QJMOTOR Malaysia melancarkan naked bike terbaharu, QJMotor SRK250S sempena majlis perasmian MForce SmartShop yang ke-17 di Tat Kang Motor Sdn Bhd, Johor.
Model itu ditawarkan dalam dua warna pilihan: Black (hitam) dan Grey (kelabu), pada harga RM9,888 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans).
Enjin, Prestasi
QJMotor SRK250S dipacu enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal 249cc penyejukan cecair, dengan suntikan bahan api elektronik (EFI) yang memberikan output kuasa 20.5kW (27.5hp) @ 9,500rpm dan tork 22.5Nm @ 7,250rpm.
Naked bike itu menggunakan transmisi klac manual 6-kelajuan jenis klac basah multiplat untuk hantaran kuasa lancar dan penjimatan bahan api optimum.
Casis, Suspensi
Model itu memiliki dimensi panjang 2,010mm, lebar 810mm, dan tinggi 1,070mm, manakala jarak roda 1,370mm. Jarak tinggi bumi 135mm dan berat kering 148kg.
Suspensi depan jenis fork terbalik (USD) dan monoshock boleh laras di belakang, manakala saiz tayar 110/60 R17 di depan dan 140/60 R17 (belakang).
Sistem Brek, Ciri Keselamatan
Menggunakan sistem brek cakera 300mm di depan, dan 240mm (belakang) serta dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) pada kedua-dua roda.
Ciri lain ialah lampu LED penuh, lampu amaran, port USB Type-A, pelana terpisah dan ekzos sporty sebagai standard.
Teknologi, Konektiviti
Paparan panel meter digital moden disertakan bersama konektiviti Bluetooth yang membolehkan penunggang menjawab atau menamatkan panggilan terus dari motosikal. Buat masa ini, ciri tersebut hanyamenyokong peranti Android, tetapi sokongan peranti iOS akan dikemas kini kelak.
Waranti, Perkhidmatan
Setiap pembelian QJMotor SRK250S hadir dengan waranti pengilang dua tahun tanpa had perbatuan dan kemudahan pembelian alat ganti tulen secara dalam talian melalui MForce Bike Holdings Sdn Bhd.
Naked bike itu pilihan ideal untuk tunggangan harian dan hujung minggu dengan menawarkan gaya urban, prestasi mantap dan ciri praktikal.
Leave a Reply