• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pusat 3S Tata Motors Kini Di Selayang

Pusat 3S Tata Motors Kini Di Selayang

September 22, 2015 By admin.pandulaju 1 Comment

FacebookTwitter

selayangshow

DRB-Hicom Commercial Vehicles Sdn Bhd (DHCV), pengedar kenderaan Tata Motors melancarkan pusat 3S (Jualan, servis dan alat ganti) yang juga merupakan ibu pejabat di Selayang, Selangor dalam usaha mengembalikan jenama dari India itu di pasaran Malaysia.

Bagi mereka yang tidak ketahui, perkongsian strategik di antara Tata Motors dan DRB-Hicom terjalin sejak 1993. Namun atas beberapa faktor, ia dihentikan pada 2008 dan kini meneruskan kembali ikatan tersebut seiring dengan perkembangan industri yang semakin berdaya saing.

Pembangunan semula jenama Tata Motors di pasaran Malaysia kembali terjalin pada September 2013 apabila DHCV menandatangi Perjanjian pengimportan, pengedaran dan Teknologi yang membolehkan DHCV menjadi pengedar eksklusif Tata Motors.

TATA 1

SEDIAKAN PERKHIDMATAN SELEPAS JUALAN LEBIH BAIK

Menelan kos pelaburan sebanyak RM2.45 juta, pusat 3S Tata Motor yang dibina atas tapak berkeluasan 30,000 kaki persegi itu bakal menyediakan perkhidmatan lebih baik buat pelanggannya.

Selain ruangan pameran luas yang mampu memuatkan sehingga tiga kenderaan pada satu masa sama, ia turut menyediakan 12 ruangan servis termasuk kemudahan diagnostik terkini Tata.

Bagi memberikan ketenangan minda buat pelanggannya, DHCV juga menyediakan perkhidmatan bantuan 24/7 untuk kesemua pemilik kenderaan Tata termasuklah membaiki kerosakan dan pemeriksaan.

TATA 2

Sementara itu pada majlis pelancaran sama, DHCV menyerahkan kenderaan Tata kepoada tiga pelanggannya iaitu Biforst Logistics Sdn Bhd, LB Trucks & Tractors Sdn Bhd dan MSS Asia Logistic Sdn Bhd.

Sehingga kini, DHCV sudah memiliki tujuh pengedar iaitu di Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Johor dan Sabah. Ia juga menyasarkan 20 pusat 3S di seluruh negara menjelang pertengahan 2016.

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Biforst Logistics Sdn Bhd, DHCV, DRB-Hicom Commercial Vehicles Sdn Bhd, LB Trucks & Tractors Sdn Bhd, MSS Asia Logistic Sdn Bhd, Pusat 3S Tata, Tata Motors

Comments

  1. Mat sem says

    March 8, 2017 at 6:21 PM

    Nk tanya skit alat ganti tata area seremban

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
    HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
  • Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu
    Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?
    #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my