlindungan impak kuat.
  • Interaksi lebih meluas antara kereta dan penonton - peminat dapat lihat data telemetri sebagai contoh.
  • Kepakaran Renault dalam bidang perlumbaan seperti pacuan empat roda (4WD), stereng empat-roda (FWS) dan bateri berkuasa tinggi.
  • Kapasiti bahan api semakin mengecil dan penggunaan mod elektrik ketika melalui laluan pit.
  • Lampu signatur berbentuk C yang sinonim dengan kenderaan penumpang Renault.

GALERI

Renault Vision R.S. 2027.08
Renault Vision R.S. 2027.04
Renault Vision R.S. 2027.05
Renault Vision R.S. 2027.07
Renault Vision R.S. 2027.02
Renault Vision R.S. 2027.01
Renault Vision R.S. 2027.03
Renault Vision R.S. 2027.06
33
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: auto terkini, F1, Formula Satu (F1), Pameran Motor Antarabangsa Shanghai (SIMS) 2017, Renault, Renault R.S. 2027 Vision, Roda4, SIMS 2017

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • Yamaha Exciter 155 VVA (2021) Lancar! Lebih Kuasa, Harga Mula RM7k
    Yamaha Exciter 155 VVA (2021) Lancar! Lebih Kuasa, Harga Mula RM7k
  • #TahukahAnda: 5 Tanda Absorber Kereta Anda Perlu Tukar Baharu
    #TahukahAnda: 5 Tanda Absorber Kereta Anda Perlu Tukar Baharu
  • Vietnam Lancar Yamaha Exciter Petang Ini, Bocor Muka Depan!
    Vietnam Lancar Yamaha Exciter Petang Ini, Bocor Muka Depan!

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my