Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»RA 12209: Presiden Marcos Jr Mansuh Plat ‘Doble Plaka’ di Filipina, Denda Lebih Munasabah
Auto Terkini

RA 12209: Presiden Marcos Jr Mansuh Plat ‘Doble Plaka’ di Filipina, Denda Lebih Munasabah

Han OthmanBy Han Othman19/05/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Presiden Ferdinad Marcos Jr mansuh Akta 'Doble Plaka'
PRESIDEN Filipina, Ferdinand Marcos Jr secara rasmi menandatangani Akta Republik (RA) 12209, yang meminda RA 11235, untuk mengetepikan penggunaan plat tambahan, dipanggil ‘doble plaka‘, ke atas motosikal yang diperkenalkan mantan Presiden Duterte hingga mencetuskan pelbagai kontroversi dalam kalangan komuniti penunggang.

Pindaan baharu itu disambut baik pelbagai pihak, termasuk Senator Francis Tolentino yang menyifatkan pelaksanaan RA 12209 sebagai kemenangan besar buat jutaan rakyat Filipina yang menggunakan motosikal sebagai pengangkutan harian.

Saya tinggalkan Dewan Senat dengan penuh rasa syukur kerana undang-undang ini akhirnya berpihak kepada rakyat,” katanya.

Apakah Perubahan Penting RA 12209?

Antara perubahan utama dalam RA 12209 adalah:

  • Pemansuhan plat tambahan motosikal. Peraturan lama yang mewajibkan penggunaan plat depan tambahan kini tidak lagi berkuat kuasa.
  • Pengurangan kadar denda. Mereka yang menggunakan plat nombor palsu atau curi boleh dikenakan denda maksimum 20,000 peso (RM1,540), tanpa menjejaskan sebarang tindakan jenayah lain.
  • Jual beli secara ansuran lebih telus. Penjual diwajibkan menyediakan perjanjian bertulis menyatakan hak milik kekal di tangan mereka hingga bayaran penuh diselesaikan.
  • Laporan daripada pengedar. Semua pengedar dan penjual motosikal termasuk sektor jual-beli semula (buy-and-sell) perlu mengemukakan laporan tahunan unit dirampas. Kegagalan boleh dikenakan denda hingga 5,000 peso (RM385).
  • Larangan keras ke atas plat palsu. Mana-mana individu yang memadam, mengubah suai atau menggunakan plat motosikal palsu boleh dikenakan hukuman penjara antara enam bulan hingga dua tahun, denda maksimum 10,000 peso (RM770), atau kedua-duanya.

RA 12209 dilihat sebagai langkah proaktif ke arah memudahkan pemilikan motosikal, mengurangkan beban pengguna dan meningkatkan kecekapan penguatkuasaan undang-undang di Filipina. Ini turut membuka ruang kepada sistem pendaftaran lebih efisien dan mesra pengguna, tanpa menjejaskan keselamatan jalan raya.

SUMBER: Carmudi.ph

Akta Doble Plaka Auto Terkini Ferdinand Marcos Jr motosikal Plat Doble Plaka Presiden Duterte RA 12209
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Viral Pemandu BMW 325i ‘Drift’ di Genting Highlands Ditahan Polis, Kereta Kena Sita

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
JPJ lancar JPJvBID
Auto Terkini

JPJ Lancar JPJvBID – Platform Digital Lelongan Kenderaan Sita

09/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.