• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Rebat RM2,000 untuk Honda City (2020) Serba Baharu Sempena Jualan Istimewa 12.12

Rebat RM2,000 untuk Honda City (2020) Serba Baharu Sempena Jualan Istimewa 12.12

December 5, 2020 By AI Leave a Comment

54
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Malaysia mengumumkan Jualan Istimewa 12.12 dengan rebat RM2,000 untuk model City varian S dan E sempena perayaan hujung tahun dan jualan 12 Disember seluruh negara.

Kempen 'All-New City 12.12 Special Sales' akan berlangsung hingga 12 Disember 2020 dan pelanggan turut mendapat manfaat pengecualian cukai selain rebat ditawarkan.

City serba baharu ditawarkan pada harga:

  • City 1.5L S - RM74,191.27
  • City 1.5L E - RM81,664.82

Varian S dan E dijana enjin 1.5L DOHC i-VTEC berkuasa 119hp dan tork 145Nm serta dipadankan transmisi CVT. City juga kini 111mm lebih panjang, 54mm lebih lebar dan 10mm lebih rendah berbanding City generasi ke-4. Ruang kaki penumpang belakang dipanjangkan, manakala ventilator penyaman udara belakang kini standard untuk semua varian.

City serba baharu didatangkan dengan pelbagai ciri keselamatan seperti Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD) Bantuan Brek (BA), Signal Henti Kecemasan (ESS), Bantuan Mula Daki (HSA), ISOFIX dan Peringatan Tali Keledar belakang.

BACA >>> 6 Perkara Perlu Anda Tahu Tentang 4 Varian Honda City (2020), Harga Mula RM74k
BACA >>> Nissan Almera Turbo Umum Harga di Malaysia, Bermula RM79.9k hingga RM91.3k!

54
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2020 Honda City, Honda, Honda City (2020) Serba Baharu, Honda City 2020, Honda Malaysia, Jualan Istimewa 12.12, Kempen, Roda4, Sedan, sedan segmen-B, sedan subkompak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • #TahukahAnda: Tentang Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) yang Perlu Anda Tahu
  • Lakaran Yamaha Y15ZR 155 VVA Ini Mungkin Buat Anda Tidur Tak Lena
    Lakaran Yamaha Y15ZR 155 VVA Ini Mungkin Buat Anda Tidur Tak Lena
  • 5 Motosikal Gaya Cafe Racer dengan Bajet RM15k yang Boleh Anda Beli di Malaysia
    5 Motosikal Gaya Cafe Racer dengan Bajet RM15k yang Boleh Anda Beli di Malaysia

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my