Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Rapid On-Demand Cecah Lebih 19,000 Penumpang Harian pada Disember 2025
Auto Terkini

Rapid On-Demand Cecah Lebih 19,000 Penumpang Harian pada Disember 2025

SyafieBy Syafie19/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads

Van Rapid KL On-Demand

PRASARANA Malaysia Berhad terus merekodkan perkembangan memberangsangkan bagi perkhidmatan Rapid On-Demand (ROD) apabila jumlah penumpang harian meningkat secara konsisten dan mencecah lebih 19,000 orang sehari pada Disember 2025.

Prestasi positif ini mencerminkan penerimaan yang semakin baik terhadap perkhidmatan mobiliti berasaskan permintaan, khususnya dalam menyokong pergerakan komuniti setempat dan berfungsi sebagai pelengkap kepada rangkaian rel serta bas sedia ada.

301 Van Di 82 Zon Lembah Klang dan Pulau Pinang

Ketika ini, sebanyak 301 van Rapid On-Demand beroperasi merentasi 82 zon perkhidmatan di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang.

Perkhidmatan ini memainkan peranan penting dalam menghubungkan kawasan kediaman, komersial dan tumpuan awam yang tidak diliputi laluan bas tetap atau mempunyai permintaan perjalanan yang lebih bersasar.

Menurut Ketua Strategi dan Perancangan Prasarana Malaysia Berhad, Sharul Azwa Abd Rani, Rapid On-Demand menawarkan pilihan perjalanan yang lebih responsif, khususnya bagi perjalanan jarak dekat serta sebagai sambungan kepada pengangkutan awam utama.

Penambahbaikan Aplikasi Tingkat Pengalaman Pengguna

Seiring pertumbuhan perkhidmatan, aplikasi Rapid On-Demand turut menerima beberapa penambahbaikan penting sejak berfungsi sebagai platform tempahan tunggal bermula November lalu.

Antara fokus utama penambahbaikan termasuk:

  • Kestabilan sistem yang lebih baik
  • Paparan maklumat perjalanan yang lebih jelas
  • Pengurusan masa menunggu yang lebih konsisten

Langkah ini dilaksanakan berdasarkan maklum balas pengguna bagi memastikan pengalaman perjalanan yang lebih lancar dan boleh dijangka.

Tambang Promosi Tamat 31 Januari 2026

Sebagai sebahagian daripada peralihan ke fasa operasi yang lebih stabil dan mampan, tempoh tambang promosi Rapid On-Demand akan tamat pada 31 Januari 2026.

Bermula 1 Februari 2026, perkhidmatan Rapid On-Demand akan menggunakan kadar tambang tetap RM2 bagi setiap perjalanan.

Selaras dengan pelaksanaan kadar baharu ini, pemegang pas My50, Rapid Kota, Rapid Kembara dan Rapid Keluarga juga perlu membayar tambang RM2 bagi setiap perjalanan Rapid On-Demand.

Konsesi Kekal Untuk Pelajar, Warga Emas dan OKU

Walaupun kadar tambang tetap diperkenalkan, Prasarana mengekalkan inisiatif konsesi untuk golongan tertentu:

  • Rapid KL On-Demand (Lembah Klang)
    • Pemegang Kad Konsesi Rapid Pelajar dan Rapid Emas terus menikmati diskaun 50 peratus
    • Pemegang Kad Konsesi Rapid Mesra (OKU) kekal menikmati perjalanan percuma
  • Rapid Penang On-Demand
    • Pemegang Pas Mutiara terus menikmati perjalanan percuma

Kaedah Pembayaran Tanpa Tunai

Bagi kemudahan pengguna, pembayaran tambang Rapid On-Demand boleh dibuat secara tanpa tunai melalui:

Rapid KL On-Demand

  • Kad debit, kad kredit atau Touch ’n Go
  • DuitNow QR
  • e-Dompet
  • Kad Konsesi (Rapid Pelajar, Rapid Emas)

Rapid Penang On-Demand

  • Kad debit, kad kredit atau Touch ’n Go
  • DuitNow QR
  • e-Dompet

Sokong Mobiliti First dan Last Mile

Rapid On-Demand terus memainkan peranan penting sebagai perkhidmatan first and last mile, melengkapkan rangkaian pengangkutan awam sedia ada dengan pendekatan lebih fleksibel, mudah diakses dan mesra pengguna.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan Rapid On-Demand, orang ramai boleh mengikuti media sosial rasmi Rapid KL dan Rapid Penang, melayari laman web rasmi myrapid.com.my atau menghubungi talian bantuan di 03-7885 2585.

Auto Terkini Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) Rapid On-Demand
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

MAHB Catat 104.4j Penumpang Sepanjang 2025!

19/01/2026
Auto Terkini

Rapid On-Demand Laksana Struktur Tambang Tetap RM2 Mulai 1 Februari 2026

19/01/2026
Auto Terkini

Beberapa RnR Lebuhraya PLUS Ditutup Sementara Januari Ini

19/01/2026
Auto Terkini

Dakar Rally 2026 Milik Red Bull KTM Factory Racing

19/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam19/01/2026
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/2026
Auto Terkini

Kawasaki Brusky 125 ‘Kembar’ Modenas Karisma 125 Terjual 17,000 Unit di Filipina

By Syafie15/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.