• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Quartararo Akui Yamaha Sukar Kalahkan Suzuki

Quartararo Akui Yamaha Sukar Kalahkan Suzuki

November 12, 2020 By AI Leave a Comment

636
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FABIO Quartararo dalam temu bual baru-baru ini menyatakan Yamaha perlu bangkit dan bergerak kerana musim depan pasukan itu masih menggunakan jentera berikutan pembekuan regulasi dan tiada alasan untuk menyerah begitu saja.

Pada masa sama, beliau turut mengakui kesukaran mengalahkan Suzuki yang meraih keputusan cemerlang pada GP Eropah di Valencia, tetapi tidak buat Yamaha.

Pelumba Suzuki Ecstar, Joan Mir memenangi perlumbaan ke-12 itu, dan ditemani rakan pasukannya, Alex Rins di tempat kedua, manakala Quartararo di tempat ke-14 selepas terbabas di pusingan pertama.

BACA >>> Inilah Calon 6 Pelumba yang Mampu Jadi Juara MotoGP 2020

Rakan pasukan Quartararo, Franco Morbidelli yang juga pelumba Yamaha terbaik pusingan lalu, cuma menamatkan saingan di kedudukan ke-11.

Berdasarkan prestasi semasa Suzuki, Quartararo mengakui sukar Yamaha untuk mengalahkan Suzuki, sekurang-kurangnya buat masa ini. Pelumba Perancis itu berkata;

Pertama harus aku katakan kedua pelumba Suzuki sangat laju, rider dan motor sangat laju. Sepertinya kami mengalami masa sukar, musim yang sangat tidak konsisten buat aku dan Yamaha. Mereka selalu di atas, berhasil melakukan lompatan besar di depan kami, terutama jika melihat pada pengakhiran perlumbaan di tempat  ke-11, 13, dan 14. Entahlah, aku tak tahu nak cakap apa, Suzuki sukar dikalahkan."

Quartararo juga kesal dengan prestasi Yamaha yang tidak konsisten sepanjang musim ini dan menegaskan pasukan perlu  segera mengatasi 'kesilapan bodoh' supaya dapat menyesuaikan diri berdepan Suzuki untuk musim depan.

Fabio Quartararo_1
maverick-vinales-dan-fabio-quartararo-bg
Fabio Quartararo_2

Kami tahu perlu mempertahankan asas motor yang sama kerana tidak dapat melakukan tambah baik (kerana regulasi). Apa yang boleh kami lakukan melihat di mana perlu diperbaiki kerana mereka juga terus meningkat. Bayangkan Suzuki naik podium berganda dan kami misalnya Franco (Morbidelli) menang, tapi pelumba Yamaha lain di belakang.

"Atau kemudian aku yang menang. Jadi selain Jerez aku tidak yakin apakah boleh naik podium ganda seperti Suzuki. Dan ingat, Suzuki hanya memiliki dua motor dan mereka hampir raih podium ganda pada setiap perlumbaan."

Kini hanya tinggal dua lagi baki perlumbaan, adakah Quartararo mampu merealisasikan impian menjadi juara MotoGP 2020?

BACA >>> #SembangDeras: Mir Lebih Layak Cabar Kejuaraan MotoGP 2020, Bukan Quartararo?
BACA >>> #ApaNakBuat: Apa Perlu Saya Pakai Jika Menunggang Ketika Hujan

636
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 2020 MotoGP, auto terkini, Fabio Quartararo, MotoGP 2020, Pasukan Yamaha MotoGP, roda2, sukan permotoran, Yamaha

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
  • #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
    #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
  • Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
    Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my