Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Quartararo: Pasukan Jepun Belum Sedia Agresif Macam Eropah
Auto Terkini

Quartararo: Pasukan Jepun Belum Sedia Agresif Macam Eropah

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/09/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS terperangkap dengan barisan ‘pelumba perlahan’ dalam aksi menghampakan di GP San Marino 2023 di Itali, Fabio Quartararo dikatakan mahu menumpukan aksi MotoGP 2024.

Dalam perlumbaan semalam, pelumba  Monster Energy Yamaha MotoGP itu menamatkan saingan di kedudukan ke-13, yang juga posisi sama ketika beliau memulakan perlumbaan.

El Diablo mendedahkan beliau akan menumpukan kepada enjin (2024), casis dan kit aero baharu dalam Ujian Misano GP hari ini. Beliau berkata;

Jadi, harap-harap kita dapatlah hasil positif esok (hari ini).”

Enjin Yamaha YZR-M1 sedia ada sudah dinaik taraf untuk musim ini, tetapi masih tidak cukup bertenaga untuk menandingi pesaing lain seperti Ducati, KTM dan Aprilia.

Malah juara dunia 2021 itu juga beralih kepada tetapan lama dengan menggunakan winglet lebih kecil pada aksi GP Catalunya dan GP Misano.

Prestasi M1 di laluan lurus semalam menunjukkan Quartararo menghabiskan hampir separuh masa perlumbaan mengekori jentera Aprilia, Aleix Espargaro dan separuh lagi di belakang pelumba Pramac Ducati, Johann Zarco.

Quartararo berkata;

Sama macam semalam (kelmarin), aku tak dapat potong mana-mana rider. Dalam empat lap terakhir, aku saja perlahankan ride untuk jarakkan dengan motor depan.

“Ini untuk aku, dengan berkata kat diri sendiri, ‘aku nak push sikit’, dan tengok sama ada aku ni boleh ke ride lebih pantas dan aku tambah baik masa separuh saat (satu lap).

“Jadi aku memang boleh ride lebih laju. Dan kelajuan motor pun macam agak OK. Untuk cara ride, aku gembira dengan cara aku ride hari ini (semalam).”

Quartararo mengakui kemampuan memintas jentera lumba lain di trek adalah masalah dihadapi Yamaha selama bertahun lama. Menurutnya;

Walapun masa aku dah menang kejuaraan (2021), aku dah cakap…’kita tak boleh menang lagi dengan motor ni’. Dan tahun lepas, kami dapat tempat kedua, kami tak menang. Tahun ni, lagi teruk.

“Apabila kamu lebih pantas berbanding pelumba di depan, kamu perlu memintasnya. Ini masalah yang kami hadapi, sama saja kat semua trek. Lebih teruk kalau kat sini (Misano).

“Aku memang tak enjoy. Aku dah bagi 100 peratus dan apabila fikir balik, tahun lepas aku habis kat tempat ke-5 (di Misano). Dua tahun lepas, aku lawan Pecco untuk kemenangan. Dan sekarang, kami dah jauh (+15 saat). Memang susahlah.

Quartararo gagal menggapai kemenangan dalam tempoh lebih setahun. Kejayaan muncul naib juara di belakang Francesco Bagnaia tahun lalu mungkin membuatkan Yamaha ‘terlampau selesa’.

El Diablo berkata lagi;

Aku dah mintak sejak 2020 dan 2021 untuk ubah motor. Tapi aku rasa mentaliti orang Jepun ini, bila motor deme dah P1, deme tak mau ambil apa-apa risiko.

“Bila deme kat tempat kedua tahun lalu, berjuang untuk kejuaraan, deme pun tak nak ambil risiko.

“Jadi, bila tamatkan perlumbaan dengan posisi ni (macam sekarang) dan lihat Yamaha sebagai pengeluar dalam senarai terakhir – mungkin ini akan ubah sikit keadaan. Memang betul, kami perlu buat perubahan besar dan awok rasa kami ni tangguh lama sangat.”

Pada masa sama, Quartararo tetap bimbang dengan pengurusan Jepun yang tidak bersedia menjadi seagresif pengeluar Eropah seperti Ducati, Aprilia dan KTM.

Deme (pengeluar Eropah) lebih agresif dan terbuka. Contohnya, jika nak tambah baik ‘bahagian ini’, deme akan buat pelan untuk buat.”

SUMBER: Crash

Fabio Quartararo GP Misano GP Misano 2023 Monster Energy Yamaha MotoGP MotoGP 2023 MotoGP 2024 sukan permotoran
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong dan Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    27/07/2026
    F1 2026 | GP Hungary
    Formula Satu

    #F12026: Norris Raih Kemenangan Sulung Musim 2026 di GP Hungary

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.