• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pusat Ujian Emisi Kebangsaan (NETC) Buka di Rawang, Pertama di Malaysia

Pusat Ujian Emisi Kebangsaan (NETC) Buka di Rawang, Pertama di Malaysia

March 25, 2018 By Admin PanduLaju 1 Comment

80
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PUSAT Ujian Emisi Kebangsaan (NETC) dibuka dalam usaha memenuhi sasaran pengurangan emisi karbon 45 peratus  menjelang 2030. Pembukaan pusat ujian itu ialah hasil kerjasama Kerajaan dan industri menerusi pemindahan teknologi daripada Daihatsu Motor Corporation (DMC) Jepun kepada Perodua dan akan dikendalikan Institut Automotif Malaysia (MAI).

Terletak di Rawang, pusat ujian emisi pertama Malaysia itu akan menjadi fasiliti ujian emisi penuh melibatkan pengukuran gas emisi ekzos kenderaan penumpang mengikut Peraturan UN 83 dan UN 101. Selain itu, makmal emisi tersebut turut dilengkapi Dinamometer Casis Emisi dalam kebuk suhu.

Ini termasuk bilik rendam (soak), bilik emisi dan peralatan serta bilik kawalan. Pusat tersebut terbuka kepada semua kenderaan pengeluaran di Malaysia dan Asean. Ujian emisi ialah syarat wajib yang perlu dipatuhi untuk Pengesahan Jenis Kenderaan (VTA) dan sijil Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

NETC - Control Room (Wide)
NETCLAUNCH18
NETC - Dyno Room (Medium 1)

TAMBAH FASILITI

Pada masa depan,  NETC akan menambah lagi fasiliti ujian bagi segmen motosikal dan kenderaan komersial. Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Datuk Madani Sahari berkata, penubuhan NETC tepat pada masa dan selaras dengan hasrat Kerajaan seperti ditetapkan dalam Dasar Automotif Kebangsaan (NAP) 2014.

"NETC dapat memudahkan pengilang automotif di Malaysia menjalankan ujian pelepasan emisi  peringkat tempatan dan terus mempromosikan penggunaan EEV di Malaysia. Ini ialah batu loncatan untuk menjadikan Malaysia hab serantau  EEV dalam masa terdekat," jelasnya.

GALERI

Artikel Berkaitan

80
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), kereta EEV, MAI, National Emission Test Centre, NETC, pusat ujian emisi, Pusat Ujian Emisi Kebangsaan (NETC)

Comments

  1. kereta proton says

    March 2, 2023 at 5:33 PM

    matapp

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • TVS Raider 125 Racing Special Edition (2023) Lancar Di Colombia, Harga RM8.5k!
    TVS Raider 125 Racing Special Edition (2023) Lancar Di Colombia, Harga RM8.5k!
  • Menteri: Rakyat Boleh Mohon Terus Peruntukan Baiki Longkang Sumbat, Jalan Lubang Tak Lama Lagi!
    Menteri: Rakyat Boleh Mohon Terus Peruntukan Baiki Longkang Sumbat, Jalan Lubang Tak Lama Lagi!
  • Video Atuk Saga Potong Garis Kembar Nyaris Langgar Attrage
    Video Atuk Saga Potong Garis Kembar Nyaris Langgar Attrage
  • BMW XM Label Red (2023) Lancar di Malaysia dengan Ansuran Bulanan RM18.7k!
    BMW XM Label Red (2023) Lancar di Malaysia dengan Ansuran Bulanan RM18.7k!

PANDU UJI

#PanduUji: BMW 330i M Sport (2023) untuk yang Mahukan Fiil Memandu Sebenar!

BMW 330i M Sport (2023) facelift dilancarkan di pasaran Malaysia pada … [Baca Lagi...]

#TunggangUji [dari Turkiye]: Pakej CFMoto 450SR (2023) Mampu Hapus Stereotaip Negatif

MENUNGGANG atas permukaan trek basah dan air bertakung serta dalam … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my