QJMOTOR baru-baru turut melancarkan SRV 250 AMT, model cruiser pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan sistem pacuan AMT (Automatic Manual Transmission).
Model ini diperkenalkan bersempena majlis perasmian MForce Best Shop Chuan Keat Motor Trading Sdn. Bhd. di Alma, Bukit Mertajam.
Harga & Warna
QJMOTOR SRV 250 AMT ditawarkan pada harga bermula RM17,888 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans). Dua warna menarik ditawarkan:
- Matt Black
- Silver
Gabungan reka bentuk klasik dengan elemen moden menjadikan model ini sesuai untuk penunggang muda mahupun berpengalaman.
Teknologi Pacuan AMT
Keunikan utama SRV 250 AMT ialah penggunaan sistem Automatic Manual Transmission (AMT). Ia menawarkan pengalaman tunggangan seperti motosikal automatik. Namun, mengekalkan kawalan dan prestasi seperti model manual.
Tambahan pula, klac automatik dengan sistem klac basah berbilang plat memberikan ketahanan tinggi dan operasi enjin lebih lancar.
Spesifikasi Enjin
Model ini dikuasakan oleh enjin V berkembar 249cc, 2-injap, SOHC dengan:
- Kuasa maksimum: 20.5kW @ 9,000rpm (~27.5hp)
- Tork maksimum: 23Nm @ 8,000rpm
- Penyejukan: Cecair
- Sistem bahan api: EFI (Electronic Fuel Injection)
- Gerek x lejang: 58mm x 47.2mm
Dimensi & Kapasiti
- Panjang: 2,110mm
- Lebar: 850mm
- Tinggi: 1,100mm
- Jarak roda: 1,400mm
- Ketinggian tempat duduk: 700mm
- Kelegaan tanah: 160mm
- Berat: 167kg
- Kapasiti tangki minyak: 13.5 liter
Reka bentuk ini memastikan kestabilan sewaktu tunggangan dan sesuai untuk pelbagai bentuk badan penunggang.
Suspensi & Brek
SRV 250 AMT dilengkapi sistem suspensi dan brek moden untuk pengalaman tunggangan selesa dan selamat:
- Depan: Fork terbalik (Upside-down)
- Belakang: Gegelung dengan redaman minyak
- Tayar depan: 120/80-16
- Tayar belakang: 150/80-15
- Brek depan: Cakera 280mm
- Brek belakang: Cakera 240mm
- Sistem brek: ABS dua saluran
Ciri Tambahan
- Paparan digital moden – memaparkan info penting dengan jelas
- Port USB – untuk pengecasan semasa menunggang
- Lampu LED depan & belakang – gaya klasik, fungsi moden
- Tempat pijak kaki lebar – gaya skuter, selesa untuk perjalanan jauh
- Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) – boleh dihidup/matikan mengikut keperluan
Waranti & Servis
Setiap pembelian SRV 250 AMT hadir dengan:
- Waranti 2 tahun tanpa had perbatuan
- Akses alat ganti tulen dalam talian melalui Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd.
Dengan teknologi AMT yang inovatif, spesifikasi lengkap, dan harga kompetitif, QJMOTOR SRV 250 AMT dijangka mencetuskan fenomena baharu dalam segmen motosikal cruiser tempatan. Sesuai untuk penunggang urban moden yang inginkan gaya, prestasi dan kemudahan dalam satu pakej.
Leave a Reply