Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#MotoGP2023: Quartararo Raih Podium Kali Kedua di India
Auto Terkini

#MotoGP2023: Quartararo Raih Podium Kali Kedua di India

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju25/09/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


FABIO Quartararo melangkah naik podium pada edisi pertama GP India 2023, manakala rakan sepasukan, Franco Morbidelli menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh, sekali gus membantu Monster Energy Yamaha MotoGP menambah kutipan mata keseluruhan Kejuaran Dunia MotoGP.

Perlumbaan itu dimenangi Marco Bezzecchi (Mooney VR46 Ducati), manakala tempat kedua menjadi milik Jorge Martin (Pramac Ducati). Tempat keempat dan kelima direbut Brad Binder (Red Bull KTM) dan Joan Mir (Repsol Honda).

Di Litar Antarabangsa Buddh, kedua-dua pelumba Monster Energy Yamaha mempamerkan prestasi saingan terbaik walaupun berdepan kondisi cuaca sangat panas dan kering.

Quartararo sempat mencabar Martin untuk merebut kedudukan nombor dua pada lap akhir tetapi masih ketinggalan  0.206 saat di belakang jentera Ducati ketika masing-masing melepasi garisan penamat.

Morbidelli pula bersaing dengan beberapa pelumba lain sebelum menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh, naik lapan posisi dari grid perlumbaan.

Pada sesi kelayakan, Quartararo menduduki P8 dan Morbidelli  (P17), tetapi kedua-dua pelumba Yamaha itu memulakan perlumbaan dari P7 dan P15 selepas Luca Marini (Mooney VR46 Ducati) dan Alex Marquez (Gresini Racing MotoGP) disahkan tidak menyertai perlumbaan akhir GP India akibat kecederaan.

Alex patah tiga tulang rusuk pada ujian kelayakan, Sabtu lalu, manakala Marini patah tulang selangka kiri akibat merempuh belakang jentera rakan pasukan, Bezzecchi di Turn 1 dalam perlumbaan Sprint. Dua pelumba cedera itu juga dijangka terlepas aksi GP Jepun 2023 minggu depan.

Quartararo memulakan perlumbaan dengan baik, mara ke posisi keenam di selekoh lap pembukaan sebelum menduduki posisi keempat sebelum turun semula satu kedudukan.

El Diablo memanfaat situasi Marc Marquez (Repzol Honda) terbabas yang membolehkan beliau kembali ke posisi keempat dengan perbezaan satu saat dengan Bagnaia berada di kedudukan ketiga.

El Diablo juga tidak mampu merapatkkan jarak dengan Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo) aka Pecco, tetapi kesilapan lawannya itu yang terbabas di lap 14 membuka peluang kepada beliau meraih tempat di podium.

Quartararo hampir memintas Martin yang sedang berdepan masalah sut lumba dan cuaca mencabar. Bagaimanapun, Martin nyata cukup pantas hingga tidak mampu dicabar jentera M1.

Hasil kemenangan GP India 2023 menyaksikan Quartararo kekal di tempat ke-11 dengan mengutip mata keseluruhan 105 mata setakat ini. Morbidelli pula di kedudukan ke-12 (77 mata). Ini ialah podium kedua Quartararo selepas GP Amerika, April lalu.

SUMBER: Yamaha

Auto Terkini Fabio Quartararo franco morbidelli GP India 2023 jorge martin Kejuaraan Dunia MotoGP 2023 marco bezzecchi Monster Energy Yamaha MotoGP MotoGP 2023 roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #BikinAuto: Lamborghini Urus SE Widetrack Urban Automotive Tampil Lebih Garang!

    27/03/2026
    AFEELA Prototype 2026
    Auto Terkini

    Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

    27/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ: Lesen Tamat Tempoh Lebih 36 Bulan Tidak Layak Terima BUDI95

    27/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Geely EX5 Max Dilancar di Thailand, EV SUV Segmen C dengan Jarak Hingga 525 km

    27/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.