KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) mengumumkan orang ramai boleh membuat bayaran caj tol dengan kad debit, kad kredit dan kad prabayar dengan logi MyDebit, Visa atau Mastercard di 11 lebuh raya di seluruh negara bermula hari ini.
Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) itu adalah inisiatif KKR dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya untuk membolehkan pengguna menikmati kaedah pembayaran tol lebih luas selain penggunaan kad Touch ‘n Go, Smart Tag dan pelekat RFID.
Lorong SPT sudah dibuka kepada pengguna semasa ujian rintis awam secara berperingkat-peringkat di beberapa lebuh raya terpilih sejak 3 Ogos lalu.
Pengguna kenderaan kelas 1 (kenderaan persendirian) boleh membuat bayaran tol secara SPT di lebuh raya berikut :
- Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)
- Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
- Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH)
- Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)
- Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP)
- Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT)
- Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
- Sistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART)
- Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX)
- Lebuhraya Duta – Ulu Kelang (DUKE)
- Lebuhraya Kulim – Butterworth (BKE)
STATUS TOL JAMBATAN PULAU PINANG
- Pelaksanaan SPT di Jambatan Pulau Pinang (JPP) akan bermula pada penghujung tahun 2023. Ini adalah untuk membolehkan penelitian dan perincian lanjut dibuat syarikat konsesi.
- Pengurusan PLUS Malaysia Berhad sudah diminta untuk mempercepatkan pelaksanaan SPT supaya pengguna JPP dapat menggunakan kemudahan tersebut pada hujung tahun ini.
APA PEMBAYAR TOL PERLU BUAT
- Anda dikehendaki mengaktifkan contactless payment untuk kad debit/kad kredit/kad prabayar yang akan digunakan
- Pilih lorong betul yang ada logo MyDebit, Visa atau Mastercard di papan tanda lorong
- Pastikan kad yang digunakan adalah sah dan ada baki kad debit/kad kredit mencukupi
- Kalau transaksi kad bank gagal, anda diminta guna kad bank lain atau kad Touch ‘n Go yang ada baki mencukupi
- Sentuh kad di bahagian yang ditetapkan di terminal SPT iaitu bersebelahan terminal Touch ‘n Go untuk buat pembayaran.
Leave a Reply