Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Proton Saga 2026 Rasmi Lancar, Harga Mula RM38.9k!
Roda4

Proton Saga 2026 Rasmi Lancar, Harga Mula RM38.9k!

SyafieBy Syafie28/11/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Proton Saga 2026 Serba Baharu lancar

PROTON secara rasmi melancarkan Proton Saga 2026, sedan segmen-A yang menandakan evolusi terbesar sedan ikonik Malaysia sejak kali pertama kali pada 1985.

Bertemakan ‘Empat Dekad Gemilang, Masa Depan Tanpa Batasan’, pelancaran berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur, yang disempurnakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI), Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Pada harga pelancaran bermula RM37,990 (selepas rebat RM1,000), penghantaran unit tempahan awal juga bermula serta-merta.

Platform AMA Baharu – Langkah Besar untuk Proton

Proton Saga 2026 Serba Baharu dibina berasaskan Arkitektur Modular Termaju (AMA), yang juga platform masa depan dengan Hak Harta Intelek (IPR) dimiliki sepenuhnya Proton. Ini bukan sekadar platform moden, tetapi bukti keupayaan kejuruteraan Proton semakin berdikari sambil membuka laluan untuk kerjasama lebih luas dalam ekosistem global Geely.

Sejak gabungan Proton – Geely pada 2017, barisan model seperti X70, X50, S70 dan X90 mencipta lonjakan baharu dalam imej jenama. Kini giliran Proton Saga 2026 Serba Baharu memperkukuh legasi itu sebagai sedan rakyat dengan teknologi lebih matang, rekabentuk lebih kemas dan pengalaman pemanduan lebih moden.

Proton turut mengukuhkan pengalaman pemilikan menerusi rangkaian selepas jualan terbesar di Malaysia dengan 164 outlet 3S/4S dan pelaksanaan program Kecemerlangan Operasi Proton (Proton Operational Excellence, POE).

‘Lebih daripada Sebuah Kereta’

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Dr Li Chunrong menyifatkan pelancaran Saga Serba Baharu seb agai simbol kejayaan industri tempatan:

Ia lebih daripada sebuah kereta, ia penzahiran kebanggaan nasional dan kejuruteraan cemerlang. Dibuat untuk rakyat Malaysia, kejuruteraan bertaraf dunia.”

Sambutan awal memang luar biasa dengan lebih 20,000 tempahan diterima sebelum pelancaran.

Proton Saga 2026 Serba Baharu Satu I.C.O.N.

Proton memposisikan Saga Serba Baharu dengan slogan ‘Intelligence That Thrills’, merangkumi empat teras I.C.O.N.  – Prestasi Mengagumkan, Keselamatan Komprehensif, Kepintaran Optimum dan Gaya Generasi Seterusnya I – Impressive Performance (PrestasiMengagumkan)

  • Enjin 1.5L i-GT baharu
  • Dipadankan transmisi automatik CVT responsif
  • Penggunaan bahan api 4.9 liter per 100km (MDC)
  • Stereng kuasa elektrik (EPS) serba baharu
  • Talaan Proton Ride & Handling lebih stabil dan selesa

C – Comprehensive Safety (Keselamatan Komprehensif)

  • Dilengkapi 6 beg udara SRS
  • Ada sembilan fungsi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) untuk pemanduan lebih selamat
  • Struktur keselamatan diperkuat (Reinfoced Safety Structure, RESS)  dan Pembentukan Tekan Panas (Hot Press Forming, HPF)
  • Tahap perlindungan impak lebih kukuh

O – Optimised Intelligence (Kepintaran Optimum)

  • Dual-skrin bersepadu 16 inci
  • Konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto wayarles
  • Lampu utama automatik dan boleh laras ketinggian
  • Fungsi lampu susur Follow-Me-Home

N – Next-Gen Style (Gaya Generasi Seterusnya)

  • Gril depan mengambil ilham sulaman songket
  • Lampu depan projektor LED penuh
  • Lampu belakang LED penuh
  • Rekabentuk dalaman lebih moden dan kemas

Varian, Warna dan Harga Rasmi

Ada tiga varian Proton Saga 2026 Serba Baharu ditawarkan:

  • 1.5 Standard
  • 1.5 Executive
  • 1.5 Premium

Ada lima warna pilihan: Marine Blue (biru), Space Grey (kelabu), Ruby Red (merah), Armour Silver (perak), dan Snow White (putih)

Harga Atas Jalan (Semenanjung / Malaysia Timur)

Proton Saga 2026 Serba Baharu lancar | Harga

Sebelum Rebat

  • Standard – RM38,990 / RM40,990
  • Executive – RM44,990 / RM46,990
  • Premium – RM49,990 / RM51,990

Selepas Rebat RM1,000

  • Standard – RM37,990 / RM39,990
  • Executive – RM43,990 / RM45,990
  • Premium – RM48,990 / RM50,990

Manfaat Pemilikan

Waranti, Servis

  • Waranti 5 tahun / 150,000km
  • Tiga kali servis percuma (Pro-Warranty)

Pakej Pelancaran

  • Pro-Trade-in: Nilai tukar beli tinggi (overtrade) hingga RM1,500*
  • Pro-Xchange: Sokongan RM2,000* untuk pelupusan kereta lama
  • Pro-Finance: Pembiayaan serendah 2.6%*

Insurans Pro-Shield

  • Perlindungan kerosakan khas
  • Perlindungan banjir hingga RM2,000
  • Perlindungan kemalangan peribadi hingga RM15,000/penumpang
  • Pengecualian penambahbaikan (betterment) hingga 10 tahun

After-Sales Premium

  • Fast Service* untuk servis pantas
  • Penghantaran Servis 1-Hari *
  • Kereta ganti dan servis percuma jika baik pulih lebih tiga hari *

* Tertakluk terma dan syarat

Model Ikonik Kini dengan Nafas Baharu

Proton Saga 2026 Serba Baharu bukan sekadar facelift, tetapi nafas baharu untuk model paling ikonik Malaysia.

Dengan platform serba baharu AMA, teknologi kian lengkap, ciri keselamatan bertambah dan harga masih kekal mampu milik, Proton jelas mahu menjadikan Saga bukan sekadar pilihan bajet, tetapi sedan mini paling bernilai dalam segmen.

Auto Terkini Kementerian Pelaburan Perdagangan dan Industri (MITI) Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) Proton Saga 2026 Proton Saga 2026 Serba Baharu Sedan Mini Sedan Segmen-A
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026
JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

05/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.