Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Proton X70 2026 Versi Dipertingkat Rasmi Lancar, Harga Mula RM99,800
Roda4

Proton X70 2026 Versi Dipertingkat Rasmi Lancar, Harga Mula RM99,800

SyafieBy Syafie08/01/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Proton X70 2026 facelift rasmi lancar

PROTON meneruskan strategi pengukuhan produk terlarisnya dengan memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV), Proton X70 2026 versi dipertingkat (facelift), yang kini tampil dengan penambahbaikan menyeluruh melibatkan trenkuasa, pengalaman pemanduan, kesenyapan kabin (NVH), teknologi pintar serta kos pemilikan jangka panjang yang lebih rendah.

Sebagai model penting dalam segmen SUV-segmen C tempatan, Proton X70 2026 facelift dibangunkan untuk menawarkan keseimbangan prestasi, keselesaan dan nilai yang lebih kompetitif, selari dengan kehendak pengguna masa kini.

Enjin i-GT 1.5TD Dipertingkat – Lebih Kuasa, Jimat Bahan Api

Antara fokus utama kemas kini adalah penggunaan enjin i-GT 1.5TD yang ditala semula. Enjin turbo 4-silinder itu kini menjana 181ps (133kW) dan tork 290Nm, serta dipadankan transmisi klac klac (DCT) 7-kelajuan.

Hasil gabungan itu, Proton X70 2026 facelift mencatatkan penggunaan bahan api 6.9 liter per 100km, iaitu 5.5 peratus lebih rendah berbanding model terdahulu selain menjadikan SUV lebih cekap untuk kegunaan harian tanpa menjejaskan prestasi pecutan dan pemanduan lebuh raya.

Pengalaman Pemanduan, Pengendalian Dipertingkat

Aspek pengendalian ride & handling turut diberi perhatian menerusi talaan baharu sistem suspensi dan stereng. Antara penambahbaikan utama ialah:

  • Pengurangan bunyi jalan berfrekuensi rendah hingga sederhana
  • Ketahanan impak gandar belakang yang lebih baik
  • Sokongan olengan badan yang dipertingkat
  • Nisbah stereng baharu untuk tindak balas lebih pantas dan tepat

Kesannya, Proton X70 2026 facelift menawarkan pemanduan lebih stabil, yakin dan selesa sama ada di bandar atau perjalanan jarak jauh.

NVH Lebih Senyap dengan Rantai Pemasaan Bergigi

Bagi meningkatkan keselesaan kabin, Proton turut memperkenalkan rantai pemasaan bergigi (toothed timing chain) baharu. Teknologi itu membantu mengurangkan bunyi dan getaran dengan ketara:

  • 25.24 peratus lebih senyap berbanding rantai pemasaan konvensional
  • 4.5 peratus lebih senyap berbanding purata industri

Selain itu, pelbagai penambahbaikan NVH turut dilakukan pada bahagian tidak kelihatan pengguna, tetapi memberi kesan besar terhadap kesenyapan dan keselesaan keseluruhan kabin.

Kos Pemilikan Lebih Rendah, Nilai Lebih Tinggi

Proton turut menekankan aspek kos pemilikan, dengan Proton X70 2026 didakwa menawarkan kos penyelenggaraan lima tahun terendah dalam kalangan pesaing. Pendekatan itu menjadikan SUV tersebut bukan saja kelihatan premium, tetapi lebih mampu milik untuk jangka panjang.

Varian Ditawarkan: 1.5TD Executive, 1.5TD Premium

1.5TD Executive (RM99,800)

Antara kelengkapan utama:

  • Rim aloi 18 inci
  • Lampu utama LED dengan lampu siang (DRL)
  • Unit infotainmen 12.3 inci
  • Apple CarPlay dan Android Auto wayarles
  • Kerusi pemandu elektrik boleh 6-tetapan
  • Kamera 360º dengan paparan telus 180º
  • Enam beg udara dan sensor parkir depaan dan belakang

1.5TD Premium (RM112,800)

Menambah ciri eksklusif seperti:

  • Rim aloi 19 inci
  • Stereng kulit Nappa
  • Lampu ambien 72 warna
  • Kerusi pemandu dan penumpang depan elektrik boleh laras
  • Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Tahap 2 seperti Brek Kecemasan Automatik (AEB), Kawalanm Jelajah Adaptif (ACC) dengan fungsi Henti Mula Stop & Go, Bantuan Kekal Lorong (LKA), Bantuan Pemusatan Lorong (LCA), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) dan banyak lagi

Teknologi Pintar, Kesalinghubungan

Proton X70 2026 facelift turut menampilkan ciri Essential Intelligence, seperti:

  • Konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto wayarles
  • Unit infotainmen 12.3 inci
  • Arahan suara ‘Hi Proton’
  • Aplikasi mudah alih Proton Link 2.0

Semua ciri itu direka untuk meningkatkan keselesaan, kemudahan dan keselamatan pemanduan harian.

Pilihan Warna Luaran

Ada empat warna luaran ditawarkan:

  • Snow White (putih)
  • Armour Silver (perak)
  • Jet Grey (kelabu)
  • Marine Blue (biru)

Salah Satu SUV Segmen-C Paling Relevan di Malaysia

Dengan penambahbaikan menyeluruh merangkumi prestasi, kecekapan, kesenyapan, teknologi dan kos pemilikan, Proton X70 2026 facelift dilihat semakin matang sebagai SUV segmen-C yang lengkap dan relevan untuk pasaran Malaysia.

Ini jelas menyasarkan pembeli yang mahukan SUV moden, selesa dan bernilai tinggi tanpa kompromi.

Auto Terkini Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Proton Proton X70 2026
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Anthony Loke cadang kurangkan parkir di projek dekat LRT
Auto Terkini

Waktu Puncak Rapid Rail Dilanjutkan Sempena Ramadan 2026

23/02/2026
Auto Terkini

JKDM Johor Sita 42 Kenderaan Mewah Bernilai RM22j Dalam Ops Terma

23/02/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

LRT3 Shah Alam Bakal Beroperasi Sebelum Jun, Ujian Akhir Sedang Dipercepat

23/02/2026
Auto Terkini

Kekerapan Tren Laluan Kelana Jaya Diselaras Susulan Isu Teknikal

23/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam23/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.